APA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MEMBUAT WEBSITE
APA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MEMBUAT WEBSITE
APA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MEMBUAT WEBSITE
Salam sejahtera,
Hari ini saya akan menerangkan atau memberi tutorial penuh bagaimana untuk anda memulakan sebuah blog atau website yang anda impikan dan anda sediakan wang berjumlah RM1917.
Mahal dan kenapa akan saya terangkan disini.
Mendapat permintaan dari rakan subscriber dan untuk pengetahuan passion saya sememangnya dalam blogging. Sebab saya suka menulis dan kini hobi baru suka membuat video..hehehehe.
Melalui tutorial ini anda akan memahami platform mana yang sesuai untuk, anda akan memahami jenis-jenis website yang sesuai untuk anda, anda akan memahami kos untuk membuat sebuah website yang baik, anda memahami secara umum apa itu domain / hosting, anda memahami teknik blogging membuat artikel dan paling penting anda akan lebih bersedia untuk memulakan impian membuat website pertama anda.
Dalam tutorial ini ada terma-terma yang saya gunakan tidak menyeluruh atau ikut standard kelas blogging, sebagai contoh, jenis-jenis website terdapat 3 jenis tetapi saya akan terangkan 2 jenis atau mungkin saya akan tambahkan kepada 4 jenis.
Sebab ada diantara pasti telah lama berblogging dan menjangka terma atau panggilan dalam bahasa internet.
Tujuan saya ialah untuk memudahkan anda memahami penjelasan tentang tutorial blogging ini dan berdasarkan pengalaman selama 11 tahun saya ini. Tak perlu saya menggunakan klise bahasa yang bombastik .
Lagi satu, dalam tutorial ini saya tidak akan memberi penjelasan tentang SEO atau Search Engine Optimization. Ianya topik yang berlainan.
JOM KITA MULAKAN TUTORIAL BLOGGING.
JENIS-JENIS BLOG
Blog atau wesbite ini atau beberapa jenis. Ramai yang menyangka jika berbicara tentang blog mesti ECommerce. Sebenarnya wesbite atau blog ini terbahagi 3 iaitu ECommerce, Landing Pages/ Sales Pages dan Blogging
ECOMMERCE
Ramai yang ketahui apa itu ECommerce kan. Iaitu sebuah laman dimana anda menjual produk anda dengan sistem jualan yang lengkap. Dimana anda mempunyai deskipsi produk, harga, add to cart dan sistem pembayaran yang lengkap.
Jika anda biasa menjual di Shopee, itulah namanya ECommerce tetapi Shopee kita panggil Marketplace sebab ramai seller tetapi jika anda mempunyai website ECommerce anda mempunyai kuasa penuh terhadap semua produk di dalam website anda itu.
Pendekata ECommerce adalah sebuah kedai yang menjual produk atau digital dengan jumlah yang besar.
LANDING PAGES
Landing Pages atau Sales Pages merupakan sebuah laman web satu helaian dimana ianya khusus menjual 1 jenis produk sahaja .
Ia akan menerangkan masalah anda dan cara menyelesaikan masalah dengan produk tersebut. Memang lengkap penjelasan dalam landing pages ini siap dengan video serta testimoni.
Pendek kata Landing Pages ialah khusus menjual satu produk sahaja dengan penjelasan yang lengkap.
Dalam landing pages ini ada juga yang dipanggil squeeze pages dan sebagainya kerana untuk landing pages ia mempunyai sales funnel yang tersendiri dan pelbagai nama yang tersendiri.
Tapi anda jangan peningkan kepala sebab apa yang perlu anda ketahui ialah memahami jenis-jenis blog ini.
BLOGGING
Golongan blogging ini dipanggil blogger. Kalau anda mula-mula sertai bidang blogging ini pasti akan membuat website pertama anda iaitu blog dimana anda menceritakan tentang hal personal anda bersama keluarga anda. Ini yang kita fahami tentang blogging kan.
Tetapi blogging adalah lebih besar dimana anda boleh membuat blog khusus untuk menjual affiliate produk atau melalui workframe saya ialah anda menjual produk Shopee anda.
Blogging adalah satu kaedah anda membuat artikel seperti mana anda lihat sekarang, website ini adalah website blogging dan anda mencari trafik dengan menjadi affiliate atau menjual produk melalui artikel .
Pendek kata website jenis blogging adalah anda membuat artikel berkenaan sesuatu produk atu digital produk dengan huraian, kajian serta review dan bukti yang lebih kuat.
