Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE) - BLOG SHOPPERMANIAC

Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)


Best Dropship Malaysia yang saya sarankan melalui pengalaman saya terdapat 3 dropship yang saya sarankan untuk anda menjana sales yang baik iaitu :

SAVE VALUE
KUMOTEN
CICO

Pilihan pertama saya adalah SAVE VALUE dimana saya menggunakan di Kedai Shopee Shoppermaniac kami semenjak 2 tahun yang lalu dan setakat ini ia tidak mengecewakan dari segi jualan dan perkhidmatan sistem .


Untuk rekod saya tidak mendapat apa-apa imbuhan apabila mengatakan Save Value adalah pilihan saya tetapi saya membuat penyataan ini berdasarkan pengalaman saya menggunakan dropship ini.


Sebelum itu saya ada membuat perbandingan 6 jenis dropship yang telah saya gunakan sepanjang tahun 2021/2022 tentang keburukan dan kebaikan dropship ini, KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT


Artikel ini adalah salah satu artikel dari 3 artikel dropship terbaik Malaysia yang saya sarankan anda gunakan pada tahun 2023.


Kelebihan menggunakan Save Value:

  • DROPSHIP AUTO SYNC
  • IANYA PERCUMA
  • PILIHAN PRODUK YANG BANYAK 
  • PRODUK BARU SETIAP MINGGU
  • SYNC DATA LAZADA , SHOPEE DAN LELONG
  • MODAL BERMULA SERENDAH  RM100
  • PENAMBAIKAN KEPADA SELLER
  • DASHBOARD YANG MESRA
  • JAMINAN JUALAN 
  • SISTEM KURIER HINGGA SABTU


DROPSHIP AUTO SYNC

Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

  • Easy to integrate with Lazada & Shopee.
  • Easy One Click Product Sync.
  • Automatic product stock update.
  • Automatic Lazada & Shopee order fulfilment.
  • Kesemua dropship pilihan saya haruslah dropship auto sync. Ini adalah perkara wajib jika anda baru hendak belajar ilmu bisnes on line dan tidak mahu terlalu menumpukan perhatian memasukkan produk yang saya anggap non value added job.


    Apa itu dropship Auto Sync


    Dalam sistem dropship auto sync ialah semua sistem ini bergerak secara auto. Daripada anda masukkan produk ke kedai Shopee anda secara auto hingga anda mempunyai oderan di Shopee dan pembekal dropship anda menghantar produk tersebut ke pelanggan anda. Semuanya auto dan anda tidak perlu lakukan apa-apa pun.


    Inilah kelebihan utama yang saya terapkan pada semua pelajar Masterclass Shoppermaniac kami, mulalah dengan dropship Suto Sync dahulu. Timba ilmu bisnes online dan kurangkan membuat kerja-kerja nin value added.


    IANYA PERCUMA 

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

    Ya, ianya percuma dan anda hanya perlu mendaftar untuk menjadi member Save Value dan kemudian sync dengan Shopee.

    Dan anda boleh menjual di Shopee. Hebatkan !!


    REVISION:
    Pada bulan May 2023, Save Value telah membuat perubahan besar pada dropship mereka dan kini ia tidak lagi percuma. Anda kena membayar melalui 2 skim iaitu 3 bulan atau 6 bulan - KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


    PILIHAN PRODUK YANG BANYAK 


    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)


    Pilihan produk yang banyak dengan pelbagai kategori membuatkan Save Value memberi peluang kepada Shopee Seller menjual produk dan sekaligus mencari produk winning untuk kedai Shopee mereka.

    Pilihan produk yang banyak membolehkan pembeli pilihan yang banyak dan potensi trafik yang tinggi ke kedai Shopee anda melalui carian oleh pembeli anda di Shopee platform.

    Pilhan produk yang banyak membolehkan anda membuat marketing add on deal pada setiap produk mereka. 



    PRODUK BARU SETIAP MINGGU

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)


    Kelainan Save Value berbanding dengan dropship yang lain ialah produk baru dikeluarkan oleh Save Value setiap minggu.

