YOU TUBE CHANNEL SHOPPERMANIAC MERUGIKAN - BLOG SHOPPERMANIAC

YOU TUBE CHANNEL SHOPPERMANIAC MERUGIKAN

YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN


YOU TUBE CHANNEL  SHOPPERMANIAC MERUGIKAN

Ramai yang bertanya pada saya apa tujuan saya membuat You Tube Channel ini dan apakah kelebihan yang saya perolehi melalui You Tube Channel khususnya You Tube Channel Shoppermaniac ini.


Adakah saya memperolehi keuntungan melalui You Tube Channel Shoppermaniac yang telah ditubuhkan secara rasmi pada May 2021 dan kini ia teah berusia selama 1.5 tahun. 


Anda pasti terkejut keuntungan yang saya perolehi melalui YouTube Channel ini .


BERKONGSI ILMU

Ini adalah ayat klise iaitu keujudan You Tube Channel Shoppermaniac ini sebenarnya adalah satu perkongsian yang kami ingin berikan pada semua terutama tips tentang Shopee, Facebook Ads dan Blogging. Melalui perkongsian ini, kami berharap dapat membantu dan pelajari lebih banyak ilmu melalui You Tube Channel Shoppermaniac.


Memang klise ayat ini kan tetapi jika anda melihat penaglaman saya dalam bidang blogging selama 12 tahun, saya membuat tips blogging sejak dari dahulu lagi tanpa ada apa-apa imbuhan yang saya dapat,


Saya suka menulis dan itu passion saya semenjak 12 tahun ini dan sekaligus ia satu legasi peninggalan saya untuk diri saya. 



MOTIVASI VIDEO LIVE

Selain itu ia adalah satu motivasi untuk saya berubah mengikut perubahan zaman dimana video merupakan mekanisma yang amat penting dalam bisnis on line.


Hanya melalui You Tube saya rasa mampu untuk memperbaiki diri ini dalam bidang live ini. Lihat sahaja video pertama saya, kadang-kadang malu nak tengok..hahahhhaa. Teruk sangat !!!


Dan lama-kelamaan semakin berani dan sedikit demi sedikit saya cuba perbaiki intonasi suara serta menambah baik gadget-gadget untuk You Tube Channel ini agar lebih baik dari dahulu.


EBOOK MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Kemudian setelah beberapa lama, saya berfikir apa salahnya saya membuat channel ini dan sekaligus berkongsi dengan memberi Ebook tentang Shopee, Facebooks Ads dan Blogging.


Dengan penjualan Ebook ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan serta menaik taraf gadget serta membeli beberapa aplkasi yang bertujuan memberi tunjuk ajar yag lebih mantap kepada penonton kami.


Saya tidak terlalu menekan sangat tentang EBook ini dimana pada mulanya saya menjual Ebook ini secara berasingan iaitu Shopee, Facebook Ads dan Blogging.

Tetapi saya berfikir, saya terlampau memikirkan penjualan EBook ini dan kini anda boleh mendapat kesemua EBook ini dengan satu harga serta menjadi membership Diamond.


KOS UNTUK MAINTAIN YOU TUBE CHANNEL SHOPPERMANIAC 


Gadget YouTube

Sebagai You Tuber sudah tentu kami memerlukan beberapa alat yang wajib dan salah satunya ialah mikrofon dimana saya mempunyai 2 jenis mikrofon iaitu melalui smartphone/kamera dan juga gadget jika memberi tunjuk ajar melalui screen komputer. Kos untuk membeli gadget ini ialah dalam RM500.


Dan kemudian saya upgrade lighting di bilik saya dimana kami menghabiskan sebanyak RM400. Belum lagi dikira latar belakang studio yang kami buat dan sebagainya. Itu tak payah kira ler.


Shopee Shoppermaniac

YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN


Jika anda ketahui You Tube Channel Shoppermaniac ini memberi tunjuk ajar melalui "real data" iaitu kami membuat eksperimen secara live dan berkongsi data dengan anda.


Sebagai contoh You Tube Channel Shoppermaniac bermula dengan kedai Shopee Shoppermaniac dan melalui live data, kini Shopee Shoppermaniac telah berjaya menjana sales RM3000 sebulan dan anda boleh melihat data kami di You Tube Channel dan blog kami.


Jana RM3000 sebulan dengan dropship ini


Untuk permulaan Kedai Shopee Shopppermaniac, saya kurang pasti berapa wang telah saya terutama membuat eksperimen Shopee Ads ini hingga saya menjumpai cara terbaik membuat Shopee Ads sebagai dropship. Dan kemudian saya membuat eksperiemn terbaru Shopee Boost Ads memakan wang saya sebanyak RM200 dan tiada jualan . 