APA YANG PERLU ANDA BUAT
Anda kena memilih sekarang apakah minat anda yang sebenar dimana anda harus mempunyai kriteria ini;
a) KOS BLOG
Dari segi kos, pembinaan ECommerce lebih mahal dan anda harus sertai plan premium untuk mendapatkan semua fungsi-fungsi penuh dan harus punyai pengetahuan teknikal menggunakan wordpress serta plugin tambahan.
Manakala untuk Landing Pages dari segi kos anda harus fokus kepada iklan berbayar dengan sales funnel. Anda harus kuasai teknik membuat landing pages yang menarik perhatian pembaca.
Manakala blogging pula anda boleh memilih plan beginner kerana anda hanya perlu membuat artikel tetapi anda mesti kuasai SEO. Ini kerana anda akan bergantung sepenuhnya pada SEO apabila membuat artikel.
b) PENGETAHUAN
Adalah anda memahami menggunakan semua fungsi-fungsi ECommerce, jika tidak anda akan kerugian yang tinggi membeli plugin yang tidak diperlukan.
Memahami teknikal membuat landing pages dengan cara yang betul dan sistematik.
Memahami SEO dengan betul semasa artikel ( Blogging)
b) MASA
ECommerce dan Landing pages masa untuk berkembang tidak lama kerana anda menggunakan FB Ads. Kedua jenis website ini adalah secara terus untuk menjual. Ia tidak mementingkan carian organik.
Manakala blogging pula mengambil masa hingga 6 bulan kerana carian trafik melalui organik dimana anda kukuhkan SEO hingga artikel anda di laman carian pertama.
Dalam blogging anda menjual bukan secara terus tetapi melalui link yang anda masukkan dalam artikel anda.
Mana satu pilihan anda. Buat masa sekarang, saya rasa anda dah memilih jenis website yang anda mahukan.
JENIS-JENIS PLATFORM
Terdapat 2 jenis plaform yang popular bila anda sebut website ini iaitu Blogspot dan Wordpress. Dan sekarang ini ramai yang berbicara tentang Shopify.
Saya tidak akan memberi tumpuan pada Shopify dan fokus hanya pada 2 platform utama ini sahaja.
Jika dilihat pada perbandingan blogspot atau blogger dengan Wordpress, jika dibanding kos yang termurah sudah tentu blogspot.
Anda juga boleh mencari tema yang cantik dan percuma dari blogspot juga. Buat pemula blogger amat cocok jika anda menggunakan blogspot sahaja.
Tetapi kelemahan blogspot ialah anda tidak boleh membuat ECommerce atau landing pages kerana ia tidak disediakan dengan fungsi ini. Dan kekuatan SEO agak kurang dan melecehkan.
Mahu tak mahu terpaksa menggunakan Wordpress yang mempunyai fungsi lengkap untuk anda tetapi harganya mahal jika anda serius.
Dan dari SEO pula, ujudnya Plugin dari Wordpress maka ia memudahkan anda membuat SEO di Wordpress berbanding blogspot.
Jika ditanya pada saya, kenapa saya masih menekankan blogspot padahal saya akui bahawa wordpress yang terbaik.
Satu sahaja sebab iaitu kos. Buat pemula blogging adalah lebih baik anda mempelajari melalui blogspot dengan blog jenis blogging . Salah satu workframe kami ialah meminimumkan kos.
Tetapi jika anda mempunyai modal dan tidak mahu double job adalah lebih baik mengambil wordpress.com dan jika anda menggunakan wordpress.com anda digalakkan mengambil Business Plan.
Untuk pengetahuan wordpress terdapat 2 iaitu wordpress.org dan wordpress.com. Sekali lagi saya tidak akan huraikan ini. Tak nak anda pening kepala. Kita fokus pada wordpress.com
WordPress.com
Dihostkan oleh WordPress sendiri, dimana kita tak payah belanja satu sen pun untuk bayar domain dan hosting. Segala data akan tersimpan dalam server WordPress. Pendaftaran blog juga cepat dan ringkas. Just follow instruction semasa daftar.
Wordpress.org
Self hosted. Terpulang pada individu untuk memilih domain dan hosting provider. Selesai pembelian domain dan hosting, pengguna terpaksa install dulu software WordPress sebelum mempunyai akaun blog WordPress. Data-data akan tersimpan dalam hosting sendiri. Agak merumitkan bagi beginner, tapi mempunyai banyak kelebihan berbanding WordPress.com
Berbalik pada wordpress.com dimana dibawah ini adalah plan oleh wordpress.com
Kenapa saya mahu anda ambil Plan Business kerana anda boleh install PlugIn. Tak guna pakai wordpress kalau anda tidak boleh memaksimakan fungsi Wordpress dari semua segi secara automatis dan organik.
