Baru-baru ini telah ujud 2 puak yang memberi pendapat tentang keyword atau kata kunci tidak penting lagi semenjak Google kemaskini algoritma berkenaan Helpful Content
Apa itu Keyword
Kemampuan memilih kata kunci yang tepat setiap kali akan menulis artikel dapat memberikan efek yang dahsyat terutama untuk mendatangkan trafik dari mesin pencari.
Keyword yang dicari ialah keyword "search intent" atau keyword jenis "long tail keyword" yang tidak mempunyai saingan yang tinggi.
Dengan penggunaan keyword ini maka, algoritma Google dapat memahami apakah maklumat yang ingin disampaikan melalui artikel ini dan sebolehnya masukan seberapa banyak keyword yang berkaitan tentang konten tersebut.
Melalui penggunaan keyword yang baik, potensi artikel anda di dalam enjin carian pertama amatlah tinggi dan teknik ini adalah teknik asas yang digunakan oleh semua blogger jika melibatkan SEO.
Google Helpful Content
Google berkomitmen untuk menghapus halaman website yang tidak membantu user, seperti artikel yang ditulis oleh AI, dari halaman pencarian. Metode ini nantinya dapat mendorong artikel atau konten informatif ke posisi teratas.
Buat satu artikel yang cukup detail dan bermanfaat yang di cari oleh pengguna. Pendek kata artikel ini haruslah mempunyai data kajian, gambar, infografik serta analisa yang lengakap serta pebandingan yang baik.
Artikel yang baik ialah pengguna tidak akan mencari maklumat tambahan di laman web lain dengan meninggalkan laman web anda. Malah jika pengguna membaca konten anda dan kemudian pergi konten berkaitan di laman web anda, itu lagi bagus.
Ini menandakan laman web anda mempunyai integriti yang baik dan berpotensi artikel anda di dalam enjin carian pertama amatlah tinggi
Melalui penggunaan teknik ini samada penggunaan keyword atau helpfull konten , kesemuanya berpotensi untuk berada di dalam enjin carian pertama.
Maka yang manakah patut anda gunakan untuk memastikan artikel atau konten anda di enjin carian pertama.
Adakah Keyword blogging telah mati seperti mana yang dikatakan oleh puak Helpful Konten ini. Atau OLD SCHOOL blogger masih hendak pertahankan keyword sebagai unsur utama dalam SEO.
GABUNGAN KEYWORD DAN HELPFUL KONTEN.
Pada pendapat saya sebagai blogger anda harus ikuti semua perubahan algoritma Google agar tidak ketinggalan dalam persaingan yang sengit ini mengejar beberapa ruang di muka hadapan Enjin Carian Pertama .
Gabungan antara keyword dan Helpful Konten adalah penyelesaian terbaik dalam memastikan artikel anda sentiasa releven.
LOGIKNYA
Katakan anda membuat sebuah artikel yang cukup padat bertajuk "Bagaimana Menjadi Seller Shopee Sepenuh Masa" . Anda merupakan puak Helpful Konten dimana anda akan membuat kajian secara mendalam bagaimana untuk memastikan maklumat kepada pembaca anda dapat disampai dengan penuh.
Melalui kajian anda, anda akan masukkan:
1) Kenapa anda harus pilih Shopee dan kelebihannya
2) Kelemahan Shopee jika anda sertai sebagai Seller
3) Anda akan terangkan bagaimana hendak mendaftar sebagai Seller Shopee
2) Anda akan membuat pecahan jenis-jenis Seller Shopee samada dropshipping atau produk sendiri
3) Anda akan menerangkan kepentingan pemilihan produk serta mendapatkan produk winning.
4) Anda akan menerangkan dengan jelas bagaimana membuat marketing di Shopee agar mempunyai jualan yang konsisten
5) Bagaimana menjual produk Shopee diluar platform Shopee untuk jana trafik dan sales.
6) Berapa lama yang diperlukan untuk mencapai jualan yang konsisten.
Inilah bentuk artikel yang akan anda buat untuk memastikan pembaca akan memperolehi maklumat yang lebih jelas dan detail.
Malah anda akan gunakan teknik SILO dimana anda akan membuat beberapa artikel tambahan untuk menyokong artikel uatama ini untuk pecahkan beberapa bab utama.
Artikel sokongan anda ialah :
1) Bagaimana mendaftar sebagai Seller Shopee
2) Bagaimana mencari Produk Winning
3) Jenis-jenis Marketing di Shopee
4) Platform luar Shopee - Bagaimana membuat blog untuk Shopee
5) Platform luar- Bagaimana membuat FB Ads untuk promosi produk Shopee.
Melalui artikel ini anda akan linkkan ke Tajuk Utama atau dari tajuk utama anda akan link ke sub tajuk ke artikel sokongan ini.
Inilah Helpful Konten yang berjaya.
Sebagai puak Helpful Konten anda akan berhenti begitu sahaja tanpa memikirkan kajian kata kunci yang tepat " Seller Shopee" .
Tetapi adakah artikel ini "Bagaimana Menjadi Seller Shopee Sepenuh Masa" mampu menduduki enjin carian yang pertama.
Untuk saya tidak!!! Saya kena fikirkan bagaimana hendak memberi ruang kepada algoritma Google bahawa artikel ini adalah artikel yang dicari oleh pengguna.
Saya dah buat artikel tetapi saya tak umum pada dunia oleh labah-labah indexing Google, oleh itu sehebat mana pun artikel ini susah hendak ke enjin carian utama.
Mahu tak mahu saya kena suapkan labah-labah Google dengan kata kunci. Dan yang bestnya, melalui artikel utama dimana anda membuat detailed informasi sudah tentu jumlah patah perkataan anda dari 1000 hingga 10,000.
Disebabkan anda membuat artikel utama dengan jumlah patah perkataan yang banyak maka anda boleh masukkan seberapa banyak keyword yang mahukan kerana jumlah patah perkataan yang anda hasilkan cukup panjang.
HASILNYA
Anda akan memperolehi sebuah artikel yang cukup padat dan sekaligus mempunyai keyword yang cukup banyak.
Ya, dengan teknik ini anda memerlukan masa yang panjang bukan sahaja membuat kajian tentang topik tetapi juga keyword anda.
Tapi bukankah itu seorang blogger patut lakukannya.