Saya telah membuat banyak artikel tentang Kumoten dan saya ada memberi pro dan kontra. Terutama tentang membership Kumoten yang dibahagi kepada Instant dan Prime yang saya tak berapa sukai.
Dahulu Kumoten merupakan sebuah platform dropship percuma dan kini anda kena membayar untuk membership yang agak kompleks untuk saya tak berbaloi. Kerana anda menjual produk mereka dan mereka mendapat pulangan dari jualan anda.
Dan hasilnya anda kena bayar membership plan setiap 6 bulan kepada mereka. Selain daripada itu saya tiada masalah dengan Kumoten tetapi disebabkan membership ini ia menjadi pilihan kedua / rating kedua sebagai DROPSHIP TERBAIK DI MALAYSIA 2023.
Dropship terbaik dan rating satu ialah Save Value. Anda boleh membaca artikel kenapa Save Value menjadi pilihan pertama. KLIK SINI
Selain itu saya ada membuat EBOOK bagaimana mendaftar dengan Kumoten dan penjelasan penuh membership serta tool yang diberikan oleh Kumoten. Anda boleh download EBOOK kami DISINI.
Best Dropship Malaysia yang saya sarankan melalui pengalaman saya terdapat 3 dropship yang saya sarankan untuk anda menjana sales yang baik iaitu :
SAVE VALUE
KUMOTEN
CICO
Kelebihan menggunakan Kumoten :
- DROPSHIP AUTO SYNC
- PILIHAN PRODUK YANG BANYAK
- PRODUK BARU SETIAP MINGGU
- SYNC DATA LAZADA , SHOPEE
- TERLIBAT E-DAGANG DENGAN MDEC
- POWER TOOL KEPADA SELLER
- DASHBOARD YANG MESRA
- JAMINAN JUALAN
DROPSHIP AUTO SYNC
Kesemua dropship pilihan saya haruslah dropship auto sync. Ini adalah perkara wajib jika anda baru hendak belajar ilmu bisnes on line dan tidak mahu terlalu menumpukan perhatian memasukkan produk yang saya anggap non value added job.
PILIHAN PRODUK YANG BANYAK
Pilihan produk yang banyak dengan pelbagai kategori membuatkan Kumoten memberi peluang kepada Shopee Seller menjual produk dan sekaligus mencari produk winning untuk kedai Shopee mereka.
Pilihan produk yang banyak membolehkan pembeli pilihan yang banyak dan potensi trafik yang tinggi ke kedai Shopee anda melalui carian oleh pembeli anda di Shopee platform.
Jika anda sertai Instant Membership, anda mampu untuk memasukkan sehingga 1000 produk dari Kumoten dan jika anda ambil Prime Membership ia boleh menjangkau hingga 5000 produk.
Dari segi jumlah produk tidak dinafikan Kumoten merupakan sebuah dropship paling terbaik.
PRODUK BARU SETIAP MINGGU
Kelainan Kumoten berbanding dengan dropship yang lain ialah produk baru dikeluarkan oleh Kumoten setiap minggu.
Sebagai dropship baru yang hendak bersaing dengan Shopee Seller lain yang menjual produk Kumoten. Amatlah sukar kerana kebanyakkan algoritma shopee telah memilih produk-produk lama yang dijual oleh Seller lama yang berpotensi dan anda hendak bersaing dengan seller lama yang menjual produk yang sama amatlah sukar.
Sebab itu anda harus mempunyai produk baru dan Kumoten mampu memberikan anda perkhidmatan tersebut. Dengan produk baru, persaingan anda dengan seller lama adalah sama cuma dari segi pengalaman dan teknik marketing sahaja berbeza.
Jika anda ikuti MasterClass shoppermaniac kami, anda tidak akan hadapi masalah dalam membuat produk listing yang power.
SYNC DATA LAZADA , SHOPEE
Dengan Kumoten anda bukan sahaja boleh sync produk mereka ke Shopee, malah ke Lazada dan juga Lelong.
Maka anda berpotensi untuk membuat jualan yang lebih tinggi melalui 2 atau 3 platform pilihan anda sendiri. Lebih banyak platform lebih banyak jualan.
Tetapi saya cadangkan buat pemula bisnes on line anda fokus dengan satu platform sahaja samada Shopee atau Lazada.
TERLIBAT E-DAGANG DENGAN MDEC
Penglibatan aktif Kumoten dengan MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) memberi banyak kelebihan pada pemula Shopee Seller hendak membuat jualan di Kumoten .
Kumoten memberi harga membership yang murah atau membuat beberapa membership yang khusus untuk promosi denga kerjasama MDEC.
Inilah peluang yang baik untuk anda menggunakan peluang yang ada.
POWER TOOL KEPADA SELLER
Dari segi kemudahan aplikasi yangbaik. Saya mencadangkan Kumoten kerana mereka mempunyai pelbagai aplikasi atau dipanggil Power Tools Kumoten untuk memudahkan seller.
Namun ia bukan diberi secara percuma tetapi ada pembayaran bulanan atau tahunan yang harus anda bayar. Tetapi pada masa yang sama, anda juga boleh membayar melalui token yang diberikan oleh Kumoten berdasarkan beberapa misi yang anda lakukan
Contoh di atas ialah token atau rewards yang boleh anda gunakan untuk mengguna Power Tools Kumoten tetapi berdasarkan pengalaman. Nak kumpul makan masa juga.
DASHBOARD YANG MESRA
Sebagai droship yang menjual produk yang banyak di kedai Shopee anda. Anda tidak mempunyai masa untuk melihat setiap margin untung produk anda.
Dropship Kumoten memberikan nilai keuntungan anda di dashboard mereka dalam bentuk peratusan dan ini amat memudahkan anda,
Bagaimana saya menguruskan kadar margin untung saya ialah saya ambil kadar purata paling rendah margin untung Kumoten iaitu 16% dan saya uruskan segala marketing dengan kadar 16% margin untung.
JAMINAN JUALAN
Jaminan Jualan bermaksud pasti akan ada jualan jika anda menggunakan Kumoten melalui bukti yang saya tunjukkan di kedai Lazada saya.
Jaminan Jualan pada produk Kumoten dengan syarat anda mesti memahami teknik marketing serta offer yang baik dan terkini serta produk listing yag baik.
Produk Winning juga haruslah tip top dengan kemasan yang baik dan meyakinkan maka tidak sukar untuk anda membuat jualan.
Pada contoh di atas data Kumoten contoh jualan produk Kumoten di kedai Lazada kami pada awal bulan November 2022.
KESIMPULAN
Melalui sebab-sebab diatas saya menyenaraikan Kumoten sebagai Dropship Terbaik Malaysia dan mendapat rating Kedua selain daripada Save Value dan Cico.
Ini adalah rating peribadi saya yang telah menggunakan Kumoten dan jika anda memahami sistem analisa kami sebelum kami membuat ulasan ialah kami akan mencubanya dengan "Real Data" kami.