Apa itu Google's Helpful Content Update atau Kandungan Yang Bermanfaat
"Google Search is always working to better connect people to helpful information. To this end, we're launching what we're calling the “helpful content update” that's part of a broader effort to ensure people see more original, helpful content written by people, for people, in search results. Below is more about the update and things creators should consider"
https://developers.google.com/search/blog/2022/08/helpful-content-update
Fokus pada kandungan yang mengutamakan orang
Kemas kini kandungan yang berguna bertujuan untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada kandungan yang pelawat merasakan mereka mempunyai pengalaman yang memuaskan, manakala kandungan yang tidak memenuhi jangkaan pelawat tidak akan menunjukkan prestasi yang baik.
Bagaimanakah anda boleh memastikan anda mencipta kandungan yang akan berjaya dengan kemas kini baharu kami? Dengan mengikuti nasihat dan garis panduan lama kami untuk mencipta kandungan untuk orang ramai, bukan untuk enjin carian.
Pencipta kandungan yang mengutamakan orang ramai memberi tumpuan terlebih dahulu pada mencipta kandungan yang memuaskan, sambil turut menggunakan amalan terbaik SEO untuk membawa nilai tambahan kepada pencari.
Elakkan membuat kandungan untuk enjin carian terlebih dahulu
Nasihat kami tentang mempunyai pendekatan mengutamakan orang tidak membatalkan amalan terbaik SEO, seperti yang diliputi dalam panduan SEO Google sendiri.
SEO ialah aktiviti yang berguna apabila ia digunakan pada kandungan yang mengutamakan orang. Walau bagaimanapun, kandungan yang dicipta terutamanya untuk trafik enjin carian sangat berkait rapat dengan kandungan yang tidak memuaskan hati pencari.
Intipati Google's Helpful Content Update
Dari alih bahasa ini terdapat 2 kriteria besar "Google's Helpful Content Update" dan setelah membaca dan melihat pandangan pakar blogger.
Ini bermaksud ranking terbaru oleh Google and ia akan impak pada semua konten yang tak membantu manusia.
Dan untuk memastikan artikel ini kandungan yang bermanfaat...hehehe
Saya telah senarai pendek kriteria konten yang tidak bermanfaat
Kriteria Konten Yang Tidak Bermanfaat / Unhelpful Content
1. Artikel dibuat fokus pada SEO sahaja
Dimana anda hanya membuat artikel semata-mata untuk SEO dan mengharapkan trafik organik. Itu tidak salah tetapi Google kata, fokus pada artikel yang berkualiti dan kemudian baru SEO
2. Buat banyak konten pelbagai topik
Anda membuat banyak konten dalam sehari dan ianya bagus kerana peluang blog anda untuk di indeks lebih berpotensi tetapi jika konten anda mempunyai pelbagai topik /niche dan tidak berkualiti.
Akhirnya Google akan menurunkan rating blog anda.
3. Guna Automasi
Menggunakan automasi membuat artikel dan bukannya hasil "first hand" atau orginal akan menyebabkan rating anda akan jatuh.
Pada pandangan saya jika anda guna AI tiada masalah tapi anda upgradekan artikel yang dibuat oleh AI tersebut.
4. Konten yang tidak mempunyai nilai tambah
Anda membuat sebuah konten yang pernah dibuat oleh orang lain sebagai contoh tips untuk mendapat 6 paxs. Terdapat beribu konten tentang tajuk ini.
Dan jika konten anda tidak mempunyai nilai tambah atau lagi baik dari penulis lain maka Google akan turunkan rating website anda.
5. Konten Trending
Konten yang ditulis berdasarkan isu semasa yang tengah meletup atau trending. Google tak suka ini kerana ia tidak membantu manusia dengan membuat artikel trending sahaja.
6. Pelawat pergi website lain setelah baca artikel lain untuk cari informasi tambahan.
Ini pun Google tak suka dan menganggap artikel anda kurang informasi dan tidak lengkap. Ini akan menyebabkan rating anda jatuh.
7. Menulis tanpa kemahiran
Pastikan niche yang anda pilih adalah niche yang anda mahir. Jangan buat artikel bukan kemahiran anda dan website anda akan dirating bawah nanti.
Jika anda tidak mahir bagaimana anda hendak membuat artikel yang berkualiti.
8. Konten Awangan
Anda membuat artikel 'click bait". Sebagai contoh anda membuat artikel "Mat Kilau 2 ditayangkan"
Bila dibaca oleh pelawat, rupanya artikel ini tidak menyampaikan kehendak atau carian oleh pelawat yang fikirkan kerana filem mat Kilau dalam artikel anda mengatakan ia akan ditayang pada tahun hadapan.
Cara Atasi Konten Yang Tidak Bermanfaat / Unhelpful Content
1. Hapuskan Konten yang tidak bermanfaat
E-A-T stands for Expertise, Authoritativeness, and Trustworthiness. The concept comes from Google's Search Quality Rater guidelines
Bagi saya konten yang tidak bermanfaat boleh diperbaiki dari terus dibuang serta ikuti guideline E.A.T.
Perbaiki artikel lama agar menjadi kandungan bermanfaat membantu manusia.
3. Pastikan sumber dipercayai
Pastikan setiap rujukan yang anda mempunyai link yang menunjukkan ia mempunyai kemahiran dalam bidang yag anda tulis
Kesimpulan Google's Helpful Content Update 2022
Kesimpulannya amat mudah dimana:
1. Mahukan konten yang paling lengkap dan membantu pencari masalah yang mencari melalui carian Google.
2. Pastikan konten yang original.
Itu sahaja mereka nak sejak lama dahulu dan tentang topik ini banyak kali Google telah katakan dan cuma ia kasi upgrade dengan upgradekan lagi algoritma spesifik untuk mencapai impian mereka ini.
Dan anda sebagai blogger, sudah boleh mula scanning semua artikel anda dan perbaiki dengan segera.
namun Google telah katakan:
Kemas kini ini hanya memberi kesan kepada carian bahasa Inggeris secara global untuk bermula dan merancang untuk mengembangkan ke bahasa lain pada masa hadapan.
Dalam beberapa bulan akan datang, kami juga akan terus memperhalusi cara pengelas mengesan kandungan yang tidak membantu dan melancarkan usaha selanjutnya untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada kandungan yang mengutamakan orang.