CARA PROMOSI BISNIS HOMESTAY SERTA MEMBUAT FACEBOOK ADS - BLOG SHOPPERMANIAC

CARA PROMOSI BISNIS HOMESTAY SERTA MEMBUAT FACEBOOK ADS

CARA PROMOSI BISNIS HOMESTAY SERTA MEMBUAT FACEBOOK ADS

Baru-baru team kami mendapat satu projek kecil untuk mempromosikan Homestay Baru Di Melaka Klebang yang bernama Rumah Keladi Lima.

Homestay ini full pakej dengan swimming pool, Outdoor Dinner Table, Parking kereta yang besar, hiasan dalaman yang cantik serta boleh menempatkan 15 paxs dalam satu masa.

Pada mulanya owner beritahu hendak membuat Facebook Ads mempromosikan Homestay beliau. Saya kata tiada masalah  dan tanya kepada owner tersebut kenapa kita tak buat branding dahulu dan kemudian baru kita buat Facebook Ads. 

Disebabkan ini projek kecil sahaja, kami tak terlibat dalam idea kreative  dimana owner tersebut memberikan kesemua gambar dan video yang ada supaya kami boleh membuat konten dengan data tersebut.


ROAD MAP  PROJEK 

Sebelum memulakan sesuatu projek digital ini mesti selalu ada road map atau schedule plan. Supaya anda tidak tersasar dari perancangan serta dapat ambil data dari semua perancangan anda.

Bawah ini adalah sebahagian road map yang kami berikan pada customer kami. Perbincangan yang lebih serius akan berlaku setelah owner melihat sosial media dan jika anda permintaan tambahan kami akan kemaskini. Selain  Facebook ads data analysis, domain untuk website serta kami akan memberi tunjuk ajar asas.

Ini semua akan berlaku di bahagian follow up dan penambaikan nanti.

Dengan road map ini senang untuk anda membuat anggaran kos serta kehendak pelanggan anda. Semua ini bergantung pada budget pelanggan anda.



PERSIAPAN MATERIAL 

Persiapan material sudah tentu saya memerlukan gambar atau video dari owner. Dan kemudian dari gambar atau video tersebut saya akan updated menggunakan Canva. Semua editing saya menggunakan Canva.

Kami tidak terlibat dalam proses kreativiti gambar atau video. Kami hanya membuat penambahan baikan untuk placement di FB Ads sahaja.

Kemudian maklumat tambahan dari segi USP (Unique Selling Proposition)  atau Unique Selling Point  iaitu apa kelebihan Homestay ini yang berbeda dari homestay lain. Ini amat penting dalam menarik minat pelanggan kerana saingan homestay di Melaka amat tinggi.

Tapi apa yang saya lihat USP Homestay ni memang unik dari segi lokasi, kemudahan, keselesaan, kualiti dan ketenangan serta tambahan selfie spot untuk keluarga.

USP yang saya akan tekankan ialah Private Pool dengan Out Door dinner table serta kelengkapan BBQ.

Cuma dari segi video saya lebih suka kalau macam ada lakonan atau drone terbang atau berjalan di rumah tersebut sambil melakukan penerangan. Itu nampak lebih best kalau nak buat iklan. Oleh itu USP akan lebih mantap. Tapi bergantung pada owner.

Jadual satu tahun iaitu termasuk pengiklanan dan offer yang anda boleh buat dari masa ke semasa. Jika anda kenali saya, sudah tentu sedia maklum saya suka kasi offer..hahahhaa.

Manusia suka offer, sebagai contoh jika pada bulan ini tiada cuti panjang. Maka buatlah iklan offer dimana penginapan 3 hari tetapi anda kasi offer untuk 2 hari sahaja.Terpulang. Sama ada nak beri diskaun ke, rebate ke, atau apa-apa sahaja. Lebih baik ada penyewa daripada langsung tak ada orang sewa, kan?

Perancangan tahunan serta offer ini adalah kerja owner ler. Saya cuma memberi penerangan persiapan mereka.


PROSES BRANDING DI SOSIAL MEDIA 

Berita baiknya logo Homestay Rumah Keladi Lima iaitu nama homestay tersebut telah siap. Maka saya akan gunakan loago tersebut di semua rangkaian network yang akan kami buatkan untuk mereka.

Owner tersebut juga telah mempunyai Facebook Pages mereka sendiri dan  memudahkan kerja kami. 

Untuk memuat branding sudah tentu kami akan menggunakan kesemua sosial media yang ada dan dalam hal ini kami tumpukan beberapa sosial media sahaja.

1. Facebook Pages

Owner telah mempunyai Facebook Pages sendiri dan hanay perlu updated dari masa ke semasa. Saya rasa nak handle Facebook Pages ini tak sukar sangat.

Cuma kena updated untuk Business Manager kerana target kami seterusnya ialah membuat Facebook Ads kan. Ini saya akan setting nanti.