    Sebagai dropship baru yang hendak bersaing dengan Shopee Seller lain yang menjual produk Save Value. Amatlah sukar kerana kebanyakkan algoritma shopee telah memilih produk-produk lama yang dijual oleh Seller lama yang berpotensi dan anda hendak bersaing dengan seller lama yang menjual produk yang sama amatlah sukar.

    Sebab itu anda harus mempunyai produk baru dan Save Value mampu memberikan anda perkhidmatan tersebut. Dengan produk baru, persaingan anda dengan seller lama adalah sama cuma dari segi pengalaman dan teknik marketing sahaja berbeza.

    Jika anda ikuti MasterClass shoppermaniac kami, anda tidak akan hadapi masalah dalam membuat produk listing yang power.


    SYNC DATA LAZADA , SHOPEE DAN LELONG

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)


    Dengan Save Value anda bukan sahaja boleh sync produk mereka ke Shopee, malah ke Lazada dan juga Lelong.

    Maka anda berpotensi untuk membuat jualan yang lebih tinggi melalui 2 atau 3 platform pilihan anda sendiri. Lebih banyak platform lebih banyak jualan.

    Tetapi saya cadangkan buat pemula bisnes on line anda fokus dengan satu platform sahaja samada Shopee atau Lazada. Manakala Lelong anda kena bayar wang pendaftaran. 



    MODAL BERMULA SERENDAH  RM100

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)


    Memulakan bisnis on line dropship, anda hanya memerlukan RM100 sahaja di Save Value. RM100 itu pun adalah duit top up paling minima yang dikenakan oleh Save Value dimana jika anda jualan di kedai Shopee anda. Save Value akan mengirimkan produk tersebut ke pelanggan anda dengan menolak baki harga barangan tersebut ( iaitu harga dropship).


    PENAMBAIKAN KEPADA SELLER

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

    Save Value semakin berkembang dan pada tahun 2022 ini Save Value telah mengeluarkan dua aplikasi untuk membantu Shopee Seller.

    Product Decoration dan Shopee Boost Items adalah aplikasi auto yang amat membantu Shopee Seller tetapi anda kena bayar bulanan atau 6 bulan sekali.

    Ini akan memudahkan anda membuat mareting secara auto. Ingat sentiasa automasi kan bisnes on line anda.


    DASHBOARD YANG MESRA

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

    Sebagai droship yang menjual produk yang banyak di kedai Shopee anda. Anda tidak mempunyai masa untuk melihat setiap margin untung produk anda.

    Dropship Save Value memberikan nilai keuntungan anda di dashboard mereka dalam bentuk peratusan dan ini amat memudahkan anda,

    Bagaimana saya menguruskan kadar margin untung saya ialah saya ambil kadar purata paling rendah margin untung Save Value iaitu 15% dan asaya uruskan segala marketing dengan kadar 15% margin untung.



    JAMINAN JUALAN 


    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)


    Jaminan Jualan pada produk Save Value dengan syarat anda mesti memahami teknik marketing serta offer yang baik dan terkini serta produk listing yag baik.

    Produk Winning juga haruslah tip top dengan kemasan yang baik dan meyakinkan maka tidak sukar untuk anda membuat jualan.

    Pada contoh di atas data Save Value contoh jualan produk Save Value di kedai Shopee kami pada awal bulan December 2022.



    SISTEM KURIER HINGGA SABTU

    Best Dropship Malaysia 2023 ( SAVE VALUE)

    Penghantaran oleh Save Value sehingga hari Sabtu dan Ahad tutup. Ini adalah satu option yang menarik kerana kebanyakan dropship tidak membuat penghantaran pada hari Sabtu.

    Ini bermakna kelewatan penghantaran melebihi 3 hari amat rendah dan ini adalah satu bonus kepada shopee Seller.



    KESIMPULAN 

    Melalui sebab-sebab diatas saya menyenaraikan Save Value sebagai Dropship Terbaik Malaysia dan mendapat rating pertama selain daripada Kumoten dan Cico.

    Ini adalah rating peribadi saya yang telah menggunakan Save Value dan jika anda memahami sistem analisa kami sebelum kami membuat ulasan ialah kami akan mencubanya dengan "Real Data" kami.



    Catat Ulasan