TERMA ‘burnout’ sering digunapakai akhir-akhir ini untuk menggambarkan keadaan stres di tempat kerja.
Ia merupakan satu keadaan di mana berlakunya keletihan yang ketara dari segi fizikal, emosi dan mental beserta perasaan ragu tentang keupayan diri serta nilai pekerjaan seorang individu.
Pekerjaan sebenarnya bukan sahaja merupakan punca pendapatan seseorang, tetapi ia juga boleh menjadi punca tekanan serta menjejaskan kesihatan mental sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Semua orang pasti akan cuba melakukan yang terbaik dalam pekerjaan tetapi ada juga yang bekerja secara berlebihan seperti bekerja sehingga lewat malam atau semasa hujung minggu dan juga mengambil beban tugas yang terlampau banyak sehingga sukar mencapai tarikh akhir yang ditetapkan.
BACA :APA ITU BURN OUT SECARA DETAILED
Saya memasukkan burnout dalam artikel atau blog ni adalah kerana saya telah mengalami burnout kerja yang melampau dan ia mula memberi kesan kepada kesihatan saya. Dan saya mahu berkongsi dengan anda supaya jangan terlampau ghairah atau fokus hingga melupakan kesihatan anda.
Burnout saya ini bukannay stress tetapi impak kesihatan dimana saya mengalami masalah pernafasan yang teruk disebabkan tonsil dan sebelum ini beberapa kali isteri saya mengatakan bahawa berdengkur dengan kuat.
Ya, pernah juga beberapa kali membuat sesuatu kerja tetapi tiada idea atau konten
Pada suatu hari saya terkena sesak nafas yang teruk dimana saya tidak boleh bernafas dengan normal dan berlaku kebengkakan di leher. Dan melalui pemeriksaan saya mempunyai tonsil yang agak teruk.
Melalui pemeriksaan doktor, mereka menyatakan saya tidak mempunyai rehat yang cukup
Beban kerja yang terlalu banyak, kurang rehat serta tiada aktiviti sosial akan menyebabkan fizikal menjadi letih dan lesu dan impak pada saya ialah kesihatan saya.
Terus terang saya katakan semenjak saya membina branding SHOPPERMANIAC ini sudah hampir 1 tahun setengah, saya hanya tidur 3-4 jam sehari dan selalunya waktu cuti saya akan berjaga depan komputer menyelesaikan tugasan shoppermaniac ini,
Shoopermaniac ini adalah passion saya dan bukannya paksaan dan saya mempunyai KPI dalam masa 3 tahun saya akan memastikan branding shoppermaniac menjana 5 angka dan kini saya hanya tinggal 1 tahun setengah sahaja.
Saya kena laju kejar KPI saya dan kebiasaan dalam bisnes in line ini, tidak semuanya kita buat akan berjaya, ada yang gagal seperti You Tube Shoppermaniac Short dan Kedai Shopee Homemaniac.
Untuk saya kegagalan dalam mencuba sesuatu itu perkara biasa tetapi masa dan tenaga yang dicurahkan ke atas kedua-dua projek ini sedikit sebanyak memberi tekanan sebab usaha dan hasil tidak berbaloi.
Kerana kelajuan mengejar progress Shoppermaniac saya mendapati saya tidak mampu untuk membuat semua kerja tetapi saya paksa diri saya untuk penuhi jadual saya ini.
Di bawah ini adalah beberapa projek yang saya buat sepanjang tahun 2022 dan ianya bukan berkurangan tetapi berlaku pertambahan dan inilah punca burnout saya.
Baca: Perancangan Shoppermaniac 2023
MASTERCLASS SALES PAGES |
YOU TUBE CHANNEL SHOPERMANIAC |
ECOMMERCE SHOPPERMANIAC |
BLOG MASTERCLASS |
BLOG SHOPPERMANIAC |
YOU TUBE LUBOK SHOPPERMANIAC |
YOU TUBE SHOPPERMANIACSHORT |
Belum termasuk 2 buah Facebook Pages iaitu Shoppermaniac /HG Perfume. Instagram pages iaitu Shoppermaniac/ HG Perfume serta TIk Tok yang perlu di updated setiap hari .
Kesimpulan.
Fokus kepada kerja memang bagus tetapi harus mempunyai rehat yang cukup serta adakalanya anda perlu lupakan seketika kerja anda .
Memang sukar tetapi u had to do it kalau tak nak jadi macam saya mendapat serangan pernafasan secara tiba-tiba. Dan serius saya katakan bahawa anda akan panik seketika tiba-tiba tidak bernafas.
Semenjak saya uruskan disiplin tidur yang cukup , isteri saya kata dengkuran saya tidak kuat seprti dahulu. Syukur alhamdulilah kerana mendapat petanda awal sebelum ia menjadi lebih teruk. Yalah, umur pun dah tua tetapi nak bertenaga macam orang muda..heheheheh