SHOPEE FUNNEL SALES DIGUNA PAKAI SEMUA BISNIS BUKAN SAHAJA UNTUK SHOPEE. JIKA ANDA SUDAH MEMPUNYAI KEMAHIRAN DAN MEMAHAMI SISTEM SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP KAMI MAKA ANDA BOLEH GUNAKAN UNTUK SEMUA PERNIAGAAN ANDA.
Jika anda memahami Shopee Funnel Sales Meletup kami terbahagi 5 asas :
Produk Listing
Produk Listing adalah satu mekanisma untuk menarik pelanggan melalui manipulasi Algoritma Shopee. Dimana anda menggunakan Algoritma Shopee untuk menonjolkan produk anda pada carian yang dicari oleh pembeli dan memastikan pembeli tersebut memahami produk anda menonjolkan gambar yang baik, video yang menyakinkan, deskripsi yang lengkap dan atribut produk yang tepat.
Saya akan senaraikan teknik Produk Listing yang anda harus amalkan di Shopee:
Gambar
Memastikan gambar produk berkualiti dan menarik. Berkualiti ialah gambar anda jelas dan mempunyai resolusi tingigi serta kedudukan gambar anda haruslah jelas menonjolkan produk tersebut.
Gambar haruslah mempunyai tona pencahayaan yang baik serta "angle" yang tepat. Untuk dropship, anda tidak mempunyai pilihan kerana anda tidak memegang stok di tangan tetapi anda boleh sahaja menggunakan gambar yang sedia anda dan membuat "editing". saya sarankan anda menggunakan "Canva" yang mempunyai editing yang cukup hebat serta menyokong AI dalam memberikan latar belakang produk yang menarik.
Pembaharuan dalam tahun 2024 ialah anda permudahkan kerja produk listing anda menggunakan AI dimana AI boleh membuat penambah baikan pada gambar. Teknologi AI percuma yang anda boleh gunakan ialah Chat GPT.
Pembaharuan kedua ialah harus meletakkan skala produk pada gambar untuk memudahkan pembeli memahami saiz produk anda. Biasanya kita akan letakkan dimensi produk pada deskripsi tetapi 2024 ini ini yang harus anda lakukan.
Video
Video adalah kemestian yang harus anda masukkan dalam kedai Shopee anda. Ia merupakan alat pemasaran yang cukup kuat.
Di Shopee, penambahan video ke dalam senarai produk kita bukan sahaja menambah dimensi baru untuk pemasaran produk tetapi juga memberikan peluang untuk memperlihatkan produk kita dengan lebih hidup dan menarik.
Jelas bahwa menambahkan video ke dalam senarai produk di Shopee kita boleh menjadi langkah yang berharga. Video tidak hanya meningkatkan kesan pertama tetapi juga membantu pembeli dalam membuat keputusan pembelian yang lebih tepat dan puas, yang pada akhirnya akan berkontribusi pada peningkatan jualan dan pelanggan yang lebih setia.
Deskripsi Produk
Deskripsi produk bermakna anda memberi penerangan tentang sesuatu produk tersebut dan saya sering galakkan anda menggunakan beberapa bahasa di dalam produk deskripsi anda. Anda boleh sahaja mengguna Google Translate atau Chat GPT untuk alih bahasa.
Namun anda tidak perlu bimbang kerana kami ada meyediakan sebuah aplikasi AI membuat sebuah deskripsi produk yang baik dari segi copy writing. Gunakan Shopee Deskripsi AI Kami
Pada tahun 2024 ini penambahan baik produk deskripsi ialah memastikan produk ini membantu pembeli anda. Apa yang mereka akan perolehi apabila menggunakan produk anda. Ini yang harus anda tekankan pada produk deskripsi pada masa kini.
Tajuk Produk
Shopee menyediakan 120 karakter untuk memasukkan maklumat produk anda di tajuk atau judul produk. Tajuk produk memainkan peranan yang amat penting dalam Shopee Algoritma dan anda harus kuasai memastikan tajuk produk anda mengikut kata carian yang paling tinggi di Shopee supaya Shopee Algoritma mudah menjumpai produk anda.
