ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER - BLOG SHOPPERMANIAC

ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER

Perlu niche atau tidak kedai Shopee anda

ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER

ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER

Pada satu ketika dahulu saya sering mengatakan untuk membuat bisnis on line haruslah mempunyai niche dalam website atau kedai Shopee anda terutamanya supaya pelanggan dapat memahami dan mengenali branding anda.

Namun saya telah membuat satu kesilapan apabila berbicara tentang niche di Shopee. Kerana di Shopee anda tidak memerlukan niche untuk berniaga kerana algoritmanya berbeza dengan algoritma Google.


Namun saya tetap menyokong dan berpegang pada pendapat saya, niche adalah amat penting dalam bisnis online tetapi jika anda berniaga di Shopee sebagai dropshipping anda boleh mengabaikannya.


DROPSHIPPING TERBAIK 2022


Kenapa Seller Shopee Tak Perlu Niche?

ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER


ALGORITMA SHOPEE TIDAK KENALI NICHE

Pertama ialah algoritma Shopee yang saya terlepas pandang selama ini setelah menganalisa data kedai Shopee Shoppermaniac pada tahun 2021 ( agak lama juga) 


Saya baru memahami algoritma Shopee ini setelah mula berjinak-jinak dengan bisnis dropship melalui You Tube Channel saya dan mahu pelbagai bisnis on line melalui dropship. Ianya satu pengalaman yang bagus untuk saya apabila sertai rakan-rakan dropship di Shopee. 


Anda kena memahami algoritma Shopee fokus utamanya ialah mencari kata kunci yang dicari oleh buyer atau pelanggan melalui kotak carian di platform Shopee. 

Sebagai contoh jika saya mencari ubat semut maka saya akan taip ubat semut di kotak carian homepage Shopee dan setelah saya klik maka akan keluar pelbagai kedai Shopee yang menjual ubat semut. Itulah fungsinya.


SHOPEE ADS TIPS DAN STRATEGI


Dan untuk memastikan produk anda maju ke hadapan dalam carian algoritma Shopee maka anda kena bids kata kunci yang dicari oleh buyer dan jika bids anda mahal maka produk anda akan diletakkan di hadapan pencarian buyer tersebut.

Algoritma Shopee tidak peduli sama sekali tentang niche anda mahupun kedai anda yang spesifik.

Mereka hanya melihat kata kunci atau keyword carian oleh buyer . 


Ianya amat berbeza dengan Google SEO yang bertujuan bukan menjual tetapi ingin memberi maklumat yang tepat kepada pelanggan mereka. 


Sesebuah website itu akan mendapat tempat dalam enjin carian pertama jika website mereka lebih spesifik tentang sesuatu produk atau tajuk. 


Sebagai contoh jika anda menjual ubat semut dan website anda mempunyai 200 artikel tentang semut samada pembiakan semut, sarang semut, jenis semut dan semua tentang semut. Semua tentang semut ler


Jika seseorang mencari maklumat tentang ubat semut, website dan artikel anda akan dianggap oleh Google sebagai pakar tentang semut. Sebab itu niche amat penting dalam sesebuah website.


Berbeza dengan algoritma Shopee yang tertumpu dalam zon platform mereka sahaja dan tujuan mereka hanya satu , memudahkan pelanggan mereka mencari produk yang mereka mahukan. 

ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER



JUMLAH PRODUK  DAN SAINGAN 

JIka anda memilih niche yang spesifik salah satu kelemahan anda ialah jumlah produk yang boleh dimasukkan ke kedai anda amat sedikit terutama jika anda dropshipping.


Ada soalan yang ditanya oleh rakan saya, kenapa platform Shopify yang membenarkan dropshipping boleh membuat produk niche dan kebiasaannya jumlah produk mereka pun tidak banyak. Average dalam 300 produk. 


Ini kerana Shopify ialah sebuah website dan ianya tidak berada di dalam platform Shopee. Dan saingan produk tiada antara seller lain kerana anda menjual  di website anda sendiri.


