Saya mendapat soalan dari komuniti You Tube Shoppermaniac dan beliau bertanya apakah pilihan jadi dropship shopee saya.
Sebelum ni saya pernah membuat video dan artikel dropship terbaik di Malaysia pada tahun 2022.
Saya memberi 4 shopee dropship supplier malaysia yang pernah dan kini digunakan oleh kedai Shopee Shoppermaniac dan membuat perbandingan yang komprensif dan nilah teknik cara jadi dropship shopee.
Dan saya secara langsung mengatakan saya lebih menggemari menggunakan SAVE Value dropship di shopee
Kenapa saya suka menggunakan SAVE Value bukannya saya ditaja oleh mereka..hahahaha. Tapi pelbagaian sebab dan SAVE Value merupakan penyumbang sales tertinggi dikedai Shoppermaniac kami.
Anda boleh menafikan dan memberi pendapat lain yer. Ini pendapat saya berdasarkan pengalaman 4 dropship yang saya gunakan di kedai Shopee kita.
Jom kenapa saya suka save value2u.
VARIASI PRODUK SAVE VALUE
Ini merupakan salah satu sebab saya suka menggunakan SAVE Value dimana saya tidak terikat dengan satu niche sahaja.
Sebagai Seller Shopee anda tidak boleh terikat dengan satu niche.
Kenapa anda tidak boleh terikat dengan satu niche. Klik Sini.
Dengan pelbagaian atau variasi produk maka potensi jualan saya akan lebih tinggi dan merangkumi lebih ramai buyer.
Lagi banyak produk maka lagi banyak trafik dan lagi banyak jualan. Itu principles menjual di Marketplace sebagai dropship.
Tetapi KUMOTEN kan lagi banyak produk. Seperti saya katakan dahulu kebanyakan produk Kumoten produk China dan penghantaran lama yang saya tidak suka.
PENG]HANTARAN CEPAT SAVE VALUE
Saya mendapat banyak rating yang baik disebabkan penghantaran oleh Save Value ini cepat.
Adakala dalam masa 2 hari dah sampai. Sudah tentu buyer senyum dam rating saya pun tersenyum besar.
Inilah kekuatan Save Value yang saya cari selama ini. Fast Shipping !!!
JUMLAH PRODUK SAVE VALUE
Jumlah produk di Save Value jika dibandingkan dengan Kumoten memang jauh berbeza .
Tetapi dengan pelbagai variasi serta jumlah produk anggaran saya 300 -400 produk masih boleh diterima.
Jumlah produk serta tambahan variasi pelbagai kategori menurut saya itu kekuatan Save Value.
Jika tidak mencukupi anda masukkan 2 dropship di kedai Shopee anda dimana saya masukkan Cico.my bersama-sama Save Value untuk tingkat jumlah produk.
SAVE VALUE LOCAL READY STOCK
Stok Save Value semuanya ready stock dan ini kelebihan Save Value dimana mereka mampu membuat penghantaran cepat.
Ada dropship lain yang menggunakan supplier lain untuk penghantaran produk dan mereka jadi orang tengah dan inilah kadangkala penghantaran mereka tidak konsisten.
PRODUK BARU OLEH SAVE VALUE
Save Value tidak kedekut memperkenalkan produk baru setiap bulan.
Dan sebagai Seller Shopee kami memerlukan produk yang fresh agar boleh bersaing di dunia marketplace Shopee ni.
Tidak semua produk winning akan bertahan bertahun-tahun dan ikut pengalaman saya ianya bertahan paling lama 6 bulan.
Maka anda sentiasa kena dapatkan produk winning terbaru dan dengan Save Value sering meletakkan produk baru di website mereka maka saya mampu menjana produk winning.
PRODUK SAVE VALUE MENYELESAIKAN MASALAH
Kebanyakan produk di Save Value ia tampak lebih moden dan hampir kesemuanya adalah produk penyelesaian masalah.
Produk yang menyelesaikan masalah adalah produk yang mampu dijual dan senang dijual. Dan kebanyakkan produk Save Value dalam 80% adalah produk sebegini.
Produk Winning lagi mudah dicari dan sales boleh bertambah..
LOADING TIME WEBSITE SAVE VALUE
Pada ketika dahulu, Save Value merupakan salah satu website terlembab di Malaysia. Nak buka website atau sync produk ke Shopee sempat makan maggi 2 mangkuk..
Tapi kini semua telah berubah, ianya lebih pantas dan tidak ambil masa untuk saya sync lebih banyak produk ke kedai Shopee saya.Penambahan yang bagus dari Save Value.