Ni alamat Facebook Pages Rumah Keladi Lima: KLIK SINI



2. Printerest

Saya juga membuat akaun Rumah Keladi Lima menggunakan Printerest kerana ia agak mudah di selia kerana jika anda masukkan gambar ke FB Pages anda bileh masukkan sekali ke Printerest.

Lagi pun Printerest boleh masukkan link dari blog atau You Tube. dari segi SEO ini amat berguna jika guna Printerest.

Ni alamat Printerest Rumah Keladi Lima: KLIK SINI



3. You Tube Channel 

You Tube Channel Rumah Keladi Lima kami ujudkan dan masukkan semua video yang mereka ada ke You Tube Channel ini samada video Short atau penuh.

Dari segi algoritma, You Tube lebih mudah capaiannya berbanding platform lain.

Ni alamat You Tube Channel  Rumah Keladi Lima: KLIK SINI



4. Landing Pages

Sebuah website jualan yang kami ujudkan agar mudah untuk menerangkan pada pelanggan yang ingin mengetahui serba sedikit tentang Homestay ini.

Namanya pun landing pages, sudah tentu konten dalam ini ialah menjual.  Buat sementara ini tiada testimoni kerana ia baru lagi maka kami tunjukkan gambar sekitar homestay ini.

Ni alamat Landing Pages Rumah Keladi Lima: KLIK SINI



5. Website/Blog 

Ini berbeza dengan landing pages dimana fungsinya adalah membuat spesifik membuat jualan.

Manakala website ialah projek jangka panjang dimana fungsinya ialah mendapatkan jus SEO dari Google dan juga terbitan artikel dimasukkan disini.

Sebgaia contoh jika ada customer baru, sudah tentu anda akan masukkan ke Facebook Pages dan masukkan sekali ke website ini.

Ni alamat Website Rumah Keladi Lima: KLIK SINI



6. My Google Business

Google My Business merupakan sebuah tools pada Google yang untuk mempermudah pelanggan mengetahui informasi bisnis Anda. Beberapa informasi yang akan ditampilkan tools ini mencakup, nama bisnis, alamat / lokasi usaha, alamat email, jam operasional, nomor telepon perusahaan, website, foto dan lain-lain.

Saya jarang mempekatakan ini kerana My Google Business ini biasanya untuk bisnis yang mempunyai lokasi fizikal dan homestay kami ini mempunyai lokasi fizikal maka ianya perlu dibuat.

Ianya memakan masa nak dilakukan kerana approval dari Google adalah melalui pos bukannya email.


6. Lain-Lain

Sosial Media lain yang tekankan pada owner ialah buat Instagram. Saya tak buat Instagram sebab beliau sudah mempunyai Facebook Pages adalah lebih baik owner yang buat dan link ke Facebook Pages.

Tik Tok pun saya tekankan ada owner tapi ia merupakan option pada owner tersebut sebab audience untuk homestay ini bukan dari Tik Tok.


Impak Pendaftaran Sosial Media.

Tiada impak yang besar dari segi trafik organik kerana semua pihak tahu kita tidak  boleh bergantung lagi pada sosial media semata-mata. Mungkin jika anda post di sosial media , hanya 1% sahaja yang akan menerima atau melihat post anda.

Anda juga tidak akan mampu untuk membuat posting setiap hari kerana sebagai produk homestay setiap post anda adalah bermusim. Lagi pun adakah anda mampu post setiap hari?

Tetapi pastikan membuat post 2 minggu sekali it enough kerana kita tak mahu bila ada pelanggan pergi ke Facebook Pages anda dan lihat anda upadated 3 bulan lalu maka keyakinan akan berkurangan.

SEO Google

Tetapi dari segi website pula saya memberi penekanan yang penting dimana saya membuat beberapa artikel menggunakan kata kunci yang relevan. Kalau saya buat artikel homestay Melaka, cariannya agak tinggi dan sukar untuk mencapai  enjin carian pertama di Google.

Saya gunakan kata kunci  pelbagai dan agar salah satu artikel ini akan dilonjak ke enjin carian pertama:

1. Homestay Melaka

2. Homestay Melaka Klebang

3. Homestay Klebang.

4. Homestay Klebang Melaka

5. Homestay Melaka Klebang dengan Swimming Pool

Landing Pages dan blog adalah 2 item yang saya pecahkan dimana landing pages akan digunakan sebagai URL utama untuk promosi manakala blog akan digunakan sebagai promosi jangka panjang.

Owner tersebut boleh updated setiap aktiviti mereka di blog samada testimoni pelanggan dan sebagainya.

Pendek kata penggunaan sosial media, blog dan You Tube adalah membentuk branding homestay ini dan sekaligus mencari peluang setiap trafik organik yang boleh kita perolehi.


Sebagai contoh di atas ialah jumlah view melalui You Tube Short yang memperolehi 400 view. Jumlah view tidak banyak kan namun ada juga yang menontonnya dan jangan terkejut jika ia memberi pulangan perniagaan.

