Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat - BLOG SHOPPERMANIAC

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

Tutorial Penuh Untuk Pemula Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat
Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

Salam sejahtera kepada semua. Nama saya Hanif Bin Idrus dan kali ini saya akan memberi tutorial penuh kepada anda yang mempunyai impian menjadi Seller Shopee dan tiada produk menghasilkan pendapatan 4 angka dalam masa 6 bulan pertama.

ini adalah pengalaman berniaga di Shopee yang saya akan kongsikan kepada anda "first hand" dari permulaan hingga mencapai sales hingga 4 angka.

Terkini; Kami telah mencapai RM3000 keatas- klik Sini

Saya ada membuat You Tube Channel memberi tips kepada Seller Shopee melebihi 200 video yang akan membantu anda melalui proses ini dengan lebih lancar.

Di You Tube Channel ini saya berbicara mikro isu di Shopee yang berlaku seharian sebagai Seller Shopee yang tidak di ajar di mana-mana. Konten You Tube Channel ini berdasarkan "kisah benar" dari kedai Shopee Shoppermaniac yang saya ujudkan dari scratch.

Walau bagaimanapun konten kami bercampur-campur dan saya akan cuba susun semula ikuti sekuen nanti.

Anda boleh membaca artikel penuh repot kami selama 8 bulan menjalankan kedai Shopee ini.  Dimana kejayaan kedai Shopee baru kami di You Tube menjana sales 4 angka melalui dropship.

Ini adalah repot yang komprensif dan menyeluruh untuk anda.


Dalam tutorial ini saya bahagikan dua bahagian:
1. Kriteria dalam tutorial ini
2. Bagaimana Jana 4 Angka Sebagai Seller baru


Kriteria dalam tutorial ini ialah:
1) Pernah mempunyai pengalaman berniaga di Shopee
2) Produk berdasarkan Dropship ( Save Value, Kumoten dll)
3) Mempunyai modal serendah RM50 - RM100
4) Wajib membeli EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup
5) Subcribe You Tube Channel Shoppermaniac 

Artikel ini adalah sebuah artikel yang panjang yang akan membawa anda  membina sebuah kedai Shopee yang kompetatif.

Mari kita mulakan tutorial kita:

KENAPA KRITERIA INI DIUJUDKAN:

1) Pernah mempunyai pengalaman berniaga di Shopee

 
Jika anda pernah dan sekarang mempunyai kedai Shopee ianya satu bonus kerana dalam tutorial ini saya akan menerangkan dashboard Seller Shopee secara terperinci dan sekurang-kurangnya pernah mengguna item-item di dashboard Shopee.

Jika anda belum pernah berniaga di Shopee, jangan risau anda boleh daftar sekarang di Shopee:


Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

2) Produk berdasarkan Dropship auto sync ( Save Value, Kumoten dll)


Saya memlilih dropship kerana perniagaan dropship di Shopee amat sengit sekali dan untuk anda berjaya amatlah sukar. 

Dan jenis dropship pilihan saya jenis auto sync dimana anda membuat link "sync" kedai Shopee ke dropship pilihan anda. Oleh itu segala stok di kedai Shopee anda dikemas kini secara auto dan paling pentting bagi saya ialah sebaik sahaja ada pembelian di kedai Shopee anda. Ianya akan diuruskan secara automatik Anda tidak perlu buat apa-apa pun!!!!!!!!!!

Jika anda memilih dropship Save Value, bermakna di Shopee anda akan bersaing dengan beribu-ribu dropship Save Value yang menjual produk yang sama dan harga yang sama dan gambar yang sama.

Rasa-rasanya bolehkah anda bersaing dengan mereka. Sebab itu ramai seller Shopee yang berasaskan dropship gagal di awal kerana tidak sabar dengan tekanan ini dan paling penting kecewa tiada jualan.

Tetapi anda mampu bersaing dengan teknik-teknik yang akan saya terangkan. Untuk saya anda harus memiih dropship kerana melalui pengalaman yang getir ini anda akan belajar dan pada masa akan datang jika anda mempunyai produk sendiri maka ianya macam petik jari sahaja.