SAVE VALUE LINK KE TIK TOK
Pada bulaN May 2023. Save Value telah menambahbaik perkhidmatan mereka dengan membenarkan integrasi Save Value dengan Tik Tok.
Ini adalah satu lagi peluang keemasan yang patut di ambil oleh Seller Shopee dengan menjadi Seller Tik Tok.
PERUBAHAN PADA 2023
SAVE VALUE KINI MENGENAKAN BAYARAN UNTUK SELLER
Pada Gambar diatas ialah kadar bayaran yang dikenakan oleh Save Value untuk sesiapa yang mahu menyertai dropship Save Value.
Harga untuk 3 bulan ialah RM62.40 untuk ketiga-tiga marketplace Shopee, Lazada dan Tik Tok. Manakala jika anda ambil untuk 6 bulan ialah RM124.90 tetapi mendapat bonus untuk produk dekorasi serta boost.
Save Value kini telah menjadi seperti Kumoten yang mengenakan pembayaran untuk perkhidmatan dropship mereka. Maka yang tinggal kini hanyalah CICO sahaja yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk dropship.
Pada dasarnya saya tidak setuju akan pembayaran ini, sama seperti apa yang saya katakan pada Kumoten ialah kami menjual produk anda. Anda masih dapat lagi keuntungan dan anda mahu lagi keuntungan dengan mengenakan caj perkhidmatan dropship anda.
Namun ini adalah hak Save Value dan jika anda tidak mahu guna perkhidmatan mereka makan anda boleh sahaja ubah kepada alternatif lain seperti CICO.
Kadang kala syarikat dropship ini tidak memahami kesukaran untuk kami menjual produk anda. Dimana persaingan yang hebat sesama sendiri menjual produk Save Value, ramai Seller Shopee terpaksa mengurangkan harga jualan agar dapat terus bersaing dan ini menyebabkan kadar keuntungan bersih jatuh mendadak.
Manakala Seller Shopee juga terpaksa melayan karenah caj Shopee yang semakin meningkat hingga 7% . Ini semua beban yang Seller Shopee kena hadapi.
Belum lagi kos Shopee Ads yang harus digunakan untuk mendapatkan jualan.
Akhirnya kadar keuntungan bersih ialah 10% sahaja jika anda bernasib baik.
Apabila Save Value mengenakan bayaran RM62.40 setiap 3 bulan ini bermakna setiap bulan secara purata ialah RM20, pihak Seller Shopee harus asingkan untuk membayar pada Save Value.
Ini bermakna untuk asingkan RM20 untuk Save Value. Anda terpaksa menjual minimum RM200 jika kadar margin untung anda 10% sahaja selepas ditolak semua marketing kos dan caj Shopee.
Untuk Seller Shopee yang baru, untuk mendapatkan sales RM200 sebulan belum tentu tercapai dan mahu tak mahu anda terpaksa mengeluarkan modal dahulu sehingga anda berjaya mencapai sales yang baik dalam masa 6 bulan.
Kesimpulannya untuk Seller Shopee anda akan mengalami margin untung yang kurang dimana anda harus asingkan untuk Save Value.
Namun sekali lagi, untuk pendapat saya, Save Value masih merupakan salah satu dropship terbaik dan anda mampu membuat jualan kerana produk yang diberikan pada adalah baru setiap minggu.
Maka potensi setiap seller Shopee untuk menjual produk melalui Shopee adalah lebih luas dan adil.
Apakah perubahan lain yang dbuat oleh Save Value; KLIK SINI
KESIMPULAN
Pemilihan shopee dropship supplier malaysia yang baik bukan bergantung pada satu faktor sahaja.
Tetapi seperti yang saya tulis di atas.
Factor jumlah produk yang banyak tetapi tiada variasi kategori pun tak bagus. Banyak kategori tetapi penghantaran lambat pun tak berguna juga.
Itu semua memain peranan dalam memilih sebuah dropship yang bagus.
Dan setakat ni Save Value memenuhi keperluan saya sebagai supplier dropship shopee mungkin tahun hadapan lain pula.
Pada tahun 2023, Save Value telah membuat perubahan pada sistem dropship berbayar serta memberi power tools untuk kembangkan kedai Shopee anda. Ini adalah perubahan terbesar Save Value,
Ketahui lebih lanjut - KLIK SINI
savevalue2u shopee, dropship china to shopee, shopee dropshipping supplier, shopee dropship supplier