SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022
Dan setelah itu kami mula mengubah beberapa startegi serta membaiki kesilapan kami semenjak 6 bulan yang lalu.
Apa yang kami buat;
POST LAMA KAMI MULA DI INDEKS
Pada bulan Jun yang lalu kami berjaya membuat post atau konten sebanyak 378 sahaja dan sebenarnya ia jauh dari target asal kami iaitu 300 post dalam masa 3 bulan ( March 2022) .
Ini kerana kami ingin memberi masa post-post kami diindeks oleh Google. Untuk pengetahuan, sebaik sahaja anda membuat post atau konten ianya tidak akan diindeks serta merta oleh Google. Biasanya ia mengambil berminggu atau berbulan atau tidak langsung.
Sebab itu anda memerlukan post yang banyak untuk memastikan salah satu post anda akan diranking dan diindeks oleh Google.
Bila anda terbitkan post anda lambat maka lambatlah post/konten anda akan dindeks. Dan ini yang terjadi pada kebanyakan post kami yang mula dindeks oleh Google sedikit demi sedikit dan pada masa yang sama kami membuat post baru dan hingga kini kami mempunyai 493 post.
Dan kami berharap post baru kami juga akan mula dindeks dan menjana tarfik yang lebih tinggi.
TEKNIK KAPAL PERANG
UBER SUGGEST
BUAT KONTEN
Konten adalah raja dan anda mesti percaya melalui konten anda boleh menjana pendapatan yang baik. Anda lebih mudah mendapat trafik organik dengan post yang banyak dan berkualiti.
Teruskan membuat konten.
KONTEN RELATED
Konten related saya perkuatkan untuk menunjukkan autoriti dalam sesebuah tajuk. Contohnya saya menjual produk UBAT RACUN SEMUT dan saya akan membuat konten related dengan memberi penerangan jelas seperti jenis-jenis semut, pembiakan semut dan sebagainya.
Ertinya saya bukan sahaja menjual tetapi membei penerangan yang lengkap tentang semut dan GOOGLE akan menilai artikel anda ini lengkap dan membantu pembaca mengikut algoritma Google Helpful Content .
SILO KONTEN
Membuat konten dan kemudian membuat related konten sahaja tidak akan berjaya jika anda tidak memberitahu Google.
Sebagai contoh anda membuat konten semut seperti yang saya katakan dan juga konten related. Tetapi adakah Google tahu bahawa konten-konten ini saling berkait.
Google tak tahu dan anda kena beritahu google dengan membuat internal link dari artikel 1 kepada artikel 2 dan seterusnya. Ini membawa maksud setiap artikel itu mempunyai sequen berkait melalui internal link.
Dan akhir sekali kesemua konten related itu anda kena buat link dan link ke artikel utama.
KESIMPULAN
Inilah teknik yang saya gunakan dan saya jamin ia pasti akan berjaya. Tetapi pastikan konten anda berkualiti. Tak guna anda membuat ratusan konten tetapi ia penuh,