DAFTAR AKAUN J&T SECARA ONLINE - BLOG SHOPPERMANIAC

DAFTAR AKAUN J&T SECARA ONLINE

DAFTAR AKAUN J&T SECARA ONLINE

 Cara daftar akaun J&T (secara online)

DAFTAR AKAUN J&T SECARA ONLINE

Table Of Content:
  1. Mendaftar akaun J&T secara atas talian (website)
  2. Cara Pos Barang Guna J&T ( 4 cara) 
  3. Perkhidmatan Tambahan J@T

Sebagai Seller Shopee salah satu kurier popular yang digunakan ialah J&T. Pada tahun 2022 ini Shopee cuba memberi peluang kepada Shopee Express tetapi J&T masih lagi menjadi pilihan pertama di Shopee. Disini saya akan terangkan panduan dan cara buka akaun J&T secara online.

DAFTAR AKAUN J&T SECARA ONLINE amat mudah dilakukan jika anda telah terpilih J&T sebagai kurier utama anda di Shopee.

Cara buka akaun J&T bagi Pendaftaran Pengguna Baru ini dilihat penting untuk mereka yang baru ingin mendaftar dengan antara syarikat penghantaran paling populor di negara kita. Cara daftar akaun J&T secara dalam talian ini khusus untuk pengguna baru yang belum pernah mendaftar.

Jika kita selalu membuat penghantaran cara daftar akaun J&T ini dilihat sangat membantu kerana setelah mendaftar anda tidak perlu lagi menggunakan medium lain untuk membuat penghantaran dan ia sangat senang. Selepas mendaftar anda sudah tidak perlu mengisi borang penghantaran atau pon menggunakan facebook masenger yang dilihat melambatkan transaksi anda.


SMART ORDER J&T PENGHANTARAN BARANG


Berikut ialah cara untuk mendaftar akaun J&T secara atas talian (online)

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu membuka laman web rasmi J&T di sini: https://www.jtexpress.my

 Anda boleh guna telefon pintar, komputer riba anda atau mana mana gajet dan platform yang anda gunakan untuk daftar akaun J&T anda.

Setelah anda membuka laman web tersebut, pada bahagian kanan atas anda, klik pada butang Register untuk memulakan sesi pendaftaran akaun J&T online

Pada bahagian ruangan kosong tersebut anda perlu isikan nombor telefon anda
Pastikan nombor telefon anda betul sebelum anda klik butang anak panah yang akan membawa anda ke halaman seterusnya.

Kemudian anda akan mendapat SMS daripada pihak J&T.

SMS tersebut akan mengandungi kod digit 6 angka dan anda perlu menggunakan kod tersebut sebagai pengesahan dan verifikasi bahawa nombor telefon yang anda berikan adalah milik anda dan bukan milik orang lain.

Masukkan kod tersebut ke dalam ruangan kosong dan klik pada anak panah untuk ke paparan cara daftar akaun J&T yang berikutnya.

Paparan berikutnya adalah di mana anda perlu isikan maklumat peribadi anda seperti:
  1. Nama pengguna (username)
  2. Kata laluan (password)
  3. Nama penuh anda
  4. Alamat e-mel anda
  5. Alamat tempat tinggal

Anda perlu isikan kesemua maklumat anda pada bahagian yang disediakan dan pastikan maklumat anda adalah sahih dan bukan palsu untuk kegunaan pihak J&T.
Setelah anda selesai, klik pada butang Register.

Setelah mendaftar anda akan dibawa semula ke halaman utama J&T dan apa yang perlu anda lakukan adalah log masuk menggunakan alama e-mel anda dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar sebentar tadi.

Masukkan e-mel dan kata laluan anda dan klik pada butang Login untuk melengkapkan cara daftar akaun J&T.

Setelah selesai, anda kini telah berjaya mendaftar bersama J&T, dan anda kini mempunya akaun Akaun anda ini boleh anda gunakan untuk pelbagai aktiviti.