Secara keseluruhan, mengerti bagaimana algoritma Shopee bekerja dan mengoptimalkan penyenaraian produk adalah kunci untuk menarik lebih banyak pembeli dan meningkatkan jualan anda.
Shopee Algoritma mencari produk yang sesuai dengan melihat :
- Gambar produk berkualiti dan menarik..
- Stok yang mencukupi.
- Menawarkan harga yang kompetitif
- Pelanggan meninggalkan ulasan positif.
Namun asas Shopee Algoritma ialah melihat kata kunci yang dicari oleh pembeli dan kemudian ia akan menyarankan produk tersebut kepada pembeli tersebut. Ini bermakna peratusan terbesar Shopee Algoritma ialah melihat tajuk produk anda.
Bagaimana mendapatkan tajuk produk kesesuaian dengan kata kunci carian oleh pembeli terdapat beberapa taktik yang boleh anda gunakan.
Kesimpulannya produk listing melibatkan Shopee Algoritma yang bertujuan melonjakkan produk anda ke tempat teratas carian pembeli. Oleh itu gambar, video, deskripsi dan sebagainya memainkan peranan penting.
Produk Winning
Ciri-ciri Produk Winning:
Permintaan Tinggi: Produk ini memenuhi keinginan yang sangat diinginkan oleh pengguna. Kadangkala, produk tersebut mungkin juga mencipta permintaan baru yang sebelumnya tidak dikenali.
Persaingan Rendah: Meskipun ada permintaan tinggi, belum banyak pesaing yang menjual produk serupa, atau produk tersebut unik sehingga sukar ditiru.
Margin Keuntungan Yang Baik: Produk pemenang memiliki margin keuntungan yang cukup besar dalam kes dropship saya sering sarankan 10% keatas.
Viral Potensi: Produk tersebut memiliki sesuatu yang istimewa sehingga orang suka membicarakannya, berbagi informasi tentangnya di media sosial, atau merekomendasikannya kepada orang lain.
Trend: Produk ini sering kali sesuai dengan tren terkini atau memiliki elemen desain yang stylish dan moden.
Menyelesaikan Masalah: Selalunya produk pemenang adalah produk yang menyelesaikan masalah tertentu atau membuat kehidupan lebih mudah atau lebih menyenangkan.
Harga Kompetatif: Produk tersebut dihargai dengan cara yang membuat pembeli merasa mendapat nilai yang baik untuk apa yang mereka beli.
Dan sekali lagi, salah satu ciri utama Produk Winning ialah harga yang kompetatif. Dan apabila anda membuat kajian produk Winning di Shopee pastikan harga produk anda adalah hampir sama atau rendah dari penjual yang lain.
Oleh itu untuk mencari produk winning, penjual perlu melakukan kajian pasaran yang mendalam, mengikuti perkembangan tren terkini dan harga yang kompetatif
Marketing
Marketing atau pemasaran Shopee merupakan nadi yang membezakan anda dengan penjual lain dalam memberi "offer" pada produk anda dalam mengatasi masalah pesaingan harga di Shopee.
Di Shopee terdapat 11 jenis marketing anda boleh gunakan untuk memberikan offer yang baik tetapi tidak merugikan anda. Saya jangkakan pada funnel ini, anda sudah memperolehi beberapa produk winning yang anda rasa mampu untuk dijual.
Berikut adalah beberapa strategi harga yang boleh anda pertimbangkan pada tahun 2024 ini:
Harga Psikologi: Anda boleh menetapkan harga produk sedikit di bawah angka bulat - misalnya, RM19.90 bukannya RM20. Ini membuat harga kelihatan lebih menarik.
Bundle: Menawarkan produk dalam bundel atau promosi khas boleh meningkatkan nilai persepsi pelanggan tanpa mengurangkan harga terlalu banyak. Saya telah mengatakan salah satu ciri pemasaran terbaik pada tahun 2023 ialah membuat bundle sales, walaupun anda memberi potongan harga yang besar ia mampu memberi margin untung yang selesa untuk anda.
