BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA - BLOG SHOPPERMANIAC

BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA

BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA

BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA

BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA

Ramai yang ingin menjadi Seller Shopee sepenuh masa dan anda pun ketahui bahawa Master Class kami memberi tunjuk ajar bagaimana untuk anda menjadi bisnis on line melalui Peta Bisnis kami .


Walau bagaimana pun ramai yang bertanya pada saya jika mereka hanya mahu menumpukan bisnis on line melalui Shopee sahaja. Untuk saya itu bukan masalah tetapi bergantung pada satu platform sahaja amat merbahaya terutama pada masa kini setiap platform bisnis online cepat berubah.


BACA: STEP BY STEP SHOPEE SELLER TUTORIAL DROPSHIP 2023


Walau bagaimanapun jika anda mahu membuat bisnis on line sebagai seller Shopee sepenuh masa anda kena ikuti metod di bawah ini.

BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA


DAFTAR SEBAGAI SELLER SHOPEE

Untuk berniaga di Shopee sudah tentu anda harus mendaftar sebagai Seller Shopee terlebih dahulu dan memenuhi segala peraturan yang diberikan.


Nama Kedai

Pastikan nama kedai anda telah disediakan lebih awal dan pastikan nama kedai anda mempunyai branding yang kuat dan menarik perhatian.


“The right name can be a brand’s most valuable asset, driving differentiation and speeding acceptance. The wrong name can cost millions … in workarounds and lost income over the lifetime of the brand.”

 

Modal

Anda sudah bersiap sedia dari segi modal untuk menjana bisnis on linedi Shopee. Jika sebagai dropship mungkin modak yang diperlukan amat sedikit tetapi jika anda mempunyai produk sendiri anda mungkin harus memikirkan modal pusingan dengan tepat termasuk pembungkusan dan sebagainya.

Nak berniaga kalau tanpa modal agak mustahil. Anda kena asingkan sedikit modal untuk bisnis Shopee anda ini termasuk untuk pengiklanan.


 Masa

Anda sudah bersedia dari segi mental dan disiplin untuk membahagikan masa kerja tetap anda dengan perancangan untuk menjadi Seller Shopee sepenuh masa. Buat permulaan anda akan buangkan masa yang tinggi ke atas kedai Shopee anda ini. Jika ya , maka anda sudah bersedia untuk memulakan langkah pertama,

Anda boleh mendaftar sebagai Seller Shopee - DISINI


BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA


PEMILIHAN PRODUK 

Sudah tentu sebelum anda daftar sebagai Seller Shopee anda telah mempunyai produk yang anda ingin jualkan. Terdapat 2 jenis produk yang anda boleh jual:



1. Dropshipping 

Jika anda memilih produk dropshipping maka anda boleh sahaja memilih produk dropshipping auto sync seperti Save Value, Cico atau Kumoten

Tetapi itu terpulang pada anda, jika anda sudah mendaftar sebagai stokis beberapa founder dan mahu menjual di Shopee. Itu juga tiada masalah, Janji anda sudah mempunyai produk untuk dijual.


Dapatkan EBook Percuma Mendaftar di Kumoten 


2. Produk Sendiri 

Jika anda sudah mempunyai produk sendiri samada anda membuat sendiri atau anda membeli secara borong dari pengeluar di China atau Malaysia dan menjual sendiri . 

Maka anda hanya perlu masukkan gambar dan deskripsi produk anda ke kedai Shopee anda.


BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA


KEDAI DEKORASI 

Setelah memasukkan beberapa produk anda, kemudian harus menghias kedai dekorasi Shopee anda supaya lebih menarik agar dapat mewujudkan  kepercayaan  pada pelanggan anda.


Dekorasi kedai membawa maksud "Offer" yang anda akan berikan pada pelanggan anda dimana anda :

1) Voucher Untuk Follower
2) Voucher Untuk Spin 

Dua kaedah di atas adalah berbeza dengan diskaun atau voucher produk. Ini adakah voucher untuk kedai Shopee anda di mana jika mereka follow kedai anda buat pertama kali mereka akan menerima potongan harga dan kedua ialah Spin Games dimana memberi peluang kepada pelanggan anda mendapat potongan harga pada permainan tersebut.


Selain itu logo kedai juga dimasukkan dalam dekorasi kedai anda. Pendek kata lengkapkan semua aturan yang harus ada dalam dekorasi kedai anda.