Antara aktiviti dan perkhidmatan yang boleh anda nikmati pada akaun baru anda adalah anda boleh menyemak harga shipping bersama J&T, anda boleh track and trace parcel anda dan anda boleh menyemak masa masa penghantaran akan dilakukan.




Cara Pos Barang Guna J&T

Kaedah pengeposan barang menggunakan J&T tidak memberikan anda satu pengalaman  tetapi sebaliknya dua atau tiga pengalaman baru dengan cara yang lebih efisien dan mudah. Tidak perlu beratur panjang berjam-jam hanya semata-mata sebuah barang sahaja. Dari rumah, anda sudah boleh mengepos barang dengan sangat jimat, murah, dan mudah. 

1. Pos melalui J&T Express apps/ Smart Order

  • Muat turun aplikasi J&T Express Malaysia dari Google Play Store (android) atau Apps Store (iOS) secara percuma
  • Mulakan dengan membuat pendaftaran akaun atau “Sign Up” terlebih dahulu. Setelah selesai mengisi butiran peribadi dan pengesahan akaun, anda boleh “Log In” semula
  • Untuk mengepos barang dengan J&T apps ini, anda perlu tekan butang “Single Order” untuk menghantar satu barang atau pilihan yang lain untuk bulk order.
  • Pada bahagian “Sender”, isikan maklumat anda sebagai penghantar seperti alamat, nama, nombor telifon, poskod, dan sebagainya. Pastikan butiran diisi dengan tepat dan betul. Kemudian tekan “Next”
  • Di bahagian “Recipient” pula, isikan juga maklumat mengenai penerima barang tersebut. Pastikan juga semua butiran adalah tepat dan betul untuk mengelakkan sebarang masalah ketika proses penghantaran nanti
  • Untuk bahagain “Item”, anda memiliki dua pilihan (Drop Off, atau Pick Up). Drop Off bermakna anda perlu ke office J&T berhampiran untuk hantar sendiri barang anda. Namun, jika anda malas, anda boleh pilih “Pick Up” dan nanti pihak J&T akan datang sendiri ke rumah penghantar dan mengambil barang tersebut.
  • Pilih jenis item yang ingin dihantar sama ada barangan elektrik, aksesori, kosmetik, makanan, barangan rumah, pakaian, atau sebagainya. 
  • Jika anda ingin barang anda dijaga dengan insurans, anda boleh tick pada pilihan tersebut. Cas tambahan 1% juga akan dikenakan sebagai kos insurans
  • Kemudian kaedah pembayaran. Ada dua pilihan juga iaitu (Paid By Me, atau Paid By Receiver). Untuk pay by me, anda sebagai penghantar yang akan membayar kos shipping barang tersebut terus di kaunter J&T. Manakala untuk paid by receiver pula, kaedah ini boleh dipilih sekiranya anda menggunakan konsep COD (Cash On Delivery) yang mana barang akan dibayar oleh penerima setelah menerima barang
  • Siap semua, semak sekali lagi segala butiran yang diisi di bahagian order.
  • Jika anda telah berpuas hati, tekan butang “Submit”, dan tekan OK untuk “Proceed” penghantaran
  • Untuk membuat bayaran di kaunter J&T Express, anda boleh tekan butang “Status” di tab bawah aplikasi itu dan klik pada tab “Sent”. Senarai order yang telah anda buat akan terpapar di skrin. Klik pada order yang ingin dibuat pembayaran. Tunjukkan Bar Code yang terpapar di skrin anda semasa membuat pembayaran di kaunter nanti.