Sebab itu target saya selepas 6 bulan anda mendapat hasilnya. Jika nasib baik dalam masa 4 bulan anda mula boleh tersenyum tapi kesemuanya bergantung pada usaha anda.

2 bulan pertama adalah usaha pecah peluh yang harus anda beri komitmen yang mendalam. Jika anda setuju maka anda boleh teruskan pembacaan ini..hehehehe.

Kedua ialah dropship ini percuma dan memerlukan modal yang amat kecil. Maka anda boleh menggunakan budget lain anda ke perkara yang lebih penting.

Anda boleh dapatkan maklumat dropshipping disini:


Lain pembacaan:

Diatas adalah pilihan untuk anda memilih dropship yang sesuai untuk anda memulakan peniagaan on line pertama anda di Shopee.

Saya secara peribadi menyukai Save Value dan Cico kerana fast delivery mereka.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


3) Mempunyai modal serendah RM50 - RM100


Harus mempunyai modal serendah RM50 dimana kebanyakkan dropship memerlukan anda memasukkan wallet serendah RM50 - 100. 


Seperti saya katakan sebaik sahaja ada pembelian di kedai Shopee anda maka ia akan diuruskan secara automatik dan anda perlu memasukkan wang di wallet dropship agar mereka boleh menghantar produk tersebut dengan harga dropship.

Kalau tidak bagaimana mereka hendak poskan barangan tersebut. Keuntungan anda dikira sebaik sahaja Shopee membayar wang dari pembelian. Anda tolak harga dropship dan harga jualan anda si Shopee, maka itulah untung anda.

Tapi anda kena keluar modal dahulu masukkan wang ke dropship ini terlebih dahulu.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


Wajib membeli EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup


Nampak sangat saya menjual produk saya yek..hahahaha.

Saya bukan menjual tetapi anda harus pelajari teknik asas bagaimana untuk memdapatkan carian yang pertama di platform Shopee.

Tujuan Ebook ini adalah bagaimana mendapatkan trafik ke ke kedai Shopee anda dengan cara paling efektif. Tanpa trafik maka tiada sales. Disini kami menggunakan funnel Produk Listing dan Produk Winning. ( inilah pecah peluh 2 bulan pertama

Melalui funnel produk listing, anda akan mendapatkan trafik ke kedai Shopee anda tetapi anda tidada jualan kerana poduk anda tidak kompetatif dari segi harga, marketing dan sebagainya.  

EBook Shopee Funnel Sales Meletup saya akan menerangkan teknik ini dengan betul sehingga anda mendapat jualan. Disini kami menggunakan funnel Marketing

Katakan anda telah mendapat jualan yang konsisten ( itulah target Ebook ini) iaitu jualan bulanan yang tetap. Maka anda harus boost sales dengan metod yang berlainan. Di sini kami menggunakan funnel Advanced Sales

Sebelum itu anda harus memastikan kedai Shopee anda sentiasa up to date dan kemas dalam memastikan sales yang konsisten. Di sini kami menggunakan funnel Maintenance.

Anda boleh dapat penerangan dan kelebihan mendapatkan Ebook kami ini:


Saya tidak akan menerangkan satu persatu bagaimana menggunakan dashboard di seller Shopee dan bagaimana mengatasi algoritma Shopee kerana semuanya terdapat di Ebook ini. 

Cuma saya mendapat komplen dari pembeli kerana penerangan saya agak sukar di fahami jika anda benar-benar baru di dunia Shopee.

Maka dengan ini saya membuat artikel sebagai laluan langkah yang harus anda buat sebelum anda membaca dan laksanakan metod atas ini.


Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


Subcribe You Tube Channel Shoppermaniac 


Anda juga perlu subcribe You Tube Channel kami kerana dalam You Tube Channel
kami memberi maklumat mikro tentang Shopee.

Manakala EBook Shopee Funnel Sales Meletup kami menerangkan langkah-langkah besar atau utama bagaimana anda kemaskini produk anda hingga membuat jualan.