Pricing Tiers: Tawarkan versi produk anda pada berbagai tingkat harga untuk menjangkau pelbagai segmen pembeli.
Flash Sales: Flash sales adalah cara cepat untuk menarik perhatian dan boleh berfungsi sebagai alat pemasaran yang baik. Dropship agak mustahil membuat flash sales disebabkan margin untung anda amat kecil.
Kaji Pesaing: Selalu awasi apa yang dilakukan pesaing anda dan cari cara untuk membezakan diri anda dengan mereka dengan perkukuhkan produk listing.
Perhatikan Margin Keuntungan: Sementara bersaing dengan harga melalui teknik pemasaran, pastikan untuk tidak menjual dengan kerugian. Perhatikan kos anda dan tetapkan harga jual minimum yang masuk akal.
Manfaatkan Data Shopee: Analisis data penjualan untuk mengerti tren dan sikap pembeli, dan sesuaikan strategi harga anda berdasarkan itu.
Kami juga ada meyediakan Shopee Kalkulator Percuma untuk anda memasukkan data semasa anda berikan diskaun, bundle deal dan program Shopee. Gunakan Shopee Kalkulatir kami ini - KLIK SHOPEE KALKULATOR
Kesimpulan Produk Listing, Produk Winning dan Marketing
Ketiga-tiga funnel ini saling berkait dan saling membantu untuk anda mengatasi masalah harga di Shopee.
Produk Listing memastikan produk anda berada di enjin carian Shopee untuk menarik trafik secara organik dan dengan gambar, video, deskripsi dan tajuk yang baik anda mampu menarik perhatian mereka membeli produk anda.
Dan pemilihan produk Winning yang tepat memungkinkan kejayaan anda mendapat jualan di kedai Shopee anda.
Di tambah dengan metod marketing yang terkini dan efektif anda mampu memberikan harga yang kompetatif dalam dunia persaingan harga di Shopee.
Namun adakah anda sudah berpuas hati dengan 3 funnel ini. Untuk saya, kemajuan dalam bisnis on line ini anda harus sentiasa maju ke depan untuk mendapatkan jualan yang lebih tinggi.
Persaingan harga di Shopee amat hebat dan trend produk cepat berubah maka anda harus memaksimakan jualan anda dengan menggunakan funnel keempat kami Maintenance dan terakhir iaitu Advanced Sales.
Sebelum anda melompat ke funnel ini, saya nasihatkan anda mahirkan diri anda dengan funnel Produk Listing, Produk Winning dan Marketing ini kerana funnel ini yang akan menjamin jualan anda dan mengasah kemahiran anda menjual pada masa akan datang.
Maintenance
Maintenance atau penyelenggaraan adalah penting dalam bisnis on line dalam mendapatkan jualan yang konsisten. Sebaik sahaja anda sudah mahir menggunakan funnel produk listing, produk winning dan marketing, maka anda harus mengekalkkan bisnis on line anda dan inilah Maintenance.
Bila bercerita tentang maintenance ini terdapat banyak perkara yang anda harus lakukan dan sini saya memberikan beberapa metod dalam mengekalkan momentum kedai Shopee anda dari segi persaingan harga pada tahun 2024 ini.
Untuk memastikan jualan yang konsisten, beberapa jenis penyelenggaraan patut digunakan:
1. Optimasi Senarai Produk Pastikan semua senarai produk anda disempurnakan berkali-kali dengan gambar berkualiti tinggi, deskripsi terperinci, dan kata kunci relevan. Ini akan membantu produk anda ditemui lebih mudah oleh pelanggan yang mencari.
