Saya pernah membuat video tentang kenapa anda harus memohon Non SSL iaitu disebabkan Shopee Standard Shipping yang baru dan anda menjual produk digital. Dan nampaknya Non SSL menjadi rebutan sejak kebelakangan ni disebab kan pelaksnaan Standard Shipping oleh Shopee. Dimana Shopee telah menetapkan kurier untuk seller. Dan Shopee seller kini harus menerima pilihan paksaan oleh Shopee Namun ada beberapa seller mendapati pilihan kurier oleh Shopee memberi beban kepada mereka dimana delivery drop point jauh dari rumah mereka dan ini akan merugikan seller dari segi kos dan tenaga. Oleh itu Non SSL adalah pilihan terbaik. Namun sebelum anda menukar kepada Non SSL adalah lebih baik buat rayuan dahulu. Ikuti langkah yang diberikan oleh Shopee.
Cara membuat rayuan tukar Shipping Channel:
https://youtu.be/oAkOwgz8s30
Kedua anda adalah penjual digital dan mahu tak mahu terpaksa menggunakan Non SSL.
KELEBIHAN/ TIPS ISTIMEWA NON SSL
FleksibiliIti
1. Penjual memiliki kebebasan untuk memilih penyedia kurier yang sesuai dengan keperluan mereka. Mereka dapat memilih kurier yang menawarkankos yang sesuai, waktu pengiriman yang sesuai, dan layanan tambahan seperti insuran
2. Terutama bagi penjual yang menjual produk khusus atau niche tertentu, mereka dapat memilih kurier yang memiliki pengalaman dalam pengiriman barang-barang khusus tersebut. Ini dapat meningkatkan pengalaman pelanggan dengan pengiriman yang lebih tepat dan andal.
3. Penjual dapat lebih bebas mengatur jadual pengiriman mereka sendiri dan mengatasi permintaan pelanggan yang mungkin berbeda-beda.
4. Kos Penghantaran: Dengan Non SSL, penjual mungkin dapat mencari penawaran yang lebih kompetitif untuk kos pengiriman.
Pengalaman Pengiriman:
Dengan Non-SSL, Anda dapat lebih kebebasan dalam menyesuaikan kehendak pengiriman Anda. Anda dapat mengatur prosedur pengemasan, pembungkusan dan waktu pengiriman sesuai dengan kehendak pelanggan Anda, yang mungkin tidak selalu dapat dilakukan dengan layanan logistik yang didukung Shopee.
Kolaborasi dengan Kurier
Dalam beberapa kes, menggunakan layanan kurier lokal yang tidak disediakan oleh Shopee dapat membantu anda membangun perhubungan yang lebih kuat dengan penyedia kurier setempat. Dan sudah tentu dengan penggunaan kekerapan kurier tersebut anda akan memperolehi beberapa keistimewaan yang tidak diberikan oleh Shopee.
Manipulasi Harga Produk (Tips paling mampan)
Kelebihan Non SSLyang terbaik ialah anda dapat memanipulasi harga produk anda dengan bermain dengan shipping kos anda.
Katakan harga barangan anda RM11 dan jika anda kurangkan maka anda akan rugi. Akan tetapi ada pesaing yang menjual harga RM9.
Anda ingin bersaing dengan seller lain. Apa yang dapat anda lakukan dan terpaksa lakukan ialah kurangkan kos produk anda.
Anda tahu anda rugi, namun anda boleh menaikkan harga shipping anda sesuka hati kerana sebagai Non SSL anda mempunyai autoriti menaikkan shipping anda.
Jika anda kurangkan RM2 maka naikkan shipping RM2. Kebiasaannya pembeli yang tak cerewet tak akan perasan benda-benda kecil sebegini.
ADAKAH METOD INI AKAN BERJAYA.
Terpulang pada buyer yang membelinya. Namun saya pernah membuat method ni dan ada yang membelinya.
Tetapi anda jangan memperkecilkan buyer terutama wanita kerana mereka amat cerewet dan potensi anda mendapat jualan mungkin sukar.
Namun ini semua berkenaan eksperimen, anda pilihlah produk yang bersesuaian
dan anda boleh mencuba teknik ini.