Business Plan hanya berguna untuk landing pages dan blogging sahaja tetapi jika anda mahu ECommerce anda terpaksa mengambil Wordpress ECommerce Plan.
WALAU BAGAIMANA PUN, jika anda mahu membuat ECommerce, anda kaji dahulu semua alternatif syarikat yang memberi perkhidmatan ini terutama yang mudah untuk sync dengan aplikasi lain seperti You Tube/ Facebook/ Zapier/ gateaway payment.
Saya cadangkan Shopify kerana buat masa sekarang ini, ECommerce terbaik ialah Shopify tetapi kena bayar plan juga..hehehehhe. Dibawah ini adalah plan Shopify.
DOMAIN
Domain dengan kata yang mudah faham adalah url utama website kita. Sebagai contoh blog saya ni. Bila orang bertanya, Apa nama website? Maka saya akan berikan nama website saya adalah www.shoppermaniac.com Jadi alamat website saya ini adalah nama domain.
Katakan anda telah memilih business plan dari wordpress.com dan jenis blog anda jenis blogging. Sebaik sahaja pembelian telah dilakukan anda boleh terus sahaja membeli domain. Tetapi hosting anda tidak perlukan jika anda mengguna wordpress.com.
Jika anda upgrade plan di wordpress.com anda kena daftar domain pilihan dan free setahun domain sebelum kena bayaran tahunan. Lihat gambar di atas.
Harga domain caj yang dikenakan selepas itu adalah anggaran USD10- USD 50.
Tambahan
Bagaimana nak upgrade domain diblogspot, anda boleh sahaja menggunakan perkhidmatan yang banyak di internet. JIka anda guna blogspot dan mahu beli domain sahaja, saya galakkan anda mengguna namecheap.
Ini adalah contoh beberapa blog yang saya gunakan sebagai contoh blogspot dalam You Tube Channel saya dengan menggunakan domain dari NameCheap.
Setakat ini namecheap amat murah iaitu setahun pembaharuan ialah RM40.
Tapi seperti yang saya katakan , jika anda serius dalam blog ambil sahaja wordpress.com. Ini adalah contoh sahaja saya berikan jika anda hendak guna blogspot.
Rumusan Awal: Setakat ini dah fahami susunan membuat website yang betul dan serius:
1. Anda Pilih Blog jenis blogging/landing pages
2. Anda pilih platform wordpress.com plan dan domain.
3. Pilihan templates
PILIHAN TEMPLATES
Pilihan templates amat mudah kerana wordpress sudah menyediakan templates yang banyak samada blogging atau landing pages atau ECommerce.
Anda boleh mencuba satu persatu templates yang diberikan oleh wordpress.
Templates yang baik adalah templates yang ringan dengan loading time yang laju. Responsif templates dimana ia boleh di design untuk desktop, mobile dan tablet.
Buat masa sekarang jangan pening kepala memikirkan bentuk templates, pastikan ia mempunyai ciri yang sebutkan diatas.
Saya rasa anda dah faham bagaimana memilih theme atau templates di wordpress. Ianya amat mudah sekali.
Perkara pertama apabila anda sudah menjumpai templates yang anda kehendaki, pastikan 3 maklumat ini ditulis dahulu. Ini adalah requirement oleh Google dan juga menunjukkan kepercayaan serta elakkan masalah akan datang.
3 perkara itu ialah pages:
a) About Us
Menceritakan ringkasan siapa anda dan apa tujuan anda menulis disini serta menyelesaikan masalah mengikut niche pilihan anda.
b) Contact Us
Bagaimana hubungi anda dan juga laman sosial jika ada sebagai menunjukkan anda ini ujud.
c) Polisi
Ini yang paling penting dimana anda menerangkan undang-undang serta tidak bertanggungjawab atas artikel anda. Polisi ini boleh anda dapatkan secara percuma di online dan anda ubahsuai sedikit.
Logo dan branding anda juga harus disediakan awal untuk header anda.
Branding memberi keyakinan kepada pembaca blog anda ini bersifat profesional.
Selain itu anda sudah boleh membuat persediaan mendaftar untuk Facebook Pages, Instagram dan Tik Tok di laman sosial ini mengukuhkan branding anda.
NICHE
Ia mengenai sesuatu perbincangan yang lebih fokus kepada sesuatu perkara. Atau juga arah tujuannya. Sekiranya anda membina blog, pastikan blog anda untuk apa? Pastikan tujuannya jelas supaya pembaca tahu dan tidak keliru.