Manfaat Menggunakan Hiasan Kedai

Ia boleh membawa lalu lintas tambahan ke halaman perniagaan anda
Anda boleh mempamerkan produk jualan terbaik anda serta promosi untuk meningkatkan penglihatan dan pendedahan

Ini membolehkan anda membuat susun atur yang paling sesuai untuk jenama anda
Jenama anda boleh menonjol daripada pesaing
Jika dilakukan dengan baik, anda akan mendapat lebih banyak klik dan kadar penukaran yang lebih tinggi


Komponen yang harus ada dalam Kedai Dekorasi 

Video ( Minima 1 Video)
Carousel ( Minima 1) 
Imej sepanduk  (Minima 1) 
Sorotan Produk ( Minima 4 ) 
Produk Mengikut Kategori ( Minima 5) 
Kategori (Minima 4-8) 


Definisi istilah

Carousel - Ini adalah ciri yang membolehkan anda memaparkan sehingga enam imej dalam gilirannya. Anda juga boleh menyambungkan setiap imej ke halaman penyenaraian produk atau halaman kategori untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian.


Produk Mengikut Kategori - ini membolehkan anda mempamerkan sehingga lapan produk dalam kategori. Anda juga boleh memautkannya ke halaman produk juga. 


Video - ini membolehkan anda memperkenalkan jenama atau set produk anda dalam format video. Sekarang, satu-satunya format yang diterima ialah URL YouTube. Gambar kecil video yang akan digunakan di kedai anda sama dengan yang anda gunakan di akaun YouTube anda. Anda mesti pergi ke akaun YouTube anda jika anda ingin mengubahnya. 


Banner - anda boleh memilih dua gambar yang akan dipamerkan di laman utama Shopee anda. Anda boleh menggunakan gambar promosi atau dua produk terlaris anda.


Sorotan Produk - anda dapat menarik perhatian orang terhadap produk terlaris anda melalui ciri ini. 


Anda boleh menambah komponen Sorotan Produk sebanyak lima kali. Dalam setiap set, hanya terdapat maksimum empat produk. 


Kategori - anda boleh menyerlahkan empat hingga lapan kategori paling popular anda di bahagian ini. Anda menambah empat hingga sepuluh kategori.


BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA


PRODUK OPTIMIZATION / LISTING 

Dimana anda akan mengemaskini maklumat setiap produk anda dengan mengikuti algoritma Shopee serta membuat penambah baik produk dari pesaing anda.

Anda harus ingat bahawa anda bersaing dengan beribu-ribu seller Shopee di platform ini dan suka tak suka anda akan menghadapi persaingan yang cukup hebat di sana.


Algoritma Shopee

Dimana anda akan membuat tajuk produk mengikut "search intent" atau kata kunci carian oleh pelanggan anda melalui beberapa kaedah. 

Ini amat penting untuk memastikan algoritma Shopee melonjakkan produk anda ke hadapan secara organik atau anda membuat Shopee Ads mengguna "exact match" .

Anda boleh dapatkan EBook percuma membuat produk listing - DISINI


Penambahbaikan  Produk 

Gambar / Video 

Gambar anda haruslah mempunyai visual yang menarik terutama jika anda menjual produk anda sendiri dimana anda telah siapkan semua gambar-gambar atau video untuk dimasukkan ke dalam kedai Shopee anda.


Manakala jika anda sebagai dropship, anda boleh sahaja mencari gambar/ video  di Google atau sumber lain kerana kebanyakan produk dropship adalah produk yang serupa, ramai yang menjualnya,


Deskripsi

Pastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan memuaskan hati pelanggan anda.  Maklumat itu harus menerangkan masalah dan bagaimana produk ini akan membantu menyelesaikan masalah pelanggan anda atau memberi kepuasan kepada pelanggan anda.

Anda harus ingat, anda menjual produk secara visual dan kena pastikan setiap produk yang dijual itu menyakinkan pelanggan anda.


Nota: Jika anda sebagai dropshipping, anda tidak perlu mengubah semua produk listing tersebut. Anda hanya perlu membuat perubahan pada produk winning sahaja.




BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA


MARKETING 

Marketing adalah komponen terpenting setelah produk listing di kedai Shopee anda. Tanpa marketing yang kuat maka jangan mimpi kedai anda akan mempunyai jualan.

Marketing ini mempunyai 2 fungsi iaitu memastikan trafik datang ke kedai anda dan kedua ialah memastikan trafik yang datang ke kedai anda mempunyai jualan.