Dropship yang kami gunakan untuk menjana sales dikedai Shopppermaniac ialah Save Value dan Cico.


Shopeefunnel.online dan shopppermaniac.com

YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN


Kemudian saya membina 2 blog iaitu Shopeefunnel.online iaitu koleksi artikel dari You tube Channel dimasukkan ke blog ini melalui penulisan kami . Dan kemudian saya membuat blog shoppermaniac.com iaitu sebuag blog eksperimen kami untuk link kedai Shopee ke blog ini. Dan saya belum kira kos untuk membeli domain untuk kedua -dua blog ini . 


YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN

Dan seperti saya katakan kami membuat eksperimen real data dimana saya mahukan 15Kpageview sebulan pada shoppermaniac.com. Dan melalui eksperimen yang kami lakukan,kami menghadapi masalah untuk mengekalkan SEO blog ini dengan baik dan kami telah membeli aplikasi Uber Suggest untuk pantaskan eksperimen dimana kos untuk aplikasi ini ialah USD200


Shopee Homemaniac


YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN


Melalui kejayaan Kedai Shopee Shoppermaniac ini kami membuka sebuah lagi kedia Shopee yang baru iaitu  Homemaniac dimana kami ingin membuat eksperimen dengan dropship DSM ( dropshipmalaysia.com) . Dimana kos untuk menyertai dropship ini ialah RM300 selama setahun.


Demi untuk mendapatkan real data kelebihan dropship DSM ini maka kami membeli pakej DSM sebanyak RM300. Ini belum lagi minimum top up iaitu RM200.


Dan malangnya kedai Shopee Homemaniac ini gagal mendapat jualan mengggunakan DSM atas sebab-sebab tertentu.


YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN

Selain itu juga saya ada membuat pembayaran menjadi membership Kumoten Instant Pakej dimana pembayaran setiap 6 bulan RM69. Tetapi hanya sekejap sahaja keraa semua produk yang saya masukkan ke kedai Shopee kena banned. 


Oleh itu sia-sia sahaja saya membayar RM69 pada ketika itu tanpa membuat apa-apa jualan malah kedai Shopee kami kena banned.



ECOMMERCE shoppermaniacstore




Pada tahun 2022 ini, kami telah membina sebuah ECommerce Website bernama shoppermaniacstore.com. Ianya dalam proses maintenance dimana kami akan gunakan website ini untuk mengganti landing pages serta juga sync kedai Shopee ke website ini.


Saya mengambil plan 3 tahun sebab saya tahu sebuah ECommerce akan mengambil masa untuk membuat branding.


Harga keseluruhan website ini ialah RM1404 untuk 3 tahun. Dan sekali lagi untuk anda kami mengeluarkan wang kami dalam membentuk jenama shoppermaniac dan bagaimana membuat sebuah ECommerce mengguna Easy Store akan kami masukkan dalam You Tube Channel ini




CANVA 

YOU TUBE CHANGE SHOPPERMANIAC MERUGIKAN


Saya juga mengambil Canva PRO untuk membuat thumbnail serta kerja-kerja grafik kami dengan harga USD 119 setahun. 


Namun saya terpaksa ambil jika tidak thumbnail yang kami buat tidak lawa dan ambil masa yang agak lama. Selain itu kami menjual setelah kami update CANVA


Masa dan Tenaga

Masa dan tenaga adalah sesuatu yang tidak boleh dikira dan saya menghabiskan waktu yang panjang pada permulaan You Tube Channel Shopppermaniac ini.


Ini adalah kos yang perlu diambil kira serta idea membuat konten dari masa ke semasa samada di blog atau di YOu Tube Channel.


Eksperimen demi eksperimen kami lakukan agar anda percaya metod yang kami gunakan memerlukan pengorbanan masa yang tinggi.


Ada ketika dahulu saya menghadapi "burn out" idea dimana saya tidak mempunyai apa-apa konten untuk You Tube Channel ini.


Perbezaan kami dengan You Tube Channel yang lain ialah kami bercerita tentang teknik bisnis on line dan kami tunjukkan pada anda.




PENDAPATAN SEBAGAI YOU TUBER 

YOU TUBE CHANNEL  SHOPPERMANIAC MERUGIKAN


Inilah pendapatan saya sebagai You Tuber dan setiap bulan hanya RM100 maksima.Dan untuk menampung kos maintenance YouTube Channel ini jauh sekali .


Pendek kata saya tidak ambil pusing tentang monetize ini tetapi ia telah disediakan dan saya harus mempergunakannya. 


KENAPA YOU TUBE SHOPPERMANIAC PATUT MENJADI PILIHAN ANDA

Catat Ulasan