Saya telah updated data terkini perjalanan salah satu blog kami iaitu shoppermanic.com yang berjaya mencapai 15,000 pageview dan usaha setahun musnah begitu sahaja setelah Google kemas kini Google Helpful Content hinggalah kini.
- BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN ( Januari)
- BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN ( March)
- BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 6 BULAN ( June)
- SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022
- TRAFIK SHOPPERMANIAC JATUH PADA NOVEMBER 2022 HINGGA KINI
- APA YANG SAYA PELAJARI HINGGA SEPTEMBER 2023
BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN
Salam sejahtera, berapakah pageview untuk sebuah blog yang baru berusia 1 bulan. Untuk pengetahuan, saya kini sedang membuat eksperimen mendapatkan 15000 pageview sebulan dengan menggunakan website kami iaitu Shoppermaniac.com.
Shoppermaniac telah ditubuhkan pada Januari 5 dan kini hampir sebulan kami membuat artikel dan memperbaiki SEO website ini.
Pada masa sebulan ini apa yang telah kami lakukan:
2. Daftar di Google Analytic dan Google Search Console pada 16/1/2022
3. Daftar di Bing Webmaster pada 16/1/2022
JUMLAH KONTEN BLOG BULAN JANUARI
Pada tahun 2023 ini dengan hanya mengejar jumlah konten ia tidak memberikan impak yang banyak apabila Google mengetatkan algoritma Google Helpful Content serta EEAT mereka.
DAFTAR DI WEBMASTER ENJIN CARIAN
MANUAL INDEXING KONTEN
LOADING TIME BLOG
BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN
Ini yang kita nanti-nantikan.
Melalui data yang diberikan pageview sehari untuk blog yang baru berusia sebulan adalah 31 - 43 pageview dengan dengan 37 konten pemahaman.
Dan jumlah ini amat terlalu kecil dan jika anda sebagai orang baru akan merasa letih kerana dengan 37 konten anda hanya mendapat maksima 43 pageview sehari.
POSISI KEYWORDS
Konten bukan sahaja pengukur utama peningkatan blog anda tetapi anda harus melihat dari segi posisi keyword anda, backlink anda serta pelbagai lagi seperti gambar di atas ini.
Pada contoh diatas kebanyakan keyword saya belum di ranking lagi dan sekali lagi saya tekankan ianya baru sebulan dan saya tidak jangkakan kenaikannya.
Dari segi backlink agak bagus dimana saya mempunyai 7 backlink dan satu no follow.
ORGANIK TRAFIK YANG RENDAH
Sudah tentu organik trafik blog ini rendah iaitu dalam 13% sahaja. . Kalau tinggi memang terperanjat monyet saya..hahaha.
Blog baru dijangkakan tiada atau ada sedikit trafik organik kerana konten yang ada masih tidak mencukupi untuk carian secara organik ke blog ini.
APA YANG PATUT SAYA BUAT?
MEMBUAT KONTEN YANG BERKUALITI
Saya masih kena teruskan membuat perkara yang sama seperti bulan lepas iaitu membuat konten setiap hari. Baru sebulan dan saya sudah terasa stress yang amat sangat kerana melakukan projek ini seorang diri amat meletihkan otak dan tenaga.
Kerana saya sendiri mempunyai blog ini yang harus diupdated juga.
Namun ianya bukan alasan dan untuk membuktikan "Content is King" saya kena terus membuat konten pemahaman dan konten Utama untuk blog Shoppermaniac ini.
KEJAR ORGANIK TRAFIK ?
Saya tidak perlu mengejar organik trafik kerana dengan jumlah konten yang berkualiti serta kata kunci yang sesuai secara langsung akan membuat Enjin Carian fokus pada blog ini .
Pendek kata nak organik trafik saya kena pertingkatkan konten.
PERBAIKI SEO DI BLOG DAN KONTEN
Ini adalah perkara yang amat penting yang harus saya kekalkan setiap kali membuat konten dengan memastikan ianya mengikuti teknik SEO yang sewajarnya.
Tidak berbaloi hanya dengan konten kualiti tetapi tiada penekanan SEO dalam setiap konten mahu pun blog anda.
Saya ada memberikan download percuma untuk SEO Checklist. Anda boleh gunakan checklist ini.
APA ITU SEO DAN BAGAIMANA IA BEKERJA UNTUK RATING BLOG ANDA
KESIMPULAN BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN
Melalui data bulan Januari ini, anda dapat melihat pencapaian Shopppermaniac jauh lagi. Dimana anggaran maksimum 45 pageview sehari ke 500 pageview sehari telah mula menjenuhkan saya. Tapi itulah komitmen
Anda juga akan dibawa menganalisa blog Shoppermaniac kami setiap bulan untuk melihat perkembangan blog ini.
