Pada tahun 2023 ini saya membuat perubahan pada Membership Diamond iaitu membership plan untuk pembelian Masterclass Shoppermaniac kami.
Saya membuat perubahan disebabkan ada beberapa komplain dari pelajar-pelajar kami yang kata link Ebook kami berterabur. Saya telah mengemaskini Membership Diamond Portal kami supaya ia lebih friendly dengan pengguna.
Ini juga merupkan salah satu perkhidmatan lepas jualan kami untuk pelanggan yang kami sayangi..hehehehe.
Apakah perubahan yang kami lakukan yang saya rasa amat puas hati. Ada video kat bawah ini untuk lihat membership Diamond kami dari mobile phone.
Penerangan gambar ini adalah dari desktop.
Kami telah menyusun dengan lebih kemas dengan membahagikan kepada:
- SHOPEE
- DROPSHIPPING ( terbaru)
- WEBSITE TIPS
- FB ADS
- APLIKASI
Bahagian Welcome kami kosongkan dan hanya letak video yang penting sahaja dan notifikasi jika ada perubahan pada EBook kami.
SHOPEE COURSE
Dibahagian Shopee kami pecahkan kepada Shopee Funnel, Shopee New dan Shopee Tips.
Shopee Funnel
Di bahagian Shopee Funnel terletak semua EBook utama kami dimana kami memberikan 3 EBook iaitu Shopee Funnel ( buku utama), Shopee Kalkulator dan Kata Kunci popular di Shopee.
Selian daripada itu untuk memudahkan anda memahami Shopee Funnel kami, terdapat video yang menjelaskan satu persatu setiap funnel kami ini.
Tujuannya untuk memudahkan anda memahami konsep keseluruhan Shopee Funnel ini kerana Shopee Funnel ini adalah asas dalam Master Class kami untuk anda bekembang bisnis on line anda melalui Shopee.
Shopee New
Bahagian Shopee News ini adalah pemberitahuan terbaru setiap perubahan terkini di Shopee melalui video You Tube kami dimasukkan ke bahagian ini.
Sebagai contoh perubahan terbaru Shopee Commision pada 10 Januari ini. Semuanya akan saya kongsikan dan kemaskini dari semasa di bahagian ini.
Shopee Tips
Tip-tip terkini akan kami kongsikan di bahagian ini agar lebih memudahkan anda mempercepatkan proses di Shopee dan pelajari "Do and Don't" di Shopee.
Kebanyakan tip yang kami kongsikan ini berdasarkan pengalaman sebenar kami di Shopee samada yang berjaya atau gagal kami kongsikan pada anda.
DROPSHIP COURSE
Sebuah bahagian terbaru yang kami masukkan di dalam Membership Diamond kami ini. Sebelum ini maklumat dropship kami masukkan di bahagian Shopee dan ia mengelirukan pada pelajar kami.
Dropship Course Master Class Shoppermaniac kami terbahagi;
- Ebook Dropship
- Tips Dropship
Ebook Dropship
Bahagian ini terdapat 3 buah EBook yang kami kongsikan iaitu 3 dropship di Malaysia, Dropship Kumoten dan Tips Dropship ( website link)
Anda boleh sahaja membaca 3 dropship yang kami berikan atau menonton sahaja video tutorial setiap dropship yang kami kongsikan.
Tips Dropship
Adalah susunan video kami khusus tentang masalah atu kelebihan setiap dropship yang pernah kami serati agar anda tidak melakukan lagi masalah ini.
Tips dropship adalah susunan video saya membuat review setiap dropship yang kami gunakan dengan memperjelaskan kelemahan dan kekuatan setiap dropship ini.
Maka anda akan memahami kekuatan dan kelemahan setiap dropship ini dan terpulang pada anda untuk menilai dropship mana pilihan anda.
Untuk pengetahuan, dropship yang kami cadangkan ini adalah dropship auto sync iaitu segala pembelian serta penghantaran produk dilakukan secara automatis.
FACEBOOK ADS COURSE
Bahagian Facebook Ads ini kami bahagikan kepada 3 bahagian:
- FACEBOOK ADS
- APA ITU CPAS SHOPEE
- FB ADS TUDUNG
Facebook Ads
Facebook Ads kami sediakan empat buah EBOOK iaitu :
- Bagaimana membaca data FBAds,
- Facebook Ads Manager (Full tutorial)
- Facebook Sales Funnel
- Perubahan FB Ads pada 2022
Di bahagian ini juga kami sediakan video untuk memudahkan anda memahami Facebook Ads yang agak kompleks ini
Apa Itu CPAS Shopee
Dimana anda akan diberi penerangan bagaimana membuat Facebook Ads menggunakan CPAS yang diberikan oleh Shopee.
FB Ads Tudung
Disebabkan Facebook Ads ini agak kompleks maka kami berikan sebuah tutorial penuh bagaimana membuat FB Ads tudung dan anda hanya perlu tiru dan terbitkan FB ADS ini.
APLIKASI
Adalah bahagian percuma yang kami masukkan di Master Class Shoppermaniac ini dimana kami pernah gunakan dahulu.
Ada beberapa aplikasi yang amat membantu anda meringankan kerja harian anda dengan sistem automatis.
KESIMPULAN MASTERCLASS SHOPPERMANIAC 2023
Tujuan Masterclass kami ialah memulakan perniagaan anda di Shopee dan kemudian kembangkan melalui blogging serta iklan berbayar FB Ads