Dropship ini salah satu risiko yang anda kena alami ialah sistem mereka yang kadangkala lambat updated atau mereka sengaja menyusahkan anda.
Saya telah membuat beberapa video tentang perangai dropship dalam tahun ni dan anda boleh klik pada klik disini sebagai persediaan awal dan cara mengatasinya:
1. CICO tak sync dengan Shopee -klik
2. DSM produk susah nak jual. -klik
Dan kini Kumoten pula buat hal dimana pelanggan kami telah membuat pembayaran di marketplace dan tiba-tiba di dashboard Kumoten beritahu saya ada pending item, ingatkan lupa nak top rupanya stok dah habis.
Dibawa ini jalan ceritanya:
KUMOTEN STOK LAMBAT KEMASKINI DAN INI PENJELASAN MEREKA
Order telah dibuat oleh pelanggan. Dan ianya masuk ke pending cart, Ingatkan top up tak cukup rupanya stok Zero.
Padahal dalam Market Place ada tulis stok kuantiti dan pelanggan telah membuat pembayaran.
Dalam dashboard Kumoten, besar lebar ia tulis pending order, Biasanya kalau macam ini ia nak ingatkan seller top up duit . Mereka tak boleh shipping disebabkan isu ini.
Tetapi bagusnya ia ada buat SOP kenapa perkara ini berlaku dan biasanya amat jarang berlaku .
Terpaksa bohong pelanggan kami yang telah membuat pembayaran dengan mengatakan bahawa stok telah habis secara tiba-tiba.
KESIMPULAN MASALAH KUMOTEN
Sebagai seller dropship di marketplace inilah pahit manis yang akan anda hadapi dan ini akan mematangkan anda sebagai seller bagaimana untuk atasi masalah ini pada masa akan datang.
Dan sekaligus mengatasi penalti oleh marketplace yang akan menjejaskan intigriti kedai anda sekaligus sales anda.
Saya tak marah cuma malas nak layan benda-benda macam ini sebab saya dah ada pengalaman atasi perkara ini. Yalah!!! buat apa susahkan diri sebab salah pihak lain kan.,.itu yang fed up.