Tetapi dalam proses ini anda akan mengalami masalah seperti produk yang salah setting, jumlah produk yang tidak mencukupi, Shopee membuat polisi baru, produk winning tak menjadi, bagaimana nak cantikkan gambar semuanya saya terangkan di You Tube Channel ni.

Ini membantu memudahkan anda melakukan semua funnel ( Lima Funnel kami) dengan mudah dan teratur.  

Seperti saya katakan juga, susunan di You Tube Channel ini berterabur tetapi saya telah susunkan video kesemua perkara berkaitan Shopee dari You Tube Channel kami di membership VIP kami sebaik sahaja anda mendapat EBook Shopee Funnel Sales Meletup kami.


Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


BAGAIMANA HENDAK JANA 4 ANGKA SEBAGAI SELLER BARU


Walau bagaimana pun untuk anda yang belum bersedia membeli EBook kami jangan risau kerana setiap orang mempunyai strategi masing-masing dan kemungkinan strategi saya tidak sesuai dengan anda. 

Artikel ini menunjukkan langkah sebagai seller baru untuk jana 4 angka dengan mudah,  cuma anda akan ambil masa sedikit berbanding kerana rakan yang telah mempunyai laluan mudah.

Sama seperti saya, dimana saya mengambil masa 2 tahun untuk memastikan kedai Shopee saya terdahulu menjana pendapatan dan pengalaman 2 tahun yang jerih dan payah ini maka ujudlah EBook ini yang memberi laluan 2 tahun kepada 6 bulan sahaja.

Dan ianya telah dibuktikan melalui 8 bulan dengan kedai baru Shoppermaniac kami

Jika anda seorang founder mungkin akan mengambil masa 3 bulan sahaja menghasilkan jualan yang konsisten.

SELESAI INTRO.
Ehhhh.. Hanif belum bermula lagi ker...
Belum beb...tadi tu pengenalan atau kriteria dalam tutorial ini.


Dalam artikel ini sebagai seller baru anda harus ikuti langkah ini satu persatu.
Jangan gopoh dan jangan serik atau kecewa jika dalam masa 3 bulan anda tiada jualan.  

Lakukan sahaja metod ini dan pasti anda akan dapat jualan. 

1. Daftar sebagai seller Shopee
2. Masukkan produk 
3. Perbaiki Produk Listing
4. Kemas kini Homepage Shopee anda
5. Cari Produk Winning
6. Buat Marketing 
7. Buat Shopee Ads
8. Promosi Produk 
9. Maintenance
10. Advanced Sales 

10 langkah sahaja dalam membentuk sebuah kedai Shopee yang baik.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


Daftar Sebagai Seller Shopee

Senang sahaja nak daftar sebagai Seller Shopee dan saya telah berikan link artikel bagaimana hendak mendaftar sebagai seller Shopee.

Perkara pertama yang perlu anda tekankan sebelum membuat kedai Shopee ini ialah nama kedai anda. Jangan letak nama yang bukan-bukan tetapi nama yang menjual atau nama branding anda.

Anda pasti mempunyai mempunyai impian untuk jalankan perniagaan anda dalam jangka masa yang panjang dan branding ini akan dibawa ke website anda, sosial media anda dan seterusnya.

Pastikan nama kedai anda itu tepat dan jangan kejap-kejap ubah.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

Masukkan produk ke Shopee

Langkah pertama dalam mendapatkan jualan ialah memasukkan produk anda ke kedai Shopee.

Terdapat dropship yang perlu anda masukkan satu persatu ke kedai Shopee anda dan ada yang boleh dimasukkan serentak. ( Save Value masukkan satu persatu dan Cico boleh masukkan sekaligus)

Saya cadangkan anda masuk satu persatu kerana jika Shopee dapat menghidu anda masukkan produk sekaligus, kedai Shopee anda akan kena banned nanti sebagai spam.


Saya jangkan langkah memasukkan produk dari dropship ke kedai Shopee anda akan mengambil masa untuk 20 produk pertama melebihi satu jam

Pastikan aktiviti memasukkan produk dilakukan setiap hari dan buat dalam 20 -30 produk sehari untuk elakkan Shopee hidu aktiviti spam..