Anda sendiri dapat menilai untuk sebuah blog itu kukuh dan mempunyai autoriti ianya memerukan masa seiring dengan disiplin anda membuat konten di blog anda.
Sebab itu saya katakan blog memerlukan masa hingga 6 buan untuk di indeks sepenuhnya oleh Google dan anda kena bersabar dan pastikan anda patuhi SEO Google.
BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN
Perkembangan shoppermaniac.com dalam masa 3 bulan saya boleh katakan kami mencapai 80% sahaja yang patut kami lakukan. Dan 20% yang gagal itu adalah syarat yang terpenting sekali.
Pada dasarnya, dalam rangka 3 bulan adalah fasa pertama yang amat penting. Dimana dalam fasa ini:
1. Mendapatkan 200 post konten pemahaman dan utama. - GAGAL
Kami mampu membuat 93 artikel pemahaman dan utama sahaja dalam masa 3 bulan dan ianya dalam anggaran hampir 50% sahaja.
Masalahnya ialah masa dan dengan tenaga seoarang diri anda tidak mampu membuat 200 post dalam masa sebulan . Tetapi ini bukanlah alasan untuk mengatakan tidak mengapa.
Kerana saya melihat rakan saya membuat 300 post dalam masa 3 bulan!!! Dan ianya melebihi target yang kita mahukan .
Ini semua soal disiplin dan sedikit masalah dalam pemasaan. Dan apabila berlaku perkara sedemikan maka tarikh akhir iaitu dalam bulan Jun mendapatkan 15K pageview terpaksa di lanjutkan lagi.
2. Jumlah keseluruhan pageview yang menurun - GAGAL
Kesimpulan PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN
Jumlah konten memainkan peranan yang besar dalam mencapai kekuatan blog anda. Dan konten yang kita sering tekankan ialah konten pemahaman dan utama.
Sekali lagi saya katakan walaupun Content is King namun pastikan ia padat serta membantu manusia.
BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 6 BULAN
Seperti yang kita ketahui target Shoppermaniac.com dalam masa 6 bulan ialah untuk mencapai 15K pageview sebulan dan setelah tamat bukan Jun ini kami gagal mencapai target yang kami mahukan.
Untuk pengetahuan Shoppermaniac.com telah ditubuhkan pada bulan Januari 2022 dan kini genap 6 bulan
Ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan samada berpunca dari saya serta perkara yang tidak dapat dielakkan:
KENAPA SHOPPERMANIAC GAGAL MENCAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN:
1. Jumlah post yang kami target sehingga penhujung bulan March sepatutnya ialah 200 post. Tetapi hanya mampu membuat 100 post sahaja dan kebanyakan post ialah post produk.
2. Hari Raya dan Puasa mengurangkan perkembangan post di Shoppermaniac.
3. Tidak mempunyai niche yang spesifik dan sukar untuk mendapat ranking yang baik di kacamata Google.
4. Kesukaran mengguna blogspot berbanding wordpress. Dan tiada hosting membuat loading speed agak lambat .
ANALISA SHOPPERMANIAC.COM DATA JUN 2022
Peningkatan Trafik
Berdasarkan data yang saya ambil, shoppermaniac.com masih menunjukkan peningkatan yang ketara setiap bulan. Trafik yang meningkat setiap bulan walaupun agak lambat tetapi ada peningkatan.
Trafik jika saya ambil dari Blog stat menunjukkan peningkatan trafik yang konsisten setiap hari dari 350 pageview ke 400 pageview. Ianya semakin meningkat dan target kami ialah 500 pageview setiap hari.
Jumlah Post
Jumlah post sehingga kini ialah 378 post iaitu post yang relevan dengan usia blog ini. Tetapi penambahan post ini yang tidak mengikut jadual awal menyebabkan post yang tersedia ada mungkin lambat di indeks oleh Google .
Tetapi lama kelamaan artikel / konten ini akan di indeks juga tetapi makan masa sebab tu bulan Jun untuk capai 15K saya gagal.
Google Core Update May 2022
Perubahan dalam Google Core Update May 2022 membantu peningkatan trafik shoppermaniac.com.
Jika dilihat data yang ditunjukkan di Googel Analytic, peningkatan trafik shoppermaniac.com bermula dengan perubahan Google Core pada May 2022 lalu seperti gambar diatas.
Ini berita baik pada shoppermaniac.com yang mendapat tempias yang baik dari perubahan ini.