JIka anda membuat blog jenis blogging anda sudah tentu mempunyai niche dan produk pilihan yang akan anda fikirkan.
Pada masa kini blogging amat sengit sekali dan pastikan memilih niche yang spesifik dan membuat kajian konten.
Pada masa anda memilih niche sudah tentu anda telah membuat senarai untuk konten-konten anda. Persediaan material juga telah anda lakukan dengan lebih awal.
Katakan anda memilih niche fotografer dan spesifik fotografi ialah kamera DLSR teknik.
Anda akan menyediakan material yang lebih awal dengan membuat pecahan tajuk artikel yang lebih mendalam dimana buat permulaan anda pecahkan kategori tajuk utama.
Sebagai contoh di niche fotografi terbahagi beberapa kategori; a) Body Camera
b) Lensa
c) Filter
d) Tripod
e) Flash
f) Aperture, SEO atau ISO.
Katakan atas ini adalah kategori anda dan akan menulis tentang kategori ini . Selepas itu anda akan pecahkan kategori ini kepada sub kategori .
Sebagai contoh kategori Body Camera, anda pecahkan kepada:
1) Jenis body camera terbaik
2) Body camera terbaik
3) Mana DLSR mempunyai egornomik terbaik.
4) Body Camera terberat
5) Perbandingan SONY/ CANON dan NIKON.
6) Body Camera jenama apa mempunyai ISO terbesar.
7) Apa Itu Mirrorless
8) Apa itu Full Frame dan lain-lain.
Inilah teknik menulis jenis blogging dan setiapnya di realisasikan melalui konten dan artikel.
PRODUK
Anda sudah mempunyai master plan menulis artikel anda tetapi anda harus mencari produk tentang fotografi dan salah satu teknik yang sering digunakan ialah affiliate.
Selain itu produk boleh anda cari di Amazon, produk dari Shopee atau produk sendiri.
Setiap artikel masukkan link produk didalam artikel anda dan jika mereka klik akan di bawa ke produk tersebut.
Katakan anda bercerita tentang body camera dan andaikan anda telah sertai Amazon Association . Anda boleh masukkan link affiliate kamera SONY, CANON, NIKON.
Dan seterusnya anda akan mula menulis konten yang telah anda senaraikan.
KOS KESELURUHAN
Berapakah kos untuk mempunyai sebuah blog yang anda impikan:
Plan wordpress.com ( Business): USD 35 X 12 = USD420
Harga domain: USD10
TOTAL : USD430 atau RM1917 setahun
Inilah nilai setahun yang perlu anda sediakan setiap tahun.
Ini belum termasuk harga Plugin yang harus anda beli untuk memastikan blog anda kompetatif.
Maka anda telah bersedia?
TAMBAHAN:
HOSTING
Hosting boleh diibaratkan seperti rumah. Di dalam rumah ada bermacam-macam perabot dan semua barang-barang kita terletak dan disimpan di dalam rumah. Begitu juga dengan hosting. Ia adalah tempat di mana semua fail, maklumat dan database disimpan. Dah mula faham apa itu hosting?
Ia adalah tapak kepada laman web anda dimana di sinilah laman web anda akan ditempatkan. Ingat, untuk ada alamat kena ada rumah. Jadi untuk ada sebuah laman web, anda perlu ada hosting sekali.
Hosting pula ada bermacam-macam jenis iaitu:
Shared Hosting
VPS Hosting
Dedicated Hosting
Cloud Hosting
Untuk saya cukuplah sekadar memakai Shared Hosting tetapi jika anda memakai wordpress.com anda tidak memerlukan hosting dan menggunakan hosting yang disediakan oleh wordpress.com
Di atas adalah harga hosting Go Daddy salah satu hosting terbaik dimana terdapat beberapa plan tetapi seperti biasa, saya tak galakkan anda mengambil plan yang terlalu murah dan cadangan saya ialah anda mengambil ECONOMY Plan jika anda membuat blogging.
Manakala jika anda jenis ECommerce atau Landing Pages, baik ambik DELUXE Plan.
Diatas ini adalah contoh kedua Hosting terbaik iaitu Bluehost dimana anda boleh memilih hosting yang anda kehendaki dengan free domain setahun.
Biasanya dengan pembelian hosting anda akan dapat free satu tahun domain.
Sebelum itu, saya terangkan sebaik sahaja anda membeli hosting dari mana-mana syarikat ini anda kena install wordpress.org.