Sebagai dropship masukkan semua produk yang ada, tak payah pilih-pilih niche. 

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

Perbaiki Produk Listing

Pada masa yang sama anda akan membuat produk listing di kedai Shopee anda dimana anda akan memperbaiki judul produk anda, ubah suai gambar dan serta masukkan deskripsi yang sesuai.

ISI PENTING produk listing yang amat terpenting ialah menukar judul produk anda mengikut kata kunci carian di Shopee.  Dalam step pertama ini anda akan bermain dengan algoritma Shopee.

Kesalahan dalam membuat kata kunci yang betul di judul, produk anda akan gagal nanti.

Ini adalah funnel pertama kami dalam Shopee Funnel Sales Meletup kami iaitu Produk LIsting.  Dan untuk memudahkan anda membuat produk listing dengan berjaya kami ada berikan sebuah  EBook percuma dari funnel pertama kami untuk anda serta video .

Kami memberi percuma khas untuk anda kerana funnel ini adalah funnel yang kritikal dalam kelima-lima funnel kami. 

Panjang beb - 50 minit huhuhuhuhuh. 

Dapatkan EBook Percuma kami disini: Produk Listing 


Masukkan Produk Ke Shopee Dan Produk Listing ini merupakan pekerjaan yang lelah dan memenatkan anda. Tetapi amat penting!!!

Jumlah produk yang banyak akan menjamin trafik ke kedai Shope anda . Dan pada masa yang sama setiap produk yang di "upgrade" mengikut kata kunci akan menjamin trafik melalui kata kunci atau carian oleh pengguna Shopee.

Tidak dilupakan gambar serta deskripsi yang di kemaskini. Kita tak mahu gambar setiap produk anda yang sama dengan dropship yang lain.

Berapa lama yang anda perlukan membuat ini terpulang pada anda Saya berikan masa 1 bulan hingga 2 bulan untuk anda menyelesaikan perkara ini. 

Selamat berjaya yekk....

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat
Contoh Home Page Shopee

Kemas kini Homepage Shopee anda

Pada masa yang sama juga setelah penat dan stress membuat produk listing dan memasukkan produk.

Anda boleh ler kemas kini homepage kedai Shopee anda dimana anda masukkan banner serta susunan produk anda di dalam homepage ini.

Pada masa ke semasa apabila anda membuat marketing seperti bundle deal dan sebagainya anda akan masukkan juga. 

Homepage adalah air muka anda dan kebiasaannya buyer akan melihat homepage untuk membeli produk-produk lain di kedai anda dan mengendap anda.

Saya masukkan ia dalam pilihan keempat kerana saya tahu anda tengah stress sekarang ini. Release tension dengan membuat homepage ini.,,hahahaha

Anda boleh gunakan canva sebagai aplikasi untuk membuat banner kedai anda dan sekaligus kemas kini gambar produk anda.

Anda boleh lihat contoh beberapa gambar yang saya buat di produk saya dan juga banner saya menggunakan Canva.


Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

Cari Produk Winning Di Shopee

Pada masa yang sama, anda sudah mula membuat marketing. Sementara tunggu trafik datang ke kedai Shopee anda sudah mula mencari Produk Winning.

Anda tidak boleh bergantung sahaja pada jumlah produk dan produk listing semata-mata kerana ia tidak menjamin impian kita yang utama iaitu SALES.

Produk Winning adalah produk bisa laku keras di pasaran dimana anda membuat perbandingan harga semua produk yang sama atau hampir sama dengan anda, adakah ia kompetatif.

Anda melihat Produk Winning yang akan dan sedang dicari oleh buyer berdasarkan beberapa teknik yang kami berikan sebanyak 7 cara di EBook kami.

Salah satu cara ialah anda menggunakan data dari kedai Shopee sendiri mana produk yang membuat jualan tertinggi atau carian tertinggi.