2. Pos melalui website J&T Express

  • Layari pautan https://www.jtexpress.my/
  • Pilih “One Time Order”
  • Baca terma dan syarat. Jika setuju, tekan “Accept”
  • Kemudian, pilh “Make Order” untuk penghantaran parcel atau dokumen
  • Anda akan ditanyakan kuantiti barang yang ingin dihantar. Pilih “Single Order” jika ingin menghantar satu barang sahaja, atau “Multiple Order” jika banyak
  • Seterusnya, masukkan nama pengirim, no telifon dan alamat penerima
  • Masukkan juga butiran berkaitan barang yang dihantar sama ada “parcel atau document” dan berat barang
  • Ringkasan maklumat penghantaran akan dihantar oleh sistem. Jika lengkap dan  kesemua maklumat telah diisi dengan betul, pilih “Confirm and Proceed”
  • Anggaran harga akan dinyatakan sebaik sahaja anda mengesahkan maklumat penghantaran
  • Sediakan wang secukupnya. 
  • Pilih bayaran “Pay By Me” untuk membayar
  • Selesai, anda akan menerima order number untuk penghantaran yang telah dibuat

3. Pos melalui aplikasi DelyvaNow

  • Anda boleh pilih sama ada memuat turun aplikasi DelyvaNow ke telepon di Google Play Store atau Apps Store atau anda juga boleh melayari laman web rasmi DelyvaNow https://delyva.com/my/
  • Isikan terlebih dahulu maklumat peribadi untuk pendaftaran akaun atau “Sign Up”. Kemudian, “Log In” semula ke dalam akaun anda.
  • Sebelum membuat proses penghantaran, pastikan akaun anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk proses pembayaran online nanti
  • Seterusnya, anda boleh pilih “segera” untuk penghantaran segera atau penghantaran pada hari yang sama
  • Mula buat pesanan dengan mengisi maklumat penghantar barang. Pastikan anda mengaktifkan lokasi anda di tetapan telifon untuk memasukkan lokasi pengambilan barang dengan tepat
  • Isi pula maklumat penerima barang dengan butiran seperti pakej, jenis bungkusan, berat, dan lain-lain. 
  • Sebagai tambahan, anda boleh memasukkan nota dalam perincian untuk memberitahu penunggang/pemandu barang anda
  • Pilih courier J&T Express
  • Kemudian, print consignment nombor anda di barangan yang untuk dihantar dan tampal pada barang tersebut

4. Pos melalui kaunter J&T 

Cara pengeposan yang terakhir ini adalah cara lama yang biasa anda lakukan sebelum sistem operasi pengeposan barang yang lebih canggih diperkenalkan. Namun cara ini juga masih menjadi pilihan sehingga ke hari ini, bagi sesetengah golongan yang lebih selesa walk-in sendiri ke kaunter-kaunter servis yang berhampiran dari menggunakan alternatif moden


Perkhidmatan Tambahan J&T

Selain daripada perkhidmatan asas, J&T juga menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

a. Insurans Barang

J&T turut menyediakan insurans tambahan untuk barang berharga. Dalam situasi tertentu, barang yang dihantar mungkin memerlukan perlindungan lebih. Oleh itu, cara pos barang guna j&t dengan insurans adalah pilihan yang bijak. Insurans ini melindungi barang berharga anda daripada kehilangan atau kerosakan semasa penghantaran.

Sebagai contoh, jika anda menghantar barangan elektronik mahal, tambahan insurans ini memberi ketenangan fikiran. Anda perlu membayar premium kecil untuk mendapatkan perlindungan. Jika berlaku apa-apa, anda boleh menuntut gantirugi mengikut nilai insurans yang dibeli. Sila pertimbangkan perkhidmatan ini untuk keamanan barang anda.


b. Penghantaran Express

Jika anda memerlukan penghantaran segera, J&T menawarkan perkhidmatan express. Terdapat situasi di mana kecepatan penghantaran sangat penting. Dalam hal ini, pos barang guna j&t express menjadi pilihan terbaik.

Dengan tambahan bayaran, barang anda akan dihantar dengan lebih pantas. Walaupun perlu membayar sedikit lebih, perkhidmatan ini menjamin penghantaran yang lebih cepat. Sebagai tambahan, perkhidmatan ini juga memberi keutamaan kepada barang anda dalam proses penghantaran.


Catat Ulasan