- SEBELUM BERIKLAN, APA PATUT ANDA BUAT?
- MANA TERBAIK NUFFNANG, GOOGLE ADSENSE ATAU BIDVESTER
- TUTORIAL PENUH DAFTAR BIDVESTER
SEBELUM BERIKLAN, APA PATUT ANDA BUAT?
Pelbagai teknik yang di ajar oleh semua penulis-penulis blogger dan malahan terdapat teknik yang haram seperti menyuruh rakan-rakan klikkan iklan mereka sendiri...hhehehe
Selama bertahun-tahun aku dalam bidang blogger ini, hanya satu perkara terbaik sahaja untuk meningkat pendapatan melalui Pay Per Click (PPC) ini ialah melalui trafik ke blog anda.
Tiada cara lain yang mampu meningkatkan pendapatan anda selain dari trafik unik sebenar ke blog anda. Sebenarnya nak dapatkan trafik haram pun ada tapi ianya tiada nilai pada pendapatan anda kerana untuk menjana pendapatan melalui iklan ia memerlukan manusia menklik iklan tersebut...hehehehehe.
Sebelum anda bercita-cita inginkan pendapatan masuk ke poket anda melalui iklan, pastikan anda berusaha mencapai trafik ke blog anda. Anda harus berusaha mendapatkan trafik melalui teknik SEO dan juga blogwalking secara berterusan.
Dan bila bercerita tentang trafik ini, ianya bukan sesuatu yang mudah kerana usaha dan ilmu haruslah seiring. Kerja penat jugak ini...hahahahaha.
Selain itu nasihat saya jika inginkan pendapatan yang agak kasar dengan jumlah klik yang kurang berusahalah mendapatkan iklan yang membayar dengan jumlah USD. Kalau anda dapat USD1 bermakna anda memperolehi RM4.00.
Manakala Bidverster pula bergantung bid yang ditentukan oleh pengiklan. Dan Google Adsense juga secara amnya ianya juga mempunyai unsur bid melalui CPR, RPM dan CPC nya. Aku pun tak faham lagi..hahahaha.
Walau pun kesemuanya mempunyai pelbagai cara memberi lebihan pendapatan pada anda, persamaannya untuk mendapatkan kelebihan tersebut ialah anda harus mempunyai trafik ke blog anda yang ditentukan oleh pihak pengiklan.
MANA TERBAIK NUFFNANG, GOOGLE ADSENSE ATAU BIDVESTER
Nuffnang
Ini adalah akaun Google Adsense saya dan ia merupakan punca pendapatan saya untuk semua blog-blog saya.
BIDVESTER
TUTORIAL PENUH DAFTAR BIDVESTER
BAGAIMANA DAFTAR BIDVESTER
Pergi Bidvester website dan aanda akan di bawa ke muka hadapan Bidvester dan anda boleh ler baca maklumat yang mereka berikan.
Pada dasarnya sama sahaja dan terus klik ke "Register" dan pilih "Publisher"
Anda kena pilih Publisher sebab anda hendak mengiklankan produk-produk mereka.
Setelah itu isikan malumat yang diminta dan anda akan dapat "code aktivation" melalui email anda . Dan pergi ke email anda register Bidvester dan anda sudah boleh mula login.
Masukkan username dan password yang telah anda daftarkan.
MEMOHON WEBSITE UNTUK SIARKAN IKLAN BIDVESTER
Sebaik sahaja anda log in ke Bidvester, anda akan di bawa ke dashboard Bidvester. Pada dashboard ini kosong kerana anda belum mempunyai website untuk beriklan.
Maka anda kena mohon kepada Bidvester untuk mendapatkan kebenaran serta kelulusan beriklan. Anda klik pada ADD NEW ZONE di bahagian dahsboard tersebut
Sebaik sahaja anda klik pada ADD NEW ZONE anda akan di bawa ke interface di atas dan anda klik pada anak panah yang saya tunjukkan ini. Ini bermaksud anda mahu masukkan alamat URL yang baru.
Sebaik sahaja anda klik "Adds Web Zone" maka selesailah tugas anda daftarkan website anda ke Bidvester . TETAPI akaun anda masih belum lagi verified oleh Bidvester.
Anda kena verified kan website ini dengan Bidvester.
Anda Klik "Not Verified"
Yang ini agak keliru jika anda tidak memahami menggunakan HTML di Blogspot.
Tindakan pertama anda ialah copy " Verification Code " tersebut dan kemudian anda pergi Blogger di mana anda daftarkan URL tersebut.
Kemudian anda pergi ke "Layout" dan cari column "ADD A Gadget"
Klik pada "Add A Gadget"
Setelah anda klik pada "Add A Gadget" anda pilih "HTML/JavaScript dan kemudian kod yang anda copy di Bidvester anda masukkan ke bahagian "content" dan save. Mudah sahaja kan .
PERGI SEMULA KE BIDVESTER DAN KLIK "Verify"
KELULUSAN IKLAN DAN BAGAIMANA MASUKKAN IKLAN BIDVESTER
Biasanya ia akan mengambil masa selama 2 hari baru anda akan dapat keluusan jika semuanya mengikuti terma Bidvester. Dan biasanya amat mudah lulus.
Kini anda telah lulus dan akan mula masukkan iklan ke website anda!!!
Anda klik pada gear wesbite anda itu untuk memasukkan iklan pertama anda.
Terdapat 2 jenis iklan di Bidvester iaitu anda pasang banner atau pasang native ads.
Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana memasang banner di website anda.
Biasanua hanya terdapat 2 jenis banner yang ada pakai di wesbite iaitu Medium Rectangle (300 X 250) dan Leader Board ( 720 X 90)
Medium Rectangle biasanya anda letakkan di bahagian side bar website dan Leader Board anda letakan di header blog anda.
Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana memasukkan Medium Rectangle.
Di gambar di atas saya telah memilih Medium Rectangle dan kemudian anda klik "Update and Get Code" Kemudian anda copy code iklan yang diberikan..
Kemudian anda pergi Blogger di mana anda daftarkan URL tersebut.
Kemudian anda pergi ke "Layout" dan cari column "ADD A Gadget"
Klik pada "Add A Gadget"
Setelah anda klik pada "Add A Gadget" anda pilih "HTML/JavaScript dan kemudian kod yang anda copy di Bidvester anda masukkan ke bahagian "content" dan save.. Dan Title letak ler Sponsor supaya senang nak updated pada masa akan datang.