Anda boleh pergi Business Insight Shopee dan cari Selling Coach dan didalam sana ada kategori carian tertinggi, jualan tertinggi serta harga yang dijual oleh Seller Shopee yang lain.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat
Selling Coach Shopee



Mencari produk Winning mengambil masa yang agak lama. Sebab itu saya sarankan seminggu cari lima produk winning.

Untuk mengelak ketandusan produk winning anda teruskan masuk produk dropship anda ke kedai Shopee anda dari masa ke semasa.

Seperti kedai Shoppermaniac kami kini mempunyai 700 produk yang aktif. Agak mudah kami mencari produk winning berdasar jualan bermusim atau jualan harian.

Jualan harian bermaksud ia produk evergreen dan produk bermusim seperti berus cat yang mungkin akan melonjak jualan apabila musim hari raya nanti.

Namun melalui kajian kami, produk winning akan mengambil masa 2 bulan untuk dilonjakkan dalam carian algoritma Shopee. Ini berdasarkan data yang kami ambil sepanjang 8 bulan di kedai Shopee kami.

Jika anda tanya saya kenapa, saya pun tak boleh menjawabnya. Namun ia memberi satu kelebihan pada anda dan saya, iaitu kita percepatkan dan menambahkan produk winning sebanyak yang mungkin.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat

Buat Marketing Di Shopee

Setelah membuat produk winning maka dalam produk winning tersebut anda harus membuat marketing dimana anda masukkan "offer" yang meliputi 11 jenis marketing yang disediakan oleh Shopee.

"Offer" adalah seperti diskaun, voucher , add on deal, bundle deal dan sebagainya.

Tapi pastikan jangan membuat offer yang akan merugikan anda kerana di Shopee terdapat dua pembayaran wajib yang harus anda faham iaitu transcation fee dan caj perkhidmatan yang bergantung pada program yang anda ambil.


Marketing mahu tak mahu terpaksa anda buat kerana semua pihak di Shopee membuat marketing atau "offer". Takkan anda tidak mahu membuatnya.

Tetapi pastikan marketing yang anda buat jangan rugi. Saya ada membuat satu kalkulator pengiraan untung rugi yang saya berikan percuma kepada pelanggan Shopee Funnel Sales Meletup kami.

Dan kami baru upgradekan sistem ini pada tahun 2022.
Anda boleh lihat disini : Calculator Shopee

Untuk keselamatan pastikan margin untung anda ialah 15% ke atas. Kalau ditolak 7% untuk Shopee, anda masih mempunyai baki dalam 8 % dan gunakan 3% untuk marketing.

Saya biasanya cari margin antara 15% hingga 20% sebagai jalan selamat.

TETAPI jangan main harga hingga terlalu rendah, sebagai contoh jika produk pihak lawan harga RM5 anda turun ke RM4.99 ker. mungkin anda kena kasi diskaun 1%. Okey ler tu 

Anda jangan merosakkan margin untung anda sendiri!!!!!!!!!

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


Buat Shopee Ads


Alamak!!! Apa ini ni Hanif kata modal sebesar RM50 kini kena buat Shopee Ads pula.

Jangan ler marah saya, sebaik sahaja anda mendaftar sebagai Seller Baru di Shopee anda akan memperolehi Shopee Ads percuma RM200 dari Shopee dan jika anda sebagai seller lama anda akan terima 3 bulan RM150 dari Shopee!!!



Gunakan kelebihan yang diberikan oleh Shopee dan belajar bagaimana menggunakan Shopee Ads dengan efisen. Kerana dalam jangka masa panjang anda pasti akan menggunkan Shopee Ads juga.

Anda tidak boleh bergantung semata-mata pada trafik organik. Jika anda menjumpai salah satu produk dropship yang menberi keuntungan hingga 30% ke atas dan ianya produk winning maka rugilah kalau anda tidak membuat Shopee Ads.

Anda kena belajar membuat Shopee Ads yang efektif dan kami ada memberikan penerangan yang jelas dari Ebook kami ini. Anda boleh menonton video link yang kami berikan juga di atas ini.

Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


Promosi Produk Di Shopee


Ini adalah perkara biasa yang akan anda guna sebagai Seller Shopee  dimana anda akan membuat konten ke sosial media,

Apa yang saya nak terangkan di sini ialah samada ada anda membuat FB Pages, Twitter, Printerest atau Instagram gunakan nama kedai anda.

Jika nama kedai anda Shoppermaniac gunakan semua alat sosial media dengan nama tersebut. Ini untuk menunjukkan kepercayaan customer pada anda dan membentuk branding awak pada masa akan datang.

Ini penting jika anda mahukan bisnis anda bertahan dalam jangka masa panjang dan sudah tentu dalam masa 2 atau 3 tahun anda mempunyai perancangan bisnis yang lain, maka anda gunakan branding yang sudah lama anda bentukkan ini.

Baca tips link ini guna satu video untuk semua sosial media.


Atau anda boleh guna aplikasi ini untuk buat schedule konten anda:


Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat


Maintenance Kedai Shopee Anda

Kedai Shopee umpama kereta yang harus anda buat maintenance samada bulanan atau mingguan.

Dimana anda harus memeriksa produk yang telah delist dan jika dropship tambahkan produk dari masa ke semasa.

Selain itu maintenance termasuk menghasilkan produk winning yang berterusan dan membuat kajian kenapa ada produk winning anda tidak membuat jualan. Mungkin anda kena mengubah semula judul dan pelbagai lagi.

Tetapi jangan sesekali buat maintenance pada produk winning yang telah hasilkan jualan yang baik. Ini kerana Shopee algoritma telah lock judul produk anda sebagai kata kunci.

Anda kacau jer, habislah jualan produk winning dan anda harus bermula dari bawah semula untuk di ranking oleh Shopee algoritma.

Maintenance bukan sahaja tentang produk anda di Shopee tetapi di syarikat dropship. Jangan lupa top up duit di wallet dropship anda. 

Maintenance juga melibatkan data yang anda ambil dari kedai Shopee anda dan analisa performance kedai Shopee anda. 

Jangan lupa buat maitenance kerana jika anda lepaskannya maka kedai anda sukar untuk kekal berdaya maju dan mendapat sales yang konsisten.

Bagaimana Membaca Business Insight Shopee


Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat



Advanced Sales Shopee

Anda menggunakan teknik diluar platform Shopee untuk mencari trafik dari SEO Google menggunakan blogging dan Facebook Ads membuat iklan berbayar menjual produk anda.

Dan kini saya sedang membuat fasa kedua membuat teknik blogging mendapatkan trafik ke kedai Shopee. Dimana KPI saya ialah 500 pageview sehari dan sebulan 15K.

Anda boleh melihat You Tube Channel kami untuk mendapatkan teknik "Real Data" yang saya buat dari blog baru. 

Jika anda kata Shopee ambil masa selama 6 bulan memeritkan, anda akan ketahui bahawa membuat sebuah blog yang di indeks oleh Google lagi amat menyeksakan.

Pada ketika ini anda sedang membaca blog artikel Tutorial Ultimate Seller Shopee Jana 4 Angka Dengan Cepat ini adalah artikel yang kita panggil "pillar" artikel dengan panjang melebihi 10 ribu patah perkataan.

Dimana artikel ini akan digunakan sebagai konten utama untuk backlink ke produk EBook saya dengan beberapa artikel lain yang kita panggil "resource" artikel dan "staple" artikel.

Saya membuat artikel pillar ini dengan masa 8 jam!!! Penat kan..

Untuk pelanggan EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup, anda akan menerima maklumat pertama tentang blogging metod ini.

TETAPI pastikan anda selesaikan kesemua 9 langkah di atas sebelum terjah ke bahagian ini. Dapatkan sales yang konsisten dan pastikan semua terkawal.

Sebab teknik blogging ini memang sukar dan jika anda sedang perkembangkan kedai Shopee anda, fokus kedai Shopee anda dahulu..

Wau !!! Habis dah artikel ini ....Ponat dan puas hati ......

Kesimpulan 


Apa yang anda perolehi melalui tutorial penuh ini?

