JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL - BLOG SHOPPERMANIAC

JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL

JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL

Salam sejahtera, hari ini saya akan mengupas beberapa jenis konten atau artikel yang boleh klasifikasikan semasa membuat sebuah artikel.

Kadangkala anda hanya mengejar jumlah artikel artikel yang hendak anda post ke blog anda tetapi anda tidak ketahui bahawa artikel anda itu tidak berkualti dan tidak akan diindeks oleh Google malah jika di indeks oleh Google artikel itu bukan kata carian oleh pengguna Google.

Disini saya membahagikan artikel kepada 3 jenis. Dan setiap jenis ini akan mempengaruhi kekuatan blog anda dari segi SEO dan juga pageview.

Dalam bahasa Inggeris dipangill Resources, Staple dan Pillar. Tapi saya ubahsuaikan menggunakan bahasa Malaysia. 

Download Blog SEO TIPS CHECKLIST


KONTEN INFORMASI 

Semua sedia maklum pada masa kini saya memberi tunjuk ajar bagaimana mempromosikan kedai Shopee anda menggunakan Platform diluar dari Shopee dan kali ini anda akan di tunjukkan menggunakan blog.

Untuk sementara mempercepatkan indek blog, anda akan memasukkan semua maklumat dari kedai shopee anda ke blog anda dengan tujuan memastikan Google melihat blog anda adalah aktif.

Anda akan meniru bulat-bulat semua maklumat dari produk kedai Shopee anda ke blog ini samada dari segi tajuk, gambar dan deskripsi. Ini dipanggil sebagai Blog Informasi.

Konten sedemikan tidak disukai oleh Google kerana ia tidak engaged dengan pencari maklumat Google. Dan untuk konten sedemikian di ranking tinggi oleh Google amatlah sukar.

Perbezaan ketara ialah jumlah patah perkataan sudah tentu bawah 1500 patah perkataan. Dan Google mahukan dan suka jika setiap artikle menimum lebih dari 1500 patah pekataan.

Perbezaam lain ialah kata kunci atau keyword kurang atau tiada, bagaimana anda mahu mempertambahkan lagi keyword dalam konten anda jika jumlah patah perkataan yang ada  terlalu sedikt.

Deskripsi produk takkan nak tulis panjang.

Selain itu artikel atau konten anda ini secara terang menjual dan biasanya sesiapa yang membaca artikel anda tidak akan lama disini dan potensi untuk mendapat jualan amatlah rendah. Hanya jika ada pembaca benar-benar mencari produk ini.

Selain itu tajuk produk ini tidak mesra carian pengguna, dimana tajuk produk biasanya menggunakan branding syarikat dan tajuk produk tersebut. Tetapi anda sedia maklum pengguna bukan kenal pun produk anda. 

JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL


JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL


Pada gambar diatas adalah konten jenis Informasi dan tajuk permulaan ialah DR. FRESH yang sudah tentu bukan kata carian oleh pengguna atau pembaca .

Artikel ini sukar mendapat pageview tinggi adalah kerana tajuk utamanya bukan kata carian pengguna. Ianya hanya satu salinan dari produk ke blog anda.

Tetapi anda akan gunakan untuk membuat post setiap hari di blog anda,



KONTEN PEMAHAMAN ( SUBPILLAR)

Konten pemahaman perkara yang membezakan ialah jumlah patah perkataan 1500 ke atas dan bawah 3500 patah perkataan .

Dalam artikel ini anda bukan menjual tetapi membuat artikel yang berkaitan dengan produk dna anda akan selitkan produk anda sebagai jualan.

Dan artikel ini biasanya adalah memberi pengetahuan dan maklumat secara am. Lebih baik saya tunjukan contoh dibawah ini.

JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL

Anda membuat artikel tentang bagaimana cara menghalau lipas dalam kereta. Di artikel tersebut ialah beberapa cara yang boleh anda gunakan untik menghalau lipas.


JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL

Dlam kaedah keempat saya menerangkan menghalau lipas menggunakan Spray Halau Lipas dan terus sahaja saya pergi ke Call to Action.  Dan link tersebut akan dihantar ke kedai Shopee anda.

Call To Action ini mempunyai 2 cara untuk menjual samada anda membuat  link ke kedai Shopee anda, Cara yang profesional adalah seperti di bawah ini.

Tapi terpulang pada anda untuk memilih Call To Action yang anda minati.


JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL




KONTEN UTAMA ( PILLAR KONTEN)

Pada dasarnya  konten Utama dengan konten Pemahaman tiada beza yang besar, yang membezakan ialah jumlah patah perkataan dan artikel anda lebih mendalam lagi dengan data dan maklumat ,

JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL

Di atas adalah sebuah artikel yang komprensif dengan maklumat tentang lipas sahaja serta gambar susunan lipas serta sistem pembiakan mereka dan jangka hayat lipas tersebut.

Dan pada yang sama anda akan memasukkan beberapa opsyen untuk pembaca membeli produk pembunuh atau penghalau lipas anda dengan membuat link.

JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG KOMERSIAL

Pada gambar di atas adalah link yang digunakan untuk rekemen pada pembaca jika mahu membeli produk pembunuh lipas di kereta mereka.

Kelebihan artikel Utama ini adalah ianya adalah kesukaan Google. Yang pertama anda mempunyai artikel melebihi 3500 patah perkataan dan semua keyword yang berkaitan dengan lipas anda boleh masukkan dengan mudah.

Kedua ialah artikel Utama biasanya artikel kajian dan data untuk perkongsian dengan pembaca anda dan artikel sedemikian diminati oleh Google kerana ia memberi maklumat yang lengkap.

Jumlah Konten Yang DiPerlukan Untuk Capai 15K Pageview Sebulan

KESIMPULAN JENIS-JENIS KONTEN SEBUAH BLOG

Dalam memastikan blog anda bersifat kompetatif, kita hanya akan mengambi kira Konten Pemahaman dan Utama sebagai jumlah sasaran kuantiti post di blog anda.

Konten Informasi dianggap sebagai membantu dari segi internal link ke artikel yang Pemahaman atau Utama. 

Catat Ulasan