Saya mendapat banyak soalan dari rakan subcriber You Tube Shoppermaniac, adakah dropship boleh memohon Non SSL?
Adakah anda benar-benar perlu memohon NON SSL?
KATEGORI DROPSHIP
1. Kategori ini dropship dimana anda menjual produk pihak lain dan jika terdapat tempahan maka anda akan membayar pada syarikat dropship dengan harga dropship dan mereka akan menghantarnya.
Pembayaran anda lakukan melalui what apps atau juga melalui laman web mereka.
TETAPI ada dropship yang membenarkan anda attach AWB Shopee semasa anda membuat pembayaran, maka dengan itu anda tidak perlu memohon Non SSL Produk.
TETAPI jika dropship anda tidak membenarkan anda attach AWB Shopee maka anda kena mohon Non SSL .
2. Atau anda menjadi dropship atau ejen dengan memegang produk dan jika ada tempahan maka anda akan menghantarnya ke pelanggan anda melalui tempahan mengikut kurier yang anda pilih. Dam kes ini anda bukan dropship tetapi sebagai ejen atau stokis. Tapi ada juga yang sebut dropship maka saya tuliskan di sini untuk penjelasan yang lebih lanjut.
3. Atau anda menjadi dropship auto sync dimana anda sync dropship anda dengan kedai Shopee anda dan jika anda tempahan maka ia akan dilakukan secara automatik dengan syarat anda memasukkan duit top up di laman web dropship . Ini yang saya tumpukan dalam edukasi You Tube Channel saya ini.
Persoalannya anda berada di kategori mana dan yang manakah boleh memohon Non SSL.
APA ITU NON SSL
Anda perlu ingat Shopee tak suka dropship kerana ia mengganggu pasaran dengan menjual produk yang sama. Mereka lebih suka founder atau mereka yag menjual produk sendiri.
Maka dengan itu beberapa kali mereka telah mengubah syarat Non SSL mereka kerana melalui NON SSL potensi buyer kena tipu adalah besar kerana penghantaran tidak dilakukan melalui Shopee, jika ada masalah Shopee akan dipesalahkan.
Dan pada masa yang sama untuk memastikan Shopee Express mereka berkembang. Ini strategi perniagaan. Kita tak boleh komen kan.
Syarat utama Non SSL mereka terbahagi kepada 2 bahagian iaitu virtual good iaitu produk EBook dan digital DAN kedua ialah Non SSL iaitu produk fizikal.
Pemecahan dua kategori Non SSL ini juga dah memeningkan kepala. NON SSL iaitu produk tetapi Non SSL terbahagi 2 iaitu Virtual Good dan Non SSL. Pening kan.
Untuk memohon VIRTUAL GOOD saya telah membuat video di atas ini dan ianya agak senang tanpa memerlukan pelbagai dokumen . Tetapi jika anda menjual NON SSL ( produk) ianya agak susah kerana anda harus sertakan bukti penghantaran serta aggrement dengan syarikat kurier.
NON SSL PRODUK
Kategori 1 NON SSL- problem terbesar
Masalah utama ialah pada Kategori 1 dimana anda tidak menguruskan penghantaran dan semua penghantaran dilakukan oleh pihak dropship anda.
Legal Arrengement
Bagaimana anda hendak mendapat dokumen sokongan dari dropship anda. Maka anda kena berbincang dengan dropship anda supaya mengeluarkan satu surat seperti di atas bahawa anda adalah ejen produk dan semua penghantaran di lakukan oleh dropship anda.
Ini tanggungjawab dropship owner / founder anda dan anda kena follow up dengan mereka.
Contoh Invois
Manakala untuk invoic pula, katakan sebelum ini anda telah menjual di Shopee dan tiba-tiba Shopee buat peraturan Non SSL ini. Anda tidak boleh menjual produk dropship tersebut lagi.
Pihak dropship anda pasti mempunyai invoice atau data tempahan daripada anda sebelumnya dan anda boleh suruh mereka print out beberapa invoice contoh sebagai bukti penghantaran dan selitkan sekali sejarah tempahan dari buyer Shopee anda sebelum ini.
Buktinya ialah nama buyer dan alamat adalah sama dengan invoice yang dihantar oleh pihak dropship owner / founder kan.
Pick up Manifest
Ini pun dibawah tanggungjawab Dropship Owner anda dan kena pastikan mereka sediakan untuk anda.
Kesimpulan Kategori 1
Pendek kata dalam hal ini anda mesti berbincang dengan dropship owner dan pastikan mereka ketahui dokumen terbaru yang diminta oleh Shopee dan sediakan untuk anda.
Kadang-kadang dropship owner bukan faham sangat tentang Shopee ini ...hehehehe.
Paling mudah sarankan pada mereka untuk menerima AWB SHOPEE. JIka anda tempahan, anda bayar harga dropship dan submit kan AWB Shopee. Lagi senang dan kebanyakan dropship menerima kaedah ini.
Kecuali dropship owner atau founder yang hati keras ini.
Kategori 2 NON SSL
Kategori 2 ini memang mudah ler sebab anda simpan stok dan anda yang menguruskan penghantaran.
Legal Arrengement
Mohon pihak kurier untuk sediakan satu surat legal arrengement bahawa anda menggunakan perkhidmaan mereka.
Tak susah hendak mendapatkan surat ini sebab anda selalu menghantar produk anda guna kurier ini. Jumpa manager mereka dan minta surat bahawa anda sememangnya penjual yang menggunakan kurier mereka.
Shopee nak bukti bahawa pihak kurier tersebut memang menghantar produk anda sebelum ini.
Contoh Invois
Ini pun senang dimana anda boleh print out atau simpan invois lamakan. Jika anda guna Easy Parcel atau Send Parcel atau NInja Van aplikasi, memang mudah nak dapatkan invois ini..
Pick up Manifest
Sebenarnya saya pun tak faham kenapa dia nak benda ini. Semua sekarang kan teknologi dan nak data semua boleh print out.
Ini pun senang juga, Buat sendiri dan summary semua penghantaran anda dan sign sendiri. Jangan pening kepala. ATAU
Syarikat kurier ada simpan data logsheet ini saya pun kurang pasti. Anda boleh tanya pada pihak kurier anda.
Kategori 3 NON SSL
Buat apa anda nak mohon NON SSL, nak buat back up pada masa akan datang ker.
Lihat dahulu perkembangan NON SSL Produk oleh rakan-rakan anda dahulu. Sibuk jer...heheheheheh
KESIMPULAN
Non SSL terbaru ini baru diperkenalkan oleh Shopee dan kita pun tak tahu apa impaknya. Kena lihat dalam masa terdekat ini terutama nasib dropship Kategori 1.
Pada dasarnya saya tak memohon NON SSL ini walaupun terdapat produk saya sendiri di dalam kedai Shopee Shoppermaniac. Saya menggunakan SSL yang diberikan oleh Shopee.
JIka saya mendapati kurier yang diberikan oleh Shopee tidak sesuai dengan saya maka saya akan memohon pada Shopee agar menukar kurier lain dan lagipun Shopee kini memberi penambahan kurier.
Masalah ini juga boleh diselesaikan untuk Kategori 1 dimana jika channel Shopee anda mengguna POS LAJU tetapi dropship owner mengguna Ninja Van.
Mohon pertambahan channel Ninja Van sahaja dan bincang dengan dropship owner anda menerima AWB Shopee anda. Memang leceh ler tapi ini salah satu kaedah yang saya boleh fikirkan.