Saya mendapat satu komen iaitu kedai Shoppermanaic tidak mendapat sales dan saya pun merasa curiga bagaimana beliau boleh mendapat data kedai Shopee saya dan membuat statement sedemikian.
Dan disini saya ingin menerangkan perkembangan kedai Shopee Shoppermaniac kami dan menyangkal pendapat komentar ini.
Saya kurang pasti samada beliau ini pesaing atau sengaja nak kasi panas..hehehehe. Atau dia tiada niat apa-apa , mungkin sajer nak menguji saya. By the way saya kena betulkan kembali statement beliau.
Saya bukan berbicara tentang jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Shopee Shopppermaniac kerana jika anda bandingkan dengan jualan Shopee Shopppermaniac dengan kedai Shopee yang berjaya adalah amat jauh sekali.
Kami tidak mencecah sehingga puluhan ribu ringgit sebulan kerana banyak kali saya katakan Shopee Shopppermaniac ini merupakan sebuah kedai Shopee dropship auto sync iaitu ia mengambil produk berdasarkan daripada syarikat dropship seperti Save Value, Kumoten, Cico atau Dropship Murah,
Dan melalui kedai Shopee dropship ini saingannya adalah amat tinggi dan saya disini memberi tips dan analisa bagaimana untuk anda mendapat jualan yang maksima melalui dropship ini dan banyak kali saya katakan jika anda mahu kaya dan berjaya dalam dunia bisnis online anda tidak boleh bergantung semata-mata pada dropship.
Tetapi sebagai permulaan, dropship adalah mekanisma yang terbaik untuk anda pelajari ilmu bisnis on line dan khususnya melalui marketplace Shopee kerana melalui dropship anda akan pelajari saingan bisnis yang cukup kuat serta Shopee anda hampir mempelajari teknik marketing serta kata kunci yang baik mampu membawa anda ke step yang seterusnya seperti membuat jualan produk anda sendiri, membuat website ecommerce anda sendiri serta pelajari teknik iklan berbayar yang betul.
Dan melalui You Tube Channel dan serta EBook kami ini kami sentiasa membuat eksperimen yang terkini dan berkongsi dengan anda. Sebagai contoh dahulu saya katakan semua kedai Shopee dropship harus mempunyai niche dan melalui analisa kami ianya tidak perlu dan juga dahulu saya galakkan anda sertai program Shopee tetapi kini saya tidak galakkan kerana kadar keuntungan yang diberikan oleh Dropship semakin berkurangan dan pelbagai analisa yang kami buat dan kongsi bersama anda melalui kedai Shopee Shopppermaniac ini.
Shopee Shopppermaniac bukan kedai yang kaya tapi jika anda pertikaikan bahawa kami tidak mendapat sales maka ia amat mendukacitakan kami.
Dimana komentar ini telah menonton video kami iaitu "Auto Bid Shopee Ads" dan ini bermaksud melalui Shopee Ads saya tidak mendapat jualan.
SHOPEE ADS ( DISCOVERY ADS)
JIka anda pada data 1 bulan kami membuat jualan RM235.69 menggunakan Discovery ads dan adakah ini bukan jualan?
Dan kebanyakkan Bids produk kami hanyalah dalam RM0.04 hingga RM0.08 sahaja bergantung pada margin untung. Dan ada yang kami naikkan agak tinggi maksimum RM0.20 sahaja jika ia produk winnning.
Dan kami memperuntukkan RM20 sahaja untuk satu bulan kecuali pada musim Hari Raya yang lalu. Kami tidak bergantung pada Shopee Ads.
Di atas ini adalah salah mekanisma sales marketing kami yang kami gunakan untuk membuat jualan di kedai Shopee Shopppermaniac ini. Dan kami tidak bergantung pada satu platform sahaja membuat jualan di Shopee.
Kami menggunakan salah satu teknik Advanced Sales kami dimana kami membuat jualan juga melalui Sosial Media dan Website.
SOSIAL MEDIA
Saya mendapat jualan juga melalui Instagram dan bukan sekali kami mendapat soalan sebegini. Ini order yang terbaru dari instagram Shoppermaniac kami.
Dan untuk pengetahuan saya bermula sebagai penjual bisnis on line bukanlah melalui Shopee tetapi melalui what apss, Instagram Facebook, Blogging dan kemudian kami mahu berkembang ke marketplace seperti Shopee.
BLOGGING
Saya juga membuat website khas untuk link ke kedai Shopee Shopppermaniac ini. Dimana kami sekarang sedang mambuat eksperimen mendapatkan pageview 15K sebulan.
