TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE

Saya mendapat banyak soalan bagaimana mengisi borang Non SSL Shopee dan ramai yang gagal atau lambat diluluskan

TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE


Table Of Content :
  • Penjelasan Saluran Penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" dan ‘Virtual Goods’
  • PERBANDINGAN PERMOHONAN NON SSL PRODUK VS VIRTUAL GOOD.
  • Kategori 1 Dropship NON SSL ( Tutup Kedai Shopee)
  • CONTOH BORANG PERMOHONAN NON SSL
  • VIDEO  UNTUK MENGISI BORANG NON SSL


TERKINI PADA UPDATED OCT 2023

Shopee sering ubahsuai NON SSL survey mereka dan ini menyusahkan ramai seller. Ini adalah yang terbaru dan say jelaskan dengan lengkap bagaimana mengisinya.
Saya mendapat banyak soalan bagaimana mengisi borang Non SSL Shopee dan ramai yang gagal atau lambat diluluskan.
Untuk mengisi Virtual Good agak mudah tetapi untuk produk iaitu guna channel lain agak sukar. Banyak dokumen yang harus anda gunakan.

Ini adalah borang terbaru cara apply non ssl shopee:



Penjelasan Saluran Penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" dan ‘Virtual Goods’

16-08-2023

Saluran penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" dan "Virtual Goods" hanya tersedia untuk penjual terpilih. Untuk memohon saluran ini, sila serahkan borang permohonan di sini.



Sebagai pengganti dua saluran ini, anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana saluran Shopee Supported Logistics untuk menghantar pesanan anda.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai saluran Shopee Supported Logistics, sila rujuk artikel Pengenalan Shopee Supported Logistics.


Siapa yang boleh mengaktifkan saluran penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" dan "Virtual Goods"?


Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)

A) Penjual yang menggunakan penghantaran sendiri

B) Penjual yang menggunakan pembekal logistik lain yang lebih sesuai untuk menjual barang besar / barangan segar / mudah rosak / mana-mana produk lain yang tidak dapat dipenuhi oleh Non- Shopee Supported Logistics.


Virtual Goods

A) Penjual yang mempunyai produk digital seperti tiket/baucar yang tidak memerlukan sebarang penghantaran fizikal.

Sekiranya anda tidak memenuhi kriteria ini, sila ubah kepada Shopee Supported Logistics.


Standard Perkhidmatan


Bagi penjual yang layak menggunakan saluran penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" / "Virtual Goods", pastikan anda mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi seperti:


  • Jumlah pesanan yang konsisten untuk saluran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)") / "Virtual Goods".
  • Ulasan yang memuaskan berkaitan dengan penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" / "Virtual Goods".
  • Kadar Return/Refund yang rendah dengan penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" / "Virtual Goods". Kegagalan untuk mengekalkan prestasi boleh menyebabkan saluran penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" / "Virtual Goods" dikeluarkan.
  • Mempunyai dokumen penghantaran yang tepat untuk pengiriman "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" bukti pick-up dan drop-off, yang mungkin diserahkan sekiranya terdapat isu dengan penghantaran.


⚠️Nota

Kegagalan untuk mengekalkan standard perkhidmatan di atas boleh mengakibatkan penghapusan saluran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" dan "Virtual Goods". Penjual juga akan dikeluarkan secara langsung dari saluran tersebut jika tidak ada pesanan ditempatkan dalam masa 30 hari.


Bagaimana saya boleh mula menggunakan saluran penghantaran "Seller's Own Fleet (West & East Malaysia)" dan "Virtual Goods" jika saya memenuhi kriteria penggunaan?


Untuk memudahkan proses penilaian, anda diminta untuk memberikan bukti sokongan yang diperlukan. Pastikan maklumat tersebut tepat dan jelas untuk proses permohonan yang lancar.


TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE


Setelah dihantar, Shopee akan menilai permohonan anda. Tunggu tindak balas pada hari Selasa atau Jumaat melalui Seller Centre Announcement.



PERBANDINGAN PERMOHONAN NON SSL PRODUK VS VIRTUAL GOOD.


Daripada perbandingan permohonan Non SSL (Kurier Sendiri) dengan Virtual Good anda dapat melihat betapa sukarnya memohon NON SSL produk yang menggunakan kurier sendiri.

Anda dapat melihat sendiri dokumen yang perlu anda sediakan berbanding dengan Virtual Good yang lebih mudah dimohon.

Sebab itu ramai yang gagal dalam memohon Non SSL ini terutama dropship.