Proses branding telah selesai dan kini tugas owner untuk updated. Ini terpulang pada owner tersebut. Untuk saya tidak susah dan hanya buat schedule update agar tidak lupa.


IKLAN BERBAYAR HOMESTAY RUMAH KELADI LIMA

Setelah tamat proses branding yang asas dan owner berpuas hati serta memahami apa yang harus mereka lakukan untuk memastikan sosial media mereka sentiasa di updated maka sudah tiba masanya untuk membuat ikaln Facbook Ads


Sebelum saya mula membuat Facbook Ads saya harus memastikan Facebook Pages owner telah dikemaskini ke business manager serta ads manager diberi kebenaran kepada saya.

Selain itu Facebook Pixel untuk website atau blog saya akan buatkan untuk kegunaan pada masa akan datang jika owner hendak buat targetting. 

Proses Facebook  Ads sudah tentu bermula pada objektif yang harus dipilih. Samada owner hendak berkomunikasi melalui direct what apps atau ke laman web. Untuk saya mana-mana pun tidak menjadi masalah.

Kemudian budget sehari yang boleh diberikan oleh owner. Jumlah audience bergantung pada budget owner dan berapa lama iklan ini hendak ditunjukkan.

Audience pula sudah tentu jika anda mempromosikan homestay ialah pasangan yang telah berkahwin mempunyai anak-anak berumur 2 tahun keatas serta orang tua yang selesa tinggal di homestay berbanding hotel. Umur anggaran adalah 30 tahun hingga 45 tahun. 

Adakah target iklan seluruh Malaysia atau beberapa buah negeri yang berdekatan dengan Melaka?

Ini adalah pendapat saya namun owner lebih mengetahui berbanding saya.  Namun tugas saya membuat analisa akan saya tetap buat.

Kreativiti sudah tentu akan terbahagi dua iaitu gambar atau video. Atau bentuk korosel. slide show, Instant dan sebagainya. Ini terpulang pada owner samada mereka hendak sebab material semuanya diberikan oleh owner maka saya akan buat berdasarkan kehendak owner.

NAMUN perniagaan homestay ini adalah perniagaan bermusim ( peak dan off season) maka setiap iklan harus berdasarkan musim tersebut kerana offer yang hendak diberikan haruslah mengikuti musim tersebut. 

Iklan haruslah memberi offer serta menarik perhatian jika off season. Betul tak? 
Jika peak season , anda kasilah harga sewa yang kaw-kaw...

Jadual setahun harus dibuat oleh owner dan setiap iklan harus berdasarkan jadual setahun ini. Secara tak langsung owner kena buat templates yang menarik ler.

SELAIN itu adakah owner hendak membuat split test menguji setiap kreativiti yang manakah memberikan ROI yang baik. Sudah tentu budget kena ada. Namun terpulang pada owner.

JIka owner sudah setuju dengan objektif, budget, audience serta kreativiti maka siaplah sebuah Facebook Ads. 


Inilah proses promosi bisnis homestay yang harus anda lakukan , Dan disini saya ingin menambah baik sedikit agar usaha yang kita buat ini berbaloi atau lebih yakin:


1. Video penerangan yang lebih bersifat profesional dan boleh digunakan di Facebook Ads. Video berdurasi 1 min sudah memandai. Upah ler mereka yang pakar dalam bidang video ini.

2. Video penekanan USP iaitu swimming pool dengan out door dinning boleh digunakan sebagai targetting anda nanti

4. Gunakan kesemua FB Ads / Google Ads/ You Tube Ads iklan berbayar untuk mendapatkan impak yang lebih baik serta megukuhkan branding anda.

5. Artikel mingguan harus dibuat di blog anda untuk memastikan ianya mudah diindeks oleh Google dan gunakan artikel ini dimasukkan ke Facebook Pages anda dan semua sosial media anda.

6. Influencer merupakan teknik promosi yang terbaik jika melibatkan produk fizikal dan ianya diakui berkesan. Ada modal gunakan influencer.


MAHU BINA WEBSITE SENDIRI UNTUK HOMESTAY ANDA



Nota:
Kami melihat pemecahan antara landing pages dengan Website telah menyebabkan owner ini tidak kemas kini website tersebut dan pada tahun 2024 gabungan antara landing pages atau sales pages harus dilakukan.

Owner hanya menumpukan pada Website dan anda fokus pada review di Facebook. Itu hak owner yang penting, tapi anda ketahui website amat penting lonjakkan bisnis homestay anda. Dan method sesuai diguna pada tahun 2022 semasa kami membantu owner ini. 

Dan kami berjaya mendapatkan templates gabungan ini dan kami kongsi kepada anda dalam MasterClass Blogging ini. Anda boleh lihat penjelasan kami di link yang kami berikan di atas.

Catat Ulasan