Branding Shoppermaniac telah mula dibina pada pertengahan tahun 2021 (sebenarnya April 2021) dan kami bertahan sehingga kini pada akhir tahun 2022 iaitu selama 1.7 tahun dan sepanjang hampir 2 tahun ini pelbagai pengalaman yang kami harungi untuk membina Shoppemaniac kami ini.
Dan kami mempunyai KPI hendak menjana sales Shoppermaniac hingga 5 angka pada penghujung tahun 2023 iaitu 3 tahun selepas penubuhan branding Shoppermaniac ini.
Anda boleh baca KPI kami pada 2022 - KLIK SINI
Pada tahun 2022 kami berkembang terlalu pesat hingga saya hampir tersasar dari KPI kami dan tahun 2022 memang terasa amat penat disebabkan keghairahan mengejar KPI serta beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Mari saya jelaskan :
Diatas adalah branding Shoppermaniac kami dari kedai Shopee hingga ke ECommerce kami. Semuanya bermula dengan hanya satu kedai Shopee sahaja iaitu Shoppermaniac dan kami berkembang hingga ke tahap ini.
Dimana perkembangan branding Shoppermaniac terlalu pantas. Untuk pengetahuan Shoppermaniac ini ditubuhkan melalui satu perancangan berkongsi ilmu secara santai dan goal kami ialah penghasilan sebuah portal edukasi untuk semua melalui "real data"
"Real data" bermaksud kami membuat eksperimen setiap perancangan kami dan kami berikan contoh melalui eksperimen ini samada gagal atau berjaya. Sebagaimana untuk Kedai Shopee Shoppermaniac kami mengambil masa 6 bulan untuk membuktikan dengan sistem kami ini, kami berjaya menghasilkan jualan konsisten antara RM3K hingga RM6K sebulan.
Dan struktur perkembangan ini harus dilakukan seorang diri seolah kami baru hendak memulakan bisnes on line melalui Shopee. Ini cabaran yang kami mahukan melalui branding Shoppermaniac supaya anda memahami sistem yang sesuai dengan anda.
Dan perkembangan ini kami lakukan melalui modal keuntungan Shopee, ianya memakan masa kerana pada permulaan bisnes ini kami peruntukan RM2000 dan perlu ditop up semula dan kemudian kami mula mengembangkan branding ini sedikit demi sedikit.
Namun kejayaan pertama membuat saya menjadi ghairah dimana kedai Shopee Shoppermaniac sudah mula secara auto menjana pendapatan dan You Tube Channel kami Shoppermaniac sudah mula menjana pendapatan juga.
KEDAI SHOPEE HOMEMANIAC
Saya membuat konten baru dengan menubuhkan Kedai Shopee Homemaniac menggunakan Dropship Malaysia dan hasilnya mendukacitakan.
Saya membuang masa 2 bulan menganalisa dropship Malaysia dan mendapati ianya tidak sesuai.
Semua sedia maklum untuk membuka sebuah Kedai Shopee yang baru memerlukan masa yang banyak terutama dari segi produk listing dan produk Winning. Ianya bukan mudah dan kesilapan memilih dropship yang salah menyebabkan anda
Baca: Dropship Manakah Yang Terbaik Untuk Tahun 2023
Dan keputusan diambil untuk menutup Kedai Shopee Homemaniac ini.
KEDAI LAZADA SHOPPERMANIAC
Kedai Lazada Shoppermaniac ini telah lama saya tinggalkan dan pada bulan Ogos 2022 saya aktifkan kembali dengan memasukkan dropship Kumoten sekali lagi dengan membership Instant dan juga Save Value.
Ini adalah bertujuan untuk menambahkan kuantiti produk di Lazada. Pada amnya perkembangan Lazada ini agak cepat dimana setiap bulan mempunyai jualan tetapi tidak begitu baik.
KESILAPAN saya ialah saya tidak menumpukan pada kedai Lazada ini dengan perbaiki Produk Listing dan juga eksperimen dengan ads melalui Lazada.
Saya masukkan produk begitu sahaja dan maintain Sposnsored Discovery dalam RM20 setiap bulan.
Walau bagaimana pun saya dapat membuat analisa prsetasi Kumoten dan atas sebab itu dalam tahun 2023 ini saya mengatakan Kumoten salah satu dropship pilihan yang terbaik,
YOU TUBE SHOPPERMANIAC SHORT
Saya telah menutup You Tube Channel ini disebabkan perubahan oleh algoritma You Tube.
You Tube mempunyai sebuah aplikasi iaitu "Short" dimana kreator boleh membuat video pendek dibawah 60 saat. Ianya dibina untuk mengikuti Tik Tok. Maka kami terpaksa ler buat short juga.
Pada tahun awal 2022 semua You Tuber hadapi masalah dengan YouTube Short kerana apabila kreator yang membuat konten panjang memasukkan short You Tube dan impaknya konten panjang view menjunam teruk.
Cara yang terbaik ialah memisahkan Konten Panjang dengan Short ( Konten Pendek) agar tiada berlaku pertembungan konten.
Namun pada khir 2022 ini, You Tube berkata mereka kini dah perbaiki jambatan antara Short dengan Konten Panjang dimana melalui Short, boleh di link ke Channel anda. Perubahan algoritma You Tube ini telah menyusahkan saya.
Saya telah membuang masa membuat lebih 100 konten pendek dan mendapati ianya tidak releven untuk dilakukan,
YOU TUBE LUBOK SHOPPERMANIAC
Penubuhan You Tube Lubok Shoppermaniac adalah untuk mencari trafik ke Kedai Shopee kami melalui Platform You Tube.
BLOG SHOPPERMANIAC
BLOG MASTERCLASS SHOPPERMANIAC
SOSIAL MEDIA SHOPPERMANIAC
ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE
BLOG SALES PAGES SHOPEEFUNNEL
Ini adalah Sales Pages MasterClass Shoppermaniac yang merupakan sumber pendapatan untuk branding Shoppermaniac terus bertahan dan untuk pengetahuan lima kali kami ubah Sales Pages mengikut kesesuaian menarik pelanggan melalui data FB Ads kami.
LAIN-LAIN
KESIMPULAN
1. Membuat terlalu banyak projek sehingga tidak dapat berikan tumpuan penuh sesuatu projek.