KENAPA KEDAI SHOPEE TIADA JUALAN ?
Persoalan yang paling menarik dan cuba di selesaikan oleh semua seller samada di marketplace atau mempunyai website sendiri.
- Kenapa Kedai Shopee saya tiada sales.
- Kenapa Kedai Shopee sales tiba-tiba merundum
- Kenapa Kedai Shopee Sales slow sangat
- Kenapa Kedai Shopee tiada jualan
- Kenapa Kedai Shopee barang tak laku
- Kenapa Kedai Shopee Tiada Trafik
- Kenapa Produk Di Shopee Tiada View
Kalau saya nak tuliskan keluhan perasaan anda sebagai seller Shopee memang banyak. Dan perasaan anda ini pernah saya lalui dan alami dalam jangka masa yang amat panjang.
Apatah lagi jika anda baru lagi ceburi bidang bisnis on line dan berharap ia dapat membantu meringankan beban anda sebaliknya anda terasa beban dan tekanan kerana kedai Shopee anda tiada jualan.
Harapan untuk menjana pendapatan tambahan untuk anda dan keluarga nampaknya semakin jauh dengan melihat situasi kedai Shopee anda tiada jualan.
Manakala yang tengah tersenyum awal melihat jualan kedai Shopee meletup pada mulanya telah resah kerana sejak kebelakangan ini sales atau jualan anda tiba-tiba merosot teruk. Anda pening kepala kenapa jadi sedemikian.
Modal beli material telah anda tambahkan sekali ganda tapi tiba-tiba tiada sales. Macam mana nak pusing modal ini.
Inilah realiti kehidupan sebagai bisnis on line dan dalam hal ini anda jangan salahkan diri anda dan anda jangan salahkan produk anda.
Perkara ini berlaku disebabkan banyak faktor-faktor yang tidak anda sangkakan. Mari saya jelaskan dan biar saya kasi penyelesaian ini dengan mudah kepada anda.
PERSAINGAN YANG TERLALU SENGIT
Di Shopee terdapat terdapat beratus ribu Seller dan ianya semakin bertambah dimana semua orang nak jadi peniaga bisnis on line.
Dengan pertambahan seller di Shopee secara tak langsung anda akan bersaing dengan mereka. Walau pun Shopee mempunyai trafik harian berjuta-juta pelanggan ke platform mereka setiap hari tetapi pada masa yang sama terdapat juga beratus ribu seller yang sama yang menjual produk yang sama dan hampir sama dengan anda.
Sama juga seller yang pada mulanya perintis produk viral sebagai contoh tahun lepas sambal ikan bilis dan menjana jualan tinggi. Dan kini beribu-ribu orang menjual sambal ikan bilis. Anda yang merupakan perintis kini jauh ketinggalan.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah persaingan ini.
BANYAK PRODUK YANG SAMA ATAU HAMPIR SERUPA
Seperti yang saya katakan di Shopee terdapat banyak produk yang serupa atau sama. Jika anda menjual produk A, anda jangan terperanjat rupanya produk A anda banyak dijual di Shopee.
Dan paling memilukan, produk mereka lebih baik dan cantik dari anda. Ini secara tak langsung akan membunuh produk jualan anda. Dan akhirnya produk anda akan terkubur jika anda tidak ambil tindakan yang cepat.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah persaingan ini.
HARGA YANG TERLALU KOMPETATIF
Persaingan harga di platform Shopee amat kompetatif. Dan kerana persaingan harga yang begitu sengit, ramai seller Shopee kecundang lebih awal.
Kesalahan utama seller Shopee ialah anda meletakkan harga yang terlalu tinggi hingga tiada jualan. Masalahnya produk anda hampir sama dengan produk lain yang dijual di Shopee. Mana mungkin akan terjual.
Kesalahan kedua mengenai harga ialah harga terlalu rendah hingga margin untung anda terlalu kecil dan tidak berbaloi dengan usaha anda dan paling teruk anda kerugian kerana terlupa memasukkan kos-kos dari Shopee.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah persaingan harga ini dengan membuat kajian yang mendalam.
GAMBAR DAN DESKRIPSI PRODUK TIDAK CANTIK
Pembeli membeli produk anda di Shopee secara maya. Mereka tidak dapat melihat bentuk fizikal produk anda dan untuk memastikan produk anda tonjol ke hadapan anda harus menggunakan gambar yang cantik dan terang.
Gambar kalau tak cantik adakah buyer anda akan membelinya, Tanya pada diri anda sendiri .
Kedua ialah penerangan produk harus lengkap agar pelanggan anda yakin dengan produk anda. Jika deskripsi produk anda hanya berkisar tentang saiz produk tetapi tidak menerangkan keebihan produk serta menyelesaikan masalah. Maka ia takkan terjual.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah ini.
TAJUK PRODUK YANG TIDAK BAGUS
Tajuk produk di Shopee amat-amat penting kerana ia akan menentukan jualan anda di Shopee,
Sebelum pelanggan melihat harga, gambar atau deskripsi anda. Mereka terlebih dahulu akan mencari produk di platform Shopee dengan menaip kata carian atau kata kunci yang mereka mahukan.
Setelah itu Shopee algoritma anda mencari produk berdasar kata kunci anda DAN kata kunci itu adalah TAJUK PRODUK ANDA. Dan jika algoritma Shopee menemui produk yang sama dengan kata kunci tersebut, ia akan tunjukkan pada pelanggan tersebut.