Namun untuk dropship sync auto seperti Save Value, Kumoten, DSM anda tidak boleh lakukan.
Dropship manual boleh dilakukan kerana setiap pembelian dari buyer anda, pembelian akan dilakukan di website mereka dan anda boleh gunakan teknik ni.
Kesimpulan KELEBIHAN NON SSL
Teknik ini amat berguna cuma pada tahun awal tahun 2023 Shopee telah memecahkan NON SSL kepada 2 jenis iaitu Non SSL Produk dan Virtual Good.
Masalah utama ialah mereka yang berniaga produk fizikal jika mahu memohon amatlah sukar tetapi untuk Virtual Good tidak sukar , Sila lihat video saya dibawah ini menjelaskan perubahan Non SSL telah membunuh ramai dropship.
Perubahan Non SSL 2023
Kasihan dan sedih saya melihat keluhan oleh ramai Seller Shopee yang tidak boleh menjual produk di Shopee gara-gara perubahan memohon NON SSL Shopee.
Dimana Shopee telah pecahkan kepada 2 kategori Non SSL iaitu Virtual Good dan NON SSL (Produk).
Untuk memohon Virtual Good tidak sukar tetapi untuk memohon Non SSL (Produk) memang cukup leceh dan anda memerlukan dokumen yang agak banyak.
Sila Baca : Bagaimana Memohon NON SSL Produk- KLIK SINI
Dan impak terbesar ialah kepada seller dropship kategori satu dimana saya pecahkan secara terperinci kategori dropship yang mana menghadapi masalah dalam memohon NON SSL
Kategori ini dropship dimana anda menjual produk pihak lain dan jika terdapat tempahan maka anda akan membayar pada syarikat dropship dengan harga dropship dan mereka akan menghantarnya.
Masalah utama ialah pada Kategori 1 dimana anda tidak menguruskan penghantaran dan semua penghantaran dilakukan oleh pihak dropship anda. Lalu bagaimana mereka hendak menyediakan kesemua dokumen yang diminta oleh Shopee.
Sila Baca : Kategori DROPSHIP Memohon NON SSL - KLIK SINI
Dari perubahan yang dilakukan oleh Shopee ini jelas menunjukkan mereka tidak suka dengan Dropship dan sebolehnya mereka mahukan peniaga sebenar yang menjual produk mereka sendiri atau founder.
Dan dalam soal ini, secara jujurnya saya melihat tiada penyelesaian untuk dropship kategori satu. Anda tidak boleh lagi menjual di Shopee kecuali pihak dropship membantu anda menyediakan semua dokumen.
Anda kena mengubah modus operandi anda dengan menjadi agen dan simpan stok sendiri atau ikuti kelas MasterClass Shoppermaniac kami dimana kami dari dulu menyarankan sertai dropship Auto Sync dengan Shopee.
PENGAJARAN PERUBAHAN NON SSL SHOPEE
Pengajaran berguna kepada Seller Shopee dari perubahan NON SSL ini ialah anda jangan bergantung selama-lamanya kepada Shopee.
Anda harus membuat perubahan bisnes on line anda apabila anda telah menjana sales yang baik di Shopee. Gunakan keuntungan dari sales di Shopee kembangkan perniagaan ke platform yang lebih bebas dan mudah untuk anda mengawalnya.
Dan banyak kali saya katakan contoh yang terbaik ialah E-Commerce atau Blogging.
Jangan bergantung pada dropship selama-lamanya. Dropship untuk saya adalah pemula untuk mereka yang mahu menceburkan diri ke dunia bisnes online dengan risiko yang rendah.
Setelah anda memahami dunia bisnes online kembangkan produk pilihan anda mencuba produk sendiri samada anda membuatnya sebagai founder atau anda membeli secara pukal produk dari Cina dan menjual sendiri.
Akhir kata, perubahan NON SSL Shopee ini saya pasti akan berlaku perubahan demi perubahan. Pada tahun 2022 sahaja berlaku beberapa kali perubahan Non SSL dan akhir tahun ini ia telah membunuh ramai Seller Shopee.
Nasihat saya pada Seller Shopee kategori satu, lupakan Shopee dan cari platform lain.