APA PERBEZAAN HTTP DAN HTTPS DAN KESANNYA - BLOG SHOPPERMANIAC

APA PERBEZAAN HTTP DAN HTTPS DAN KESANNYA

APA PERBEZAAN HTTP DAN HTTPS

 Beza HTTP vs HTTPS

HTTP ni merujuk kepada HyperText transfer Protocol.  HTTP ni secara default akan digunakan oleh website kita.  HTTPS pula Secure HyperText Transfer Protocol.  Kata kunci dia adalah SECURE iaitu selamat.  Dengan HTTPS, website kita lebih selamat.  Selamat dari segi connection dari web browser kita ke server.  Macam ni.. Bila kita access website dari browser,  komputer kita akan buat sambungan dari network kat rumah kita, masuk ke Internet Service Provider, network provider lain, sehinggalah ke website kita.

HTTP

Sambungan biasa HTTP ni tak selamat kerana teknologi lama yang digunakan bersifat plain text.  Jadi dari setiap sambungan tu, hacker boleh baca isi kandungan dia dengan tools tertentu.  Kandungan yang boleh dibaca, termasuklah user ID dan password kita!  Tu belum lagi kalau ada informasi tentang kredit kad dan macam-macam lagi!

HTTPS

HTTPS  pula lebih selamat kerana kandungan data yang kita transfer dari web browser kita ke server melalui proses dengan teknologi yang dipanggil cryptography.  Teknologi ni akan tukarkan data plain text kita ke bentuk yang sukar dibaca oleh manusia.  Proses ini dipanggil sebagai Encryption.   Kandungan trafik ini kemudian ditukar kembali dalam bentuk asal di web browser kita. Contoh, plain text:

Amacam boleh faham tak teks tu bila dah encrypt?  Teruskan baca pasal HTTP vs HTTPS ni..

APA PERBEZAAN HTTP DAN HTTPS

Selamat ke website kita dengan HTTPS? Apa tujuan?

Boleh dikatakan sambungan dari  web browser pengguna ke website agak selamat.  Tujuan dia, data-data penting seperti password dan maklumat kad kredit kita tak ada sesiapa yang boleh baca kecuali kita dan pemilik website tu.

Tapi website kita ni ada isu-isu keselamatan lain yang mungkin boleh kena hack.  Contohnya dia, password kena lah kukuh di mana tak mudah orang lain untuk teka. Setup HTTPS ni penting untuk salah satu tujuan keselamatan website, tapi banyak lagi perkara penting lain ya.  Yang lain-lain tu kena dapatkan nasihat yang pakar dalam bidang ni…

Macamana nak dapat HTTPS ni?

Website kita kena ada teknologi yang dipanggil SSL atau TLS, barulah boleh guna HTTPS ni.  Biasanya kita boleh subscribe dengan kadar tahunan.  Dah expired nanti kita renew lagi.


Baca: Memahami SEO Untuk Blogging 



Catat Ulasan