Dan adakah anda yakin anda boleh mencapai jualan 4 angka melalui tutorial langkah demi langkah ini.

Bukan semua akan berjaya kerana ia bergantung pada anda. 

Jika anda mendapatkan EBook kami ini pun tetapi tidak menelaah 280 mukasurat yang kami sediakan serta terjah tips tambahan melalui You Tube Channel saya, mak atarget 6 bulan mungkin tidak akan tercapai.

Manakala jika anda tidak membeli EBook kami pun tetapi bekerja keras dan yakin, anda mampu menjana pendapatan 4 angka dalam masa terdekat tapi sekali lagi saya katakan kenapa anda perlu susah payah mempelajari yang asas padahal kami telah berikan.

Anda hanya perlu menambahbaik sistem Funnel kami yang boleh dikembangkan sejajar dengan pengalaman anda.

Sebagai contoh dalam advance sales saya hanya cerita tentang FB ADs dan blogging tetapi anda boleh kembangkan funnel advanced sales kepada tik tok, You Tube Ads dan Google Ads. Ianya ternasuk dalam funnel Advanced Sales. Tidak terkecuali semua funnel yang terdapat di Ebook kami ini.

6 bulan terlalu lama, memang itu cara kerjanya.
Anda dapat melihat untuk produk listing dan produk winnng sahaja akan memakan masa sebegitu lama. 

Apatah lagi jika anda baru menubuhkan kedai Shopee yang baru, nak masukkan produk pun makan masa sebulan atau dua bulan.

Belum lagi funnel-funnel lain yang harus anda tumpukan dan kita pun tak tahu cara kerja algoritma Shopee yang semakin lama semakin bijak.

6 bulan adalah realistik dan bawah 4 bulan mampu dicapai bergantung pada anda. 
  

Related word: shopee,shopee seller,shopee express, shopee online, shopee malaysia,shopee food, shopee login, shopee online malaysia murah, shopee indonesia, shopee customer service, shopee affiliate program, shopee apk, shopee app, shopee ads, shopee almari baju, shopee affiliate login, shopee ambassador program, shopee account, shopee app for pc, shopee apk mod, shopee baju, shopee baju raya, shopee baju wanita dewasa, shopee basikal, shopee baucer, shopee bot, shopee background, shopee career, shopee centre, shopee cod, shopee china, shopee com, shopee cashback, shopee candy, shopee credit card, shopee code, shopee download, shopee delivery, shopee download apk, shopee delivery tracking, shopee download pc, shopee dropship, shopee driver, shopee drop off point near me, shopee express tracking number, shopee express contact, shopee express near me,shopee express rider, shopee food rider,shopee free shipping voucher,shopee food delivery,shopee free shipping voucher code,shopee food merchant,shopee food customer service,shopee fortune box scammer,shopee founder,shopee guarantee,shopee game,shopee google,shopee gift card,shopee google pay,shopee go,shopee games,shopee garena my, shopee guarantee maksud, shopee hotline, shopee hq, shopee hack unlimited money, shopee hack, shopee haul, shopee hub, shopee hoodie, shopee history, shopee handbag, shopee my,shopee malaysia app, shopee malaysia login, shopee malaysia office, shopee mobile malaysia sdn bhd, shopee merchant, shopee new user voucher rm20, shopee no tracking, shopee new user voucher, shopee nombor telefon, shopee new seller support package, shopee net worth, shopee near me, shopee no, shopee netflix, shopee online malaysiashopee, spaylater,shopee shopee, shopee standard delivery, shopee seller affiliate programme, shopee seller affiliate, shopee seller assistant, shopee seller affiliate program, shopee seller account banned, shopee seller ask to cancel order, seller shopee co id, seller shopee centre malaysia, seller shopee com, seller shopee com my, seller shopee center philippines, seller shopee cod, seller shopee chat, seller shopee free shipping, seller shopee food, seller shopee fee, seller shopee free shipping program, seller shopee free shipping rm15, shopee seller how to set free shipping, shopee express drop off point terdekat

Catat Ulasan