Masalah Kategori 1 Dropship NON SSL (Tutup Kedai Shopee) 


Jika anda menggunakan kurier lain maka anda kena sediakan maklumat ini kepada pihak Shopee.

Kategori 1 dimana anda tidak menguruskan penghantaran dan semua penghantaran dilakukan oleh pihak dropship anda.



Legal Arrengement 


Bagaimana anda hendak mendapat dokumen sokongan dari dropship anda. Maka anda kena berbincang dengan dropship anda supaya mengeluarkan satu surat seperti di atas bahawa anda adalah ejen produk dan semua penghantaran di lakukan oleh dropship anda.


Ini tanggungjawab dropship owner / founder anda dan anda kena follow up dengan mereka.



Contoh Invois


Manakala untuk invoic pula, katakan sebelum ini anda telah menjual di Shopee dan tiba-tiba Shopee buat peraturan Non SSL ini.  Anda tidak boleh menjual produk dropship tersebut lagi.


Pihak dropship anda pasti mempunyai invoice atau data tempahan daripada anda sebelumnya  dan anda boleh suruh mereka print out beberapa invoice contoh sebagai bukti penghantaran dan selitkan sekali sejarah tempahan dari buyer Shopee anda sebelum ini.


Buktinya ialah nama buyer dan alamat adalah sama dengan invoice yang dihantar oleh pihak dropship owner / founder  kan.



Pick up Manifest 


Ini pun dibawah tanggungjawab Dropship Owner anda dan kena pastikan mereka sediakan untuk anda.



Kesimpulan Kategori 1 

Pendek kata dalam hal ini anda mesti berbincang dengan dropship owner dan pastikan mereka ketahui dokumen terbaru yang diminta oleh Shopee dan sediakan untuk anda.


Dan biasanya founder jenis ini tidak melayan sangat permintaan sedemikian dan janlan paling mudah tutup kedai Shopee anda disebabkan anda sememangnya tidak mampu menyediakan dokumen yang diminta oleh Shopee.



Terdapat beberapa kategori Dropship yang lain iaitu Kategori 2 dan 3 tetapi anda boleh memohon Non SSL tetapi jika anda berada dalam kategori 1 ini maka dicadangkan anda tutup Kedai Shopee anda.





CARA MOHON NON SSL SHOPEE



TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE


TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE

Bahagian atas ini adalah dokumen asas yang mesti anda isikan samada anda mengambil Non SSL ( Kurier Sendiri) atau Virtual Good.


DOKUMEN NON SSL PRODUK ( KURIER SENDIRI)



Untuk NON SSL produk terbahagi 2 iaitu Seller Own Fleet dan Others Logistic Provider.
  • Seller Own Fleet - Anda menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar produk anda
  • Others Logistic Provider- Anda menggunakan syarikat perkhidmatan kurier lain. Saya menjangkakan ramai yang menggunakan kategori ini dan saya telah jelaskan dengan lengkap di bahagian awal artikel ini.

Mari kita lihat dokumen wajib yang patut anda sediakan
TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE
Ini jika anda menggunakan kenderaan sendiri


TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE
Jika anda menggunakan syarikat kurier lain


TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE
Jika anda menggunakan syarikat kurier lain


TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE
Jika anda menggunakan syarikat kurier lain



Tak perlu saya jelaskan dan anda dapat melihat sendiri dokumen yang anda kena berikan untuk memohon Non SSL produk ( Kurier Sendiri). Ianya amat sukar dan banyak kerja nak buat.

Shopee sengaja menyusahkan Shopee Seller yang mahu menggunakan kurier sendiri. Kalau saya berada di tempat Shopee, kenapa saya hendak memudahkan anda menggunakan kurier sendiri padahal Shopee dah sediakan.


DOKUMEN NON SSL VIRTUAL GOOD

TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE
Anda hanya perlu mengisikan URL Produk dan submit pada Shopee. Mudahnya..



VIDEO UNTUK MENGISI BORANG NON SSL

Seperti yang saya katakan, borang Non SSL Shopee sentiasa berubah-ubah tetapi dokumen yang diperlukan adalah sama sahaja. Video ini pada masa akan datang mungkin berbeza dengan borang terkini tetapi dokumen yang diperlukan tetap sama cuma template berbeza.

Maaf saya tak dapat buat video terbaru kerana jika tak salah dalam tahun ini, 4 kali borang Npn SSL Shopee ini asik berubah


VIDEO MEMOHON VIRTUAL GOOD



VIDEO MEMOHON NON SSL ( KURIER SENDIRI)




TUTORIAL ISI BORANG NON SSL SHOPEE ( PRODUK)

إرسال تعليق