Kesalahan memasukkan tajuk produk serta tajuk produk yang terlalu pendek atau tajuk produk yang tidak kena mengena dengan kata carian pelanggan. Produk anda tidak akan terjual dan di tolakkan ke hadapan oleh algoritma Shopee.
Anda memerlukan strategi bagaimana untuk mengusai algoritma Shopee ini.
TIDAK TAHU MARKETING
Anda tidak menggunakan langsung marketing di kedai Shopee anda. Adakah anda tahu terdapat 12 jenis marketing yang terdapat di Shopee.
Marketing bukan sahaja tentang menurunkan harga tetapi juga bagaimana memperomosikan produk anda di Shopee.
Kegagalan aatu kedegilan mengguna marketing akan menyebabkan kedai Shopee anda tiada sales. Teknik voucher atau diskaun sebenarnya adalah satu teknik untuk menarik perhatian pelanggan .
Manakala teknik add on deal atau bundle deal menggalakkan pelanggan membeli lebih banyak produk di kedai Shopee anda.
Mahukan trafik yang tinggi gunakan Shopee Ads yang terbahagi kepada 3 bahagian Boost Ads, Search Ads dan Discovery Ads. Tapi berhati-hati jangan sampai anda bakar duit.
Anda memerlukan strategi bagaimana untuk kuasai untuk kuasai ilmu marketing ini.
TIDAK SERTAI KEMPEN-KEMPEN SHOPEE
Menyertai kempen-kempen Shopee akan expose kan kedai Shopee anda lebih banyak buyer. Dimana anda boleh meningkat jualan kedai Shopee anda apabila anda memberi tips-tips harga yang baik.
Namun apabila sertai kempen Shopee ini pastikan anda ketahui dengan jelas margin untung anda serta kos-kos yang harus anda bayar kepada Shopee.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah ini.
TIDAK TAHU MENGIRA UNTUNG RUGI PRODUK ANDA
Kegagalan untuk mendapatkan dengan jelas maklumat margin untung setiap produk anda boleh menyebabkan kedai Shopee anda tiada jualan .
Kegagalan mengetahui kos-kos tambahan oleh Shopee juga akan menyebabkan produk anda tiada jualan.
Dengan malumat yang lengkap tentang kos akhir serta untung akhir anda setelah mendapat jualan di Shopee setiap produk akan membantu anda membuat strategi marketing yang efisen.
Adakalanya sesuatu produk itu memberi keuntungan yang cukup tinggi maka anda mampu membuat marketing dan Shopee Ads dengan lebih baik lagi. Dan ini akan menjana sales yang tinggi.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah ini. Dapatkan Shopee Kalkulator kami secara percuma - KLIK SINI
TIADA PRODUK WINNING
Ini yang terakhir dimana anda tidak mempunyai produk wining yang boleh dijual di kedai Shopee anda.
Katakan anda sebagai dropship yang mempunyai beratus produk, dan adakah anda akan menjual semua produk tersebut. TIDAK!!!
Anda akan memilih produk yang mempunyai trend terkini dan memberi margin untung yang tinggi sebagai Produk Winning anda.
Untuk kekalkan kekuatan produk Winning anda boleh membuat marketing serta sertai kempen-kempen di Shopee.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah ini.
TIDAK MENJUAL DI LUAR DARI PLATFORM SHOPEE
Jika anda mengharapkan produk anda hanya di jual di Shopee semata-mata maka bisnis anda tidak berkembang dan berpotensi menguncup pada jangka masa yang pendek.
Anda kena mencari pasaran luar untuk memaksimakan trafik ke kedai Shopee anda tanpa henti. Dimana anda menggunakan Facebook Ads serta blogging untuk menjana trafik berbayar arau organik, Itu pilihan anda.
Anda memerlukan strategi untuk mengatasi masalah ini.
KESIMPULAN KENAPA KEDAI SHOPEE TIADA JUALAN ?
Saya harap anda telah memahami punca sebenar masalah kenapa kedai Shopee anda tiada jualan. Ini disebabkan anda tidak mempunyai strategi atau sistem jualan yang mantap.
Ayat paling popular yang digunakan oleh bisnis on line ialah anda tidak mempunyai Sales Funnel.
APA YANG KAMI BOLEH BANTU ANDA
Dapatkan EBook Kami Shopee Funnel Sales Meletup yang akan menyelesaikan masalah jualan dikedai Shopee anda melalui 5 Sales Funnel kami ini
Dimana funnel-funnel atau corong kami terbahagi kepada:
PRODUK LISTING:
Yang akan memberi tunjuk ajar apa itu algoritma Shopee serta perbaiki gambar dan deskripsi anda dengan teknik yang baik dan ampuh.Produk anda akan berada di dalam Algoritma Shopee
PRODUK WINING
Seperti yang saya terangkan tanpa produk wining maka tiada jualan. Kami akan berikan metod bagaimana mencari produk wining yang betul dan sistematik
MARKETING
Kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan 12 cara marketing yang sesuai untuk produk anda serta beberapa terma sperti Add On Deal / Bundle Deal dan macam-macam lagi.
Tidak dilupakan rahsia penggunaan Shopee Ads agar duit anda tidak terbakar.
MAINTENANCE
Tanpa maintenance yang bagus, Kedai Shopee anda tidak akan kekal konsisten membuat sales.
Jadual maintenance yang betul akan memastikan kedai anda sentiasa berdaya saing.
ADVANCED SALES
Kami memberi tunjuk ajar bagaimana membuat marketing di luar dari platform Shopee agar anda dapat 'Boostkan" sales dikedai Shopee anda.