SYARAT MENJADI SHOPEE SELLER 2024 - BLOG SHOPPERMANIAC

SYARAT MENJADI SHOPEE SELLER 2024

SYARAT MENJADI SHOPEE SELLER 2023

SYARAT MENJADI SHOPEE SELLER  2023

Sebelum anda bercita-cita untuk menjadi sebagai Shopee Seller. Tanya pada diri anda soalan ini dahulu? Ia umpama satu survey untuk diri  anda samada benarkan anda serius mahu menjerumuskan diri anda dalam bidang bisnis online khususnya Shopee.


1. Adakah Anda Mempunyai Masa?
2. Adakah Anda Memahami Menggunakan Aplikasi Shopee Seller?
3. Berapa Modal Yang Anda Ada?
4. Apakah Produk Yang Ingin Anda Jual? ( Dropship/Produk sendiri ) 
5. Shopee Seller Mempunyai Learning Curve Yang Panjang
6. Apakah Perancangan Anda?



1. Adakah Anda Mempunyai Masa?

Masa adalah musuh anda yang membantutkan perkembangan Kedai Shopee anda. Berapa banyakkah masa yang sanggup anda berikan untuk Kedai Shopee anda setiap hari.


Anda mesti memberikan masa yang secukupnya untuk KedaI Shopee anda terutama kedai Shopee anda baru lagi dan belum ada produk yang mencukupi.


JIka anda sanggup berikan satu jam setiap hari manakala orang lain sanggup memberikan 3 jam setiap hari. Maka anda jangan membandingkan kemajuan kedai Shopee anda dengan rakan anda yang jauh meninggalkan anda dimana dia sangup habiskan 3 jam setiap hari berbanding anda iiatu hanya 1 jam sahaja.


Masa menentukan perkembangan kedai Shopee anda sebagai Shopee Seller.



2. Adakah Anda Memahami Menggunakan Aplikasi Shopee Seller?

Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai Shopee Seller. Anda akan melihat dashboard Shopee Seller yang cukup banyak fiturnya.


Inilah cabaran utama anda iaitu bagaimana mahu menggunakan fitur di Shopee.

Anda harus belajar bagaimana mengguna Dashboard Shopee Seller serta fungsi setiap fitur yang diberikan.


Masterclass Shopermaniac kami menawarkan perkhidmatan bagaimana menggunakan dashboard Shopee Seller serta cara mendapatkan trafik ke Kedai Shopee anda.



3. Berapa Modal Yang Anda Ada?

Ini adalah soalan cepu emas yang selalu membuatkan anda terbantut untuk meneruskan impian anda menjadi Shopee Seller.


Ramai yang mengatakan untuk menjadi Shopee Seller adalah ZERO modal dengan menjual produk dropship. 


Itu adalah satu mitos yang harus anda jangan percayai. Mana ada bisnis online tanpa modal.  Betul, untuk membuka sebuah Shopee Seller memang percuma.


Dan jika anda menjadi dropship dan  secara tiba-tiba anda mendapat pembelian dari kedai Shopee anda. Mahu tak mahu anda kena bayar harga dropship pada pembekal anda untuk hantarkan kepada buyer anda.


Setelah buyer anda menerima produk tersebut . Selepas 3 hari, Shopee akan melepaskan pembayaran kepada anda.


Selain itu anda juga harus mempunyai modal untuk mempromosikan kedai dan produk anda. Iklan berbayar adalah wajib pada tahun 2023 ini untuk mempromosikan kedai shopee anda. Sekurang-kurangnya RM20 seminggu.


Pendek kata anda memerlukan modal permulaan untuk memulakan bisnis online di Shopee, Dan untuk saya anggaran kasar ialah RM200 dimana RM100 ialah modal kedai dan RM100 untuk ilmu Masterclass Shoppermaniac.



4. Apakah Produk Yang Ingin Anda Jual? ( Dropship/Produk sendiri ) 

Satu lagi soalan yang perlu anda soal pada diri anda. Adakah anda hendak menjual produk sendiri atau menjadi dropship.


JIka anda mahu menjual produk sendiri, anda kena tanya pada soalan no 3 semula. Berapakah modal yang anda ada untuk menjual produk sendiri.


Walau bagaimana pun saya selalu mengalakkan sesiapa yang baru hendak berkecimpung dalam bisnis on line Shopee Seller ini ialah bermula sebagai dropship.


Ianya "low risk" bisnis on line tetapi berpotensi maju serta berdaya saing.  Dalam Masterclass Shoppermaniac kami juga memberikan percuma 3 jenis dropship yang boleh anda pilih.



5. Shopee Seller Mempunyai Learning Curve Yang Panjang

Anda harus ketahui bahawa menjadi Shopee Seller ini ialah untuk berjaya ia akan memakan masa.  


Mengikut pengalaman saya, sebuah kedai Shopee untuk menjana sales yang konsisten ia memakan masa selama 6 bulan!!!  Ini bermakna adalah anda harus mempunyai kesabaran yang cukup tinggi mengendalikan kedai Shopee anda.


6 bulan ini saya belum kira masa yang akan anda ambil untuk mempelajari ilmu Shopee ini. Sudah tentu sebagai Shopee Seller yang baru, anda tidak memahami sepenuhnya bagaimana menggunakan dashboard Shopee Seller.


Dan jika anda hanya luangkan 1 jam sahaja setiap hari di Kedai Shopee maka ia akan mengambil masa yang lebih panjang.



6. Apakah Perancangan Anda?

Sebagai bisnis online, anda harus mempunyai KPI atau target untuk bisnis anda.


Melalui pengalaman, sebuah Kedai Shopee yang baru dan menjual produk dropship. Permulaan target ialah RM1000 sebulan dan selepas 6 bulan anda akan naikkan kepada RM3000. Ini adalah contoh yek.


Selain itu anda harus mempunyai perancangan adakah anda akan kekal dengan dropship atau maju lebih kehadapan menjual produk sendiri atau menjual produk dropship high price.


Kesemua ini akan mengambil masa berapa lama? Inilah yang akan anda buat dengan perancangan yang teliti. Untuk Shoppermaniac kami  menjangkakan selama 3 tahun baru kami estabalish sebagai sebuah bisnis on line You tube saya



Catat Ulasan