APA TINDAKAN SETERUSNYA UNTUK MENINGKATKAN TRAFIK
Kaji pageview tertinggi
JIka dilihat pageview yang tertinggi ialah Kelebihan Nutrilite Bio C Plus All Day Formula ( Vitamin C) yang berada dalam ranking muka surat pertama enjin carian Google.
Untuk lonjakkan pageview selain Bio C Plus seperti yang tertera di atas maka salah satu tindakan ialah perbaiki konten lama kami atau membuat konten yang lebih baik
Saya menggunakan Uber Suggest untuk menganalisa blog saya dan dari segi keyword aplikasi ini ada membuat analisa yang baik untuk keyword saya.
Di atas adalah sumber data Uber Suggest berikan kepada saya untuk memperbaikit konten saya.
Konten related
Membuat konten related atau beberapa konten ke konten utama atau dalam bahasa standard dipanggil "Topical Authority" Kaedah ini dalam jangka masa panjang saya lihat akan berjaya dan kini dengan satu konten utama saya akan membuat beberapa konten dengan keyword yang pelbagai.
Kesimpulan
Shoppermaniac mempunyai potensi untuk maju pada pendapat peribadi saya dan memerlukan sedikit Boost dan kesabaran untuk menjayakan blog ini.
SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022
Dan setelah itu kami mula mengubah beberapa strategi serta membaiki kesilapan kami semenjak 6 bulan yang lalu.
Apa yang kami buat;
POST LAMA KAMI MULA DI INDEKS
Pada bulan Jun yang lalu kami berjaya membuat post atau konten sebanyak 378 sahaja dan sebenarnya ia jauh dari target asal kami iaitu 300 post dalam masa 3 bulan ( March 2022) .
Ini kerana kami ingin memberi masa post-post kami diindeks oleh Google. Untuk pengetahuan, sebaik sahaja anda membuat post atau konten ianya tidak akan diindeks serta merta oleh Google. Biasanya ia mengambil berminggu atau berbulan atau tidak langsung.
Sebab itu anda memerlukan post yang banyak untuk memastikan salah satu post anda akan diranking dan diindeks oleh Google.
Bila anda terbitkan post anda lambat maka lambatlah post/konten anda akan dindeks. Dan ini yang terjadi pada kebanyakan post kami yang mula dindeks oleh Google sedikit demi sedikit dan pada masa yang sama kami membuat post baru dan hingga kini kami mempunyai 493 post.
Dan kami berharap post baru kami juga akan mula dindeks dan menjana tarfik yang lebih tinggi.
TEKNIK KAPAL PERANG
UBER SUGGEST
BUAT KONTEN
Konten adalah raja dan anda mesti percaya melalui konten anda boleh menjana pendapatan yang baik. Anda lebih mudah mendapat trafik organik dengan post yang banyak dan berkualiti.
Teruskan membuat konten.
KONTEN RELATED
Konten related ataua topical autoriti saya perkuatkan untuk menunjukkan autoriti dalam sesebuah tajuk. Contohnya saya menjual produk UBAT RACUN SEMUT dan saya akan membuat konten related dengan memberi penerangan jelas seperti jenis-jenis semut, pembiakan semut dan sebagainya.
Ertinya saya bukan sahaja menjual tetapi memberi penerangan yang lengkap tentang semut dan GOOGLE akan menilai artikel anda ini lengkap dan membantu pembaca mengikut algoritma Google Helpful Content .
SILO KONTEN
Membuat konten dan kemudian membuat related konten sahaja tidak akan berjaya jika anda tidak memberitahu Google.
Sebagai contoh anda membuat konten semut seperti yang saya katakan dan juga konten related. Tetapi adakah Google tahu bahawa konten-konten ini saling berkait.
Google tak tahu dan anda kena beritahu google dengan membuat internal link dari artikel 1 kepada artikel 2 dan seterusnya. Ini membawa maksud setiap artikel itu mempunyai sequen berkait melalui internal link.
Dan akhir sekali kesemua konten related itu anda kena buat link dan link ke artikel utama.
KESIMPULAN CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022
Inilah teknik yang saya gunakan dan saya jamin ia pasti akan berjaya. Tetapi pastikan konten anda berkualiti. Tak guna anda membuat ratusan konten tetapi ia penuh,
TRAFIK SHOPPERMANIAC JATUH PADA NOVEMBER 2022 HINGGA KINI
APA YANG SAYA PELAJARI HINGGA SEPTEMBER 2023
TEKNIK SAYA BERJAYA!!!
- BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN
- BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 6 BULAN
- SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022
- TRAFIK SHOPPERMANIAC JATUH PADA NOVEMBER 2022 HINGGA KINI