CABARAN SEBAGAI BLOGGER PADA TAHUN 2023 - BLOG SHOPPERMANIAC

CABARAN SEBAGAI BLOGGER PADA TAHUN 2023

CABARAN SEBAGAI BLOGGER PADA TAHUN 2023
CABARAN SEBAGAI BLOGGER PADA TAHUN 2023

Saya telah menulis beberapa 2 buah artikel mengenai Adakah Blogger Releven Pada Tahun 2023 dan Google Kemaskini Impak Blogger Pada tahun 2022.


Anda boleh membacanya dan mendapatkan maklumat perkembangan Google sepanjang tahun 2022 hingga menghancurkan Blogger seluruh dunia pada tahun 2022.


Jika anda sedia maklum saya ada membuat eksperimen mendapatkan 15K pageview untuk Blog shoppermaniac.com iaitu blog yang dilinkkan dari kedai Shopee saya.


Dan berita gembiranya saya mendapat bukan 15K pageview tetapi 21K pada bulan September 2021.


Tetapi pada November apabila Google kemaskini Google Spam ia telah memberi impak yang amat teruk hingga saya kehilangan 80% trafik pada semua blog saya. 

Belum lagi dikira sebelum ini Google Helpful Content yang membuat penulisan artikel menjadi lebih sukar.


Dan usaha memulihkan blog-blog ini akan memakan masa yang agak lama dan saya ambil.keputusan untuk beri tumpuan pada blog edukasi  ini shopeefunnel.online.


Sistem yang saya gunakan tetap sama iaitu metod-metod yang saya ajar di Masterclass Shoppermaniac cuma kali ini saya menggunakan Ubersuggest untuk membantu saya mendapatkan keyword serta menilai blog saya secara automatis.


Tujuan saya ialah saya nak cepat pulihkan blog ni dan pergi ke blog seterusnya. 


Berbalik pada soalan, adakah cabaran sebagai Blogger pada tahun 2023 semakin sengit?


Ya, dan saya ingin tekankan ianya amat perit untuk website atau blog baru kerana anda harus mengambil masa lagi lama untuk diindeks oleh Google.

Dulu saya kata 6 bulan untuk diindeks oleh Google dan saya ingin naikkan kepada 12 bulan hingga 24 bulan untuk anda benar-benar berjaya dalam bidang Blogger ni.

Pada tahun 2022 ni merupakan tahun saya "speechless" iaitu tak tahu nak buat apa bagi menaikkan trafik blog saya tiba-tiba jatuh menjunam. Ia juga disebabkan dari segi psikologi usaha yang anda buat berbulan-bulan tiba-tiba terkubur begitu sahaja.

CABARAN SEBAGAI BLOGGER PADA TAHUN 2023


Menambahkan keperitan ialah kejatuhan pendapatan pada bulan November 2022 sehingga 60% dan saya jangkakan kejatuhan terus menerus pada bulan December ini juga kerana blog saya masih belum pulih dari serangan Google Spam ini.


Cabaran Besar Sebagai Blogger

1. Blog Autoriti Menjadi Tumpuan 
2. Artikel Membantu Manusia Menjadi Prioriti
3. Jumlah Post Kena Tinggi 
4. SEO Makin Sengit 
5. Perlukan Bantuan Automatis

Persoalan bagaiamana untuk mengatasi masalah ini ialah anda harus ikuti sahaja  peraturan yang diberika oleh Google dan pastikan artikel anda mempunyai autoriti yang kuat melalui beberapa artikel yang lain menyokong kepakaran anda dalam sesuatu tajuk yang anda bincangkan.


Selain itu artikel anda haruslah bersifat membantu manusia dengan cepat. Ini bermakna mungkin jumlah ayat dalam sesuatu blog itu tidak lagi membawa makna tetapi berapa cepat ia boleh membantu menyelesaikan masalah pembaca anda .
Mungkin? 


Jumlah post juga memain peranan yang penting untuk mengukuhkan autoriti blog anda kerana melalui jumlah post yang tinggi potensi untuk di indeks google adalah lebih baik malahan salah  satu post anda akan mendapat tempat di rating yang pertama.


Dahulu untuk blog baru, dalam masa 6 bulan anda memerlukan 300 post kini mungkin harus ditambah menjadi 500 post untuk mengekalkan momentum saingan dalam dunia blogging ini.


SEO menjadi sangat sengit samada dari segi backlink, domain autoriti dan sebagainya harus diberi tumpuan yang baik. Tetapi untuk membentuk domain agau backlink yang baik ianya memakan masa.  Anda hanya boleh memastikan blog anda ini sihat dari SEO dan segalanya akan berlancar lancar mengikut masa.


Anda memerlukan bantuan samada dari agensi digital yang pakar tentang blog /website untuk membantu ranking blog anda atau anda harus mendapatkan aplikasi yang boleh membantu memudahkan kerja anda. 


Kesimpulan
Blog akan menjadi sukar dan saya jangkakan ia tidak akan menjadi lebih mudah pada masa akan datang. Tahun 2022 adalah tahun paling dahsyat untuk semua blogger dan kita berharap perubahan algoritma Google pada tahun 2023 ini tidak sehebat 2022. 

Penat beb!!!!


Namun jika anda amalkan teknik yang berikan iaitu:
1. Membuat seberapa post yang boleh tetapi berkualiti
2. Setiap tajuk post harus mempunyai konten berkaitan ( Topikal Post) supaya Google anggap anda mempunyai autoriti.
3. Teknik Kapal Perang iaitu mengemas kini setiap post lama anda supaya lebikh terperinci dari segi SEO.
4. Maintenance blog anda dari masa ke semasa untuk pastikan SEO anda terjaga
5. Mencari backlink sebanyak yang mungkin.


Catat Ulasan