Trafik 

Trafik terbahagi kepada 2 iaitu organik dan iklan berbayar.

Organik trafik ialah melalui penambahan baikkan mengikut algoritma Shopee seperti mana saya terangkan melalui produk listing tadi.


Kedua ialah melalui iklan berbayar dimana anda akan menggunakan iklan di dalam Shopee sendiri untuk menarik pelanggan datang ke kedia anda. Dan iklan ini samada iklan ke produk atau iklan ke kedai anda.


Biasanya kita akan membuat iklan ke produk winning sendiri atau produk yang mempunyai margin untung yang tinggi menggunakan Shopee Ads yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Search Ads, Discovery Ads dan terkini ialah Boost Ads.


Jualan / Conversion

Tujuan Organik dan Shopee Ads adalah untuk memastikan trafik datang ke kedai anda dan sekaligus memastikan ada jualan. Kadang kala ada kedai Shopee yang mempunyai trafik yang tinggi tetapi tiada jualan kerana beberapa sebab dan anda kena pastikan atasi masalah ini sebelum membuat iklan berbayar:


  • Gambar Yang Tidak Menarik
  • Penerangan Yang Tidak Lengkap 
  • Harga yang terlalu Mahal dan Tiada Offer  

Gambar dan Penerangan yang baik telah saya terangkan dalam produk listing sebelum ini. Pastikan Gambar yang segar dan menarik dimasukkan di kedai Shopee anda serta penerangan produk yang lengkap akan membantu anda membuat jualan dengan baik.


Harga yang terlalu Mahal dan Tiada Offer adalah musuh utama anda di Shopee. Anda harus ingat terutama Seller dropship, dimana bukan anda seorang sahaja mejual produk yang sama di Shopee tetapi beribu pihak dan jika produk anda mahal sudah tentu tiada ada jualan.


Pastikan membuat kajian harga apabila menjual produk di Shopee dan bandingkan dengan harga pihak lawan anda. Jangan bantai sahaja nak menjual di Shopee tanpa peduli tentang persaingan harga.


Offer seperti Baucer, Diskaun, Bundle Deal, Add On Deal serta Free Shipping memainkan peranan yang amat besar di Shopee. Gunakan 11 jenis marketing yang diberikan oleh Shopee untuk membuat offer pada pelanggan anda.


Pastikan apabila membuat offer jangan sampai rugi. Buat kiraan dengan betul dan pastikan jangan rugi. Jangan lupa untuk masukkan sekali caj yang dikenakan oleh Shopee. Jika mahu melihat pengiraan yang betul - KLIK SINI


BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA


MAINTENANCE

Pada dasarnya apabila anda telah melakukan kelima-lima perkara ini maka anda sudah pun berjaya membuka sebuah kedai Shopee yang lengkap dan berdaya saing.


Kedai Shopee ini umpama macam kereta, mesti ada penyenggaraan mingguan, bulanan  atau tahunan supaya ia dapat dikemudikan dengan baik dan tak buat hal di jalan raya nanti.


Anda kena pastikan semua baucer/ diskaun anda monitor tarikh tamatnya kerana setiap baucer yang anda buat Shopee berikan maksimum 3 bulan sahaja dan lepas tu ia akan expired.


Anda kena pastikan setiap pembelian oleh pelanggan, produk anda semua di review dengan rating lima. Untuk saya ia merupakan nilai paling penting.


KESIMPULAN 

Jika anda hendak menjana pendapatan sebagai Seller Shopee sepenuh masa maka diatas inilah teknik yang harus anda gunakan dan kesemua ini saya telah saya berikan dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP.


Namun adakah anda mahu berhenti di sini sahaja dan tidak mahu kembangkan lagi perniagaan Shopee anda. Apa kata anda melihat mendengar 50 minit webinar kami mengenai Peta Bisnis On Line yang kami susunkan untuk anda.- KLIK SINI


INFOGRAFIK 

BAGAIMANA MENJADI SELLER SHOPEE SEPENUH MASA



DAPATKAN PENJELASAN PENUH BAGAIMANA MENJADI SELLER SEPENUH MASA


Related word:
seller shopee, seller shopee centre, seller shopee salah hantar barang, seller shopee tak nak refund, seller shopee tak pos barang, seller shopee center malaysia, seller shopee indonesia, seller shopee sg, seller shopee id, seller shopee my

Catat Ulasan