Melalui pageview yang baik di website dan hanya 1% yang klik ke kedai Shopee maka ia akan meningkat sedikit jualan kami di kedai Shopee kami.
Namun projek ini masih berjalan dan belum mencapai 15K seperti yang kami mahukan tetapi ada perkembangan yang baik.
SHOPEE ADS ( SEARCH ADS)
Adakah kami menggunakan Search Ads dan jawapan saya ialah Ya tetapi kami hanya gunakan pada 2 produk sahaja iaitu EBook kami sahaja. Bukannya produk dropship kami.
Buat sementara ini kami stopkan dulu penggunaan Search Ads sebagai Dropship kerana ia agak merugikan kecuali kadar untung melebihi 30% dan harga produk yang melebihi RM50.
TRANSCATION TOP UP SHOPEE
Jika anda lihat top up kami dalam masa 3 bulan ialah pada bulan April kami top up hanya RM80 sahaja dan ianya bertambah kerana kempen Hari Raya dan pada bulan May kami top up pada 19/5 hingga sekarang kami belum membuat top up lagi.
Untuk menjawab soalan komentar itu, ya kami mengguna Shopee Ads tetapi kami tidak sepenuhnya. Kami terpaksa membuat Shopee Ads berkenaan algoritma Shopee Reach serta menjaga hati pihak Shopee.
BAGAIMANA KAMI MAINTAIN JUALAN TANPA SHOPEE ADS
Jualan kami selain daripada Shopee Ads, Sosial Media, Blogging dan juga sedikit iklan berbayar namun pada dasarnya kami mempunyai buyer lama yang membeli dikedai kami semula.
Jika dilihat data Shopee kami ini. Warna merah ialah existing visitor dan warna biru ialah new visitor.
Kami mendapat jualan bukan sahaja dari new visitor sahaja tetapi dari buyer terdahulu yang menyumbang pada pendapatan kami terutama Hari Raya yang lalu.
Engagement merupkan salah satu kekuatan kedai Shopee Shopppermaniac dalam menjana sales kami dimana kami menggunakan Chat Broadcast Shopee dan kami juga menguna phone marketing jika ada produk atau gadget yang awesome.
JUALAN KEDAI SHOPEE SHOPPERMANIAC
Saya sebenarnya tidak mahu berkongsi dengan anda jualan kami pada bulan May kerana ianya bukan jualan yang konsisten.
Target kami pada tahun 2022 ini kami hendakkan sales RM3000 ke atas setiap bulan pada kedai dropship tetapi ianya masih belum tercapai. Sales diatas hanyalah kerana Hari Raya.
Cuma saya nak tunjukkan pada komenter kami ini bahawa kami mempunyai sales setiap bulan dan kami ambil yang paling tinggi ler..hahahahahha.
Ianya jualan yang bermusim kerana Hari Raya dan jika anda lihat pembayaran release ini semuanya dari akhir pembelian pada bulan April yang lalu.
Anda pun tahu kan pada bulan lepas kurier Shopee lewat membuat penghantaran dan hampir semua dibayar pada bulan May.
Bulan April dan May merupakan sales kami yang terbaik dan bermula pada pertengahan bulan May dan awal bulan Jun ianya agak merundum dan bukan merundum tetapi hanya satu sales sahaja awal bulan ini ..hahahahaha.
BAGAIMANA KAMI MENDAPAT JUALAN SEHINGGA RM3000
Saya sebenarnya tidak setuju dari dulu lagi kekuatan kedai Shopee berdasarkan sales kedai anda. Ini tidak adil pada dropship yang menjual beratus produk sebulan dan anda hanya menjual 50 produk sahaja sebulan tetapi sales anda adalah sama.
Ini kerana seller yag menjual beratus produk sebulan harga barangan mereka murah tetapi anda menjual produk yang lebih mahal.
Saya tidak mahu bercerita tentang perkara ini lebih banyak, Nanti saya buat video lain kot.
KESIMPULAN
Dalam dunia bisnis online ini persaingan amat bahaya. Mungkin pada hari ini anda mendapat jualan yang tinggi menjual produk A tetapi tiba-tiba jualan anda jatuh kerana pesaing anda menjual produk A lebih murah.
Apatah lagi jika anda menjual produk pembelajaran, pesaing yang menjual produk yang sama pasti akan membuat tohmahan seperti apa yang saya kena ini. Ini menyebabkan krebiliti saya menurun dan bisa memusnahkan saya.
Padahal saya membuat YOu Tube Channel ini untuk membantu dan berkongsi ilmu.