Updated : 2023 Oct
Apabila anda telah lama menjadi seller di Marketplace maka anda akan mempunyai skill untuk upgrade sales anda di Shopee amnya.
Tetapi kadangkala skill yang ada kita gunakan untuk upgrade skill blackhat atau shopee hack yang kurang elok di pandangan mata..hehehhe. Namun itu terpulang pada pandangan masing-masing asalkan jangan aniaya orang dah ler.
Terdapat 4 cara yang digunakan oleh seller untuk Hack Shopee algoritma.
2. DROPSHIPPING SELLER
3. DAPATKAN REVIEW PRODUK HACK
4. NAIKKAN FOLLOWER SHOPEE
DUPLICATE PRODUK SENDIRI
Dimana dalam kedai Shopee anda, untuk mewujudkan saingan produk yang sama. Anda akan menggunakan produk yang sama tetapi tajuk atau judul produk yang berlainan unuk memastikan segala keyword anda telah ada.
Tak kira samada anda duplicate atau tiru produk yang sama 2 atau lebih 3 kali tapi anda kena pastikan semua tajuk produk adalah dalam carian Shopee.
Pada dasarnya jika anda tanya pada saya adakah teknik ini berguna. Ya, saya akan jawab teknik ini bagus kerana anda memaksimakan semua kata kunci yang anda perlukan dengan membahagikan kepada beberapa produk listing.
Malahan potensi untuk di kesan hack oleh Shopee agak sukar kecuali AI atau alogritma Shopee makin bijak hingga boleh membaca gambar yang serupa di kedai anda maka anda boleh di anggap scam ler.
Selain itu anda boleh mengambil kesempatan selain membuat kajian mana keyword yang baik. Anda boleh juga boleh juga membuat kajian dari segi gambar yang berlainan. Anda boleh kaji mana gambar yang terbaik serta keyword yang terbaik.
KENAPA SHOPEE HARUS MENJADI PILIHAN PENIAGA ON LINE
DROPSHIPPING SELLER SHOPEE
Ini pun agak jahat juga di mana anda menjadi dropship tidak rasmi. Apa itu dropship tidak rasmi atau dropship Seller Shopee.
Dimana anda menggunakan kedai Seller yang menjual produk yang murah yang terdapat di Shopee dan kemudian anda mencuri gambar dan semua deskripsi produk dan anda masukkan ke kedai anda.
Lalu anda pun menjual di kedai Shopee anda menggunakan produk dari kedai Seller yang anda curi tadi.
Katakan tiba-tiba ada jualan, anda akan uruskan order yang terjadi di kedai anda dengan oder melalui kedai Produk Seller yang anda curi tadi.
Pendek kata anda menjadi orang tengah atau dropship ler tetapi secara tidak rasmi.
Untuk menjayakan teknik ini, anda harus memohon Non SSL sebagai setting shipping anda kerana hendak mengelakkan AWB dihasilkan jika mengguna Standard Delivery.
Cara mendapatkan sedikit keuntungan ialah anda menaikkan shipping kos anda lebih sedikit dari Standard Delivery yang digunakan oleh kedai Seller yang anda curi itu.
REVIEW KASIH SAYANG / BELI REVIEW SHOPEE
Review ini adalah review yang dilakukan oleh sahabat atau sanak saudara anda atau secara kasar ialah beli review untuk kedai shopee.
Sebab itu saya panggil review kasih sayang...hahahaha. Mereka sayang awak lah mereka beli produk anda.
Teknik ini adalah teknik yang tidak di galakkan tetapi situasi pemasaran sekarang untuk mendapatkan jualan dan apatah lagi produk anda yang mempunyai saingan yang tinggi maka agak sukar jika produk anda tidak mempunyai review.
Apatah lagi jika anda adalah dropship yang mempunyai margin untung yang kecil dan mahu main harga seperti memberi potongan harga melampau sementara mendapatkan review memang tidak boleh sama sekali.
Anda tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan seller lain. Lainlah jika harga anda lebih baik dari semua seller yang lain.
Apa maksud Review Kasih Sayang adalah anda meminta keluarga atau sahabat anda membeli produk tersebut dan kemudian membuat review kaw-kaw pada produk tersebut.
HACK NAIKKAN FOLLOWER SHOPEE
Salah satu visual menunjukkan kedai Shopee anda ini gah di pandangan mata pelanggan ialah follower anda.
Untuk mendapatkan follower, Shopee ada memberikan salah satu fitur di marketing mereka iaitu sesiapa yang follow akan boleh berikan voucher atau diskaun kepada mereka.
Namun terdapat teknik mudah bagaimana anda boleh mendapatkan follower dengan menggunakan konsep "Saya follow awak, awak follow saya".
Dimana anda mencari sebuah kedai yang mempunyai follower yang ramai dan hampir niche dengan anda. Dan kemudian anda klik follower kedai tersebut.
Apa yang patut anda lakukan ialah follow semua follower kedai tersebut. Dan berharap mereka akan follow anda semula. Mahukan artikel penuh klik SINI
KESIMPULAN HACK SHOPEE JANA SALES
Sebenarnya terdapat banyak teknik hack yang boleh anda gunakan untuk menjana pendapatan tambahan di Shopee. Namun bagi saya kenapa perlu menyusahkan diri anda.
Apa kata anda mencabar diri anda dengan melawan saingan dengan cara yang betul .
Jika anda benar-benar hendak menggunakannya hack ini seperti Dropshipping Seller Shopee apa salahnya kalau anda meminta kebenaran mereka.
Kalau saya, saya takkan marah pun kerana ia akan meningkatkan sales saya dan jika ada apa-apa masalah saya tidak terbabit secara langsung. Saya pasti akan benarkan.
TEKNIK MENJUAL DI SHOPEE MENGGUNA SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP
Jualan di Shopee tidak berhenti di sini sahaja sebaik sahaja anda mendaftar dengan Shopee. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan kedai Shopee anda berjaya serta melawan beratus ribu seller Shopee yang berada diluar sana.
Anda memerlukan strategi yang unik dan berlainan untuk melawan mereka.Metod yang sama tidak boleh digunapakai lagi jika anda mahu berjaya di Shopee.
Anda memerlukan Sales Funnel Shopee yang efektif serta sistematik membawa perjalanan kedai Shopee anda ke arah yang betul. Iaitu menjana sales semaksimum yang mungkin.
Dan dapatkan bonus tutorial penuh blogging dan Facebook Ads kami berikan percuma. Klik pada link dan anda akan berpuas hati apa yang kami tawarkan.
Dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Shopee Funnel Sales Meletup kami