KENAPA SHOPEE HARUS MENJADI PILIHAN PENIAGA ON LINE

 

Sebab itu sebagai dropshipping di Shopee anda harus mempunyai produk yang banyak supaya produk winnning  anda mudah dicari dan satu lagi saingan di Shopee amat kejam jika anda sebagai dropshipping.


Dimana bukan anda seorang sahaja yang menjual produk dropshipping yang sama tetapi beribu-ribu seller yang lain pun menjual produk dropshipping yang sama seperti anda.


Dengan jumlah produk yang banyak, anda boleh membuat produk winning dengan mudah. Jika anda mempunyai 1000 produk di kedai Shopee anda, adakah semua produk tersebut anda boleh jual.


Sudah tentu tidak kerana anda sedang berperang harga dengan rakan-rakan Shopee anda. Dengan jumlah produk yang banyak maka untuk anda membuat sales adalah lebih baik dan mendapat produk winning adalah lebih mudah.


ADAKAH KEDAI SHOPEE NICHE DIPERLUKAN OLEH SELLER


STOK PRODUK DROPSHIP RENDAH

Setakat saya menjual di Shopee menggunakan Save Value, DSM, Cico atau Kumoten belum pernah saya saya melihat stok yang tinggi pada semua produk. Paling tinggi pun dalam 200- 330 stok mereka.


Ini bermakna produk dropship akan sering berlaku sold out atau delist sebab stok tiada. Bayangkan jika anda menjual produk niche yang mempunyai jumlah 300 produk tetapi separuh dari produk tersebut bawah 30 keping. Ertinya maksimum jumlah anda boleh jual ialah 30 keping sahaja.


Apatah lagi jika produk anda itu produk winning dan dengan jumlah produk niche anda hanya 300 produk, saya jangkakan anda mampu mencapai 20 produk winning. 


Malangnya tidak semua produk winning itu boleh dijual kerana pasti yang ada telah sold out atau stok kurang.

Jika anda abaikan produk niche di kedai anda, maka anda mempunyai pilihan menjual beribu-ribu produk dan sekaligus meningkatkan jumlah produk winning anda. 


Inilah masalah sebagai dropship, tengah syok jual tetiba stok kosong. Apatah lagi itu produk winning utama anda, menangis ler bulan ini sebab nak tunggu dropship top up makan masa 1 bulan juga.



KESIMPULAN NICHE DI SHOPEE

Cukuplah tiga sebab, saya tidak galakkan anda menjual di Shopee mengikut niche. Tabur sahaja produk yang ada di kedai anda.  Kukuhkan produk listing pada semua poduk yang termampu oleh anda. 


Kerana anda tahu algoritma Shopee bukan minat niche tetapi kata kunci kunci carian dan juga kategori produk.

shopee niche,category niche shopee,niche shopee adalah,niche shopee affiliate,niche shopee artinya,niche shopee business,niche shopee berapa,niche shopee di malaysia,niche shopee express,niche shopee express tracking,niche shopee group,niche shopee group adalah,niche shopee hari ininiche shopee hub,
niche shopee hilang,niche shopee kenapa,niche shopee live,niche shopee login,niche shopee malaysia,niche shopee mall,niche shopee merchant,niche shopee news,niche shopee near me,niche shopee official,niche shopee order,
niche shopee official store,niche shopee partner,niche shopee paylater,nicheshopee quotes,niche shopee quora,niche shopee review,
niche shopee refund,niche shopee recruitment,niche shopee seller,niche shopee search,niche shopee shop,niche shopee tidak muncul,niche shopee trading,
niche shopee untuk apa,niche shopee video,niche shopee viral,niche shopee web,niche shopee website,niche shopee xpress,niche shopee xu,niche shopee xl,
niche shopee youtube,niche shopee yang mana,niche shopee zara,niche shopee za,


Catat Ulasan