KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT - BLOG SHOPPERMANIAC

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT


ToyyibPay ialah online payment gateway yang boleh memudahkan proses penerimaan bayaran daripada pelanggan. Sistem SMAP akan mengeluarkan resit secara automatik setelah bayaran online dibuat oleh pelanggan menggunakan toyyibPay. Banyak masa (dan wang) dapat dijimatkan dengan menggunakan payment gateway.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami sebelum setuju untuk menggunakan toyyibPay. Supaya tidak terdapat pertikaian pada masa akan datang.

DAPATKAN TOYYIBPAY SEKARANG 

1. Caj per transaksi

Pendaftaran toyyibPay adalah percuma. Namun, setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj sebanyak RM1 sahaja.

Caj ini akan ditolak daripada bayaran pelanggan. Contohnya, jika pelanggan membayar RM300, organisasi akan mendapat RM299 ke dalam bank akaun.


Terdapat juga pilihan untuk cajkan RM1 tersebut kepada pelanggan. Jika pelanggan perlu bayar RM300, beliau akan dicaj RM301 dan organisasi akan mendapat RM300 dalam bank akaun.


2. Settlement (duit masuk ke akaun organisasi)

Proses settlement akan mengambil masa 1 hari bekerja. Anda akan menerima amaun bayaran daripada pelanggan pada hari bekerja berikutnya.


Contoh: Jika bayaran diterima pada hari Isnin, duit akan dimasukkan ke akaun anda pada hari Selasa.  Jika bayaran pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, duit akan masuk pada hari Isnin.


Keesokan hari boleh jadi pada bila-bila masa sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam. Kebiasaannya waktu petang.


Settlement mungkin akan mengalami 24 jam kelewatan jika sistem bank sedang dalam penyelenggaraan. Tetapi ia sangat jarang berlaku.


PLAN TOYYIBPAY 

Plan Standard / Santai 

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT

Ini adalah plan percuma untuk semua pengguna TOYYIBPAY dimana anda diberikan pembayaran secara FPX sahaja.

Dimana setiap transaksi anda akan dikenakan bayaran RM1 seperi penerangan di atas tadi.

Untuk saya standard sudah cukup jika anda menjual produk anda di pasaran Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia selesa mengguna FPX.


Manakala plan Santai anda tidak dikenakan pembayaran transaksi jika anda adalah syarikat NGO. Kita bukan sayarikat NGO maka ambil sahaja plan Standard.


Anda secara automatik terpilih ke plan Standard sebaik sahaja anda daftar dengan Toyyibpay. 


Plan Senang Pay dan i- Serve

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT


Ini adalah plan pembayaran tahunan yang terbahagi kepada 2 bahagian.

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT


PLAN PEMBAYARAN PERTAMA iaitu Plan Senang Pay adalah integrasi TOYYIBPAY dan Senang Pay dimana anda akan diberikan tambahan jenis pembayaran iaitu Credit Kad.

Opsyen pembayaran melalui kad Kredit merupakan salah satu metod yang digunakan oleh rakyat Malaysia tetapi untuk saya ianya jarang sangat diminati oleh rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia masih lagi belum percaya sekuriti Kad Kredit walau pun ianya terbukti boleh dipercayai.

Jika diberi pilihan mereka akan membayar dengan FPX. Tapi dengan plan ini pembayar diberikan 2 pilihan iaitu FPX dan Kad Kredit. Mereka boleh memilih apa yang mereka mahukan.

Plan Senang Pay anda akan dikenakan pembayaran tahunan sebanyak RM500 setahun.

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT

PLAN PEMBAYARAN KEDUA iaitu Plan I-Serve dan TOYYIBPAY untuk saya amat menarik sekali. Dimana plan ini melibatkan tambahan pembayaran Kad Kredit dan juga E-Wallet.

Untuk saya perkembangan teknologi E-Wallet di Malaysia sudah cukup kuat apatah lagi selepas COVID-19, semua rakyat Malaysia digalakkan menggunakan E-Wallet.

Saya berani jamin setiap rakyat Malaysia dewasa mempunyai satu atau 2 aplikasi pembayaran melalui E-Wallet .

Dan melalui pengalaman peribadi saya, pembayaran menggunakan E-Wallet lebih mudah dan cepat kerana anda hanya perlu memasukkan no telepon dan kemudian pin no dan lepas tu dapat OTP dan pembayaran cepat diselesaikan.

Plan I-Serve anda akan dikenakan registeration fee sekali iaitu RM800 dan pembayaran tahunan RM360.


KESIMPULAN TOYYIBPAY

Jika anda mencari sistem pembayaran gate away payment yang baik saya cadangkan TOYYIBPAY kerana ia mempunyai beberapa plan yang baik dan melalui plan percuma atau Standard sudah cukup untuk anda menjalankan perniagaan bisnis on line anda.

Saya telah menggunakan TOYYIBPAY semenjak saya menjinakkan diri dalam bidang online dan setakat ini tiada masalah pembayaran kepada saya.

Pembayaran yang cepat memudahkan saya rolling duit modal saya dengan pantas dan cekap.

Jika anda serius mahu mengembangkan perniagaan anda maka anda boleh sahaja mengambil plan pembayaran yang ditawarkan oleh mereka.

Catat Ulasan