2. Pengurusan Stok yang Efektif Monitor inventori anda secara berkala untuk memastikan anda mempunyai cukup stok dan mengelakkan overstock atau tiada stok. Untuk dropship anda tidak mengawal perkara ini
3. Kemas Kini dan Peningkatan Produk Secara berkala tinjau dan perbaharui tawaran produk anda untuk memastikan ia tetap relevan dan sesuai dengan trend pasaran dan permintaan pelanggan. Ini amat penting untuk memastikan anda mempunyai produk Winning yang sentiasa meningkat serta pembaharuan produk Winning yang lain. Perlu diingat, salah satu sales anda tinggi di Shopee sebagai dropship ialah jumlah produk Winning.
4. Penilaian Semula Harga Selalu waspada terhadap trend harga di pasaran dan sesuaikan harga anda supaya kompetitif. Namun, pastikan anda masih menjaga margin keuntungan yang sihat.
5. Analisis Data Gunakan data penjualan dan trafik kedai untuk memahami perilaku pembeli dan buat penyesuaian strategik. Alat analitik Shopee boleh memberikan wawasan berharga dalam hal ini.
6. Memanfaatkan Shopee Seller Centre Gunakan semua fungsi yang disediakan oleh Shopee Seller Centre untuk mengelola dan memantau kedai anda dengan lebih efisien.
7. Pendidikan dan Pembelajaran Berterusan Ikuti webinar, kursus online, atau sumber pendidikan yang lain yang disediakan oleh Shopee atau pakar e-dagang untuk terus meningkatkan pengetahuan dan keterampilan anda. Ini juga amat penting agar anda tidak ketinggalan.
Penyelenggaraan ini memerlukan usaha yang konsisten dan berterusan, tapi mereka adalah kunci utama dalam menjaga kedai online yang berjaya dan menjamin kelancaran jualan.
Dengan menumpukan perhatian terhadap setiap aspek operasi kedai anda dan sentiasa mencari cara untuk memperbaiki, anda akan berada pada posisi yang lebih baik untuk mempertahankan dan meningkatkan jualan anda di Shopee.
Advanced Sales
Advanced Sales bermaksud anda menggunakan platform luar untuk meningkatkan jualan di Shopee. Anda tidak bergantung semata-mata trafik dari Shopee sahaja.
Dalam Masterclass kami, 2 perkara yang menjad tumpuan kami dalam iaitu membina blog dan Facebook Ads. Mari kita lihat penggunaan blog dalam membina sales anda di Shopee
Penggunaan Blog untuk Meningkatkan Sales di Shopee
Mungkin anda berfikir, bagaimana sebuah blog boleh membantu dalam meningkatkan sales di Shopee? Ini kerana blog adalah alat yang sangat berguna untuk membina kepercayaan, menyediakan maklumat yang berharga dan pada akhirnya, mendorong pembeli ke kedai Shopee anda. Mari kita bincangkan beberapa cara penggunaan blog boleh memberi impak positif kepada jualan anda:
Menarik Trafik melalui SEO Dengan menulis kandungan yang dioptimalkan untuk enjin carian, anda dapat menarik lebih banyak trafik ke blog anda. Pengguna yang mencari maklumat atau produk tertentu boleh diarahkan ke blog anda melalui kata kunci yang relevan. Dari sini, anda boleh memandu mereka ke laman Shopee anda.
Membina Hubungan dengan Pelanggan Blog memberikan peluang untuk menghubungkan dengan pembaca dan pelanggan anda pada tahap yang lebih dalam. Anda boleh berkongsi cerita di sebalik produk anda, tips penggunaan, dan panduan lain yang menunjukkan kepakaran anda dalam bidang tertentu. Ini membantu dalam membina kepercayaan dan kesetiaan jangka panjang.
Membangun Kredibiliti sebagai Pakar Dengan berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda melalui blog, anda menjadi sumber yang dipercayai. Apabila pembaca mempercayai anda sebagai pakar, mereka lebih cenderung untuk membeli dari anda.
Menyediakan Kandungan yang Boleh Dikongsi Kandungan blog yang menarik boleh dikongsi oleh pembaca di media sosial, yang menambah jangkauan organik anda. Setiap share adalah percuma dan boleh memperkenalkan jenama anda kepada pembeli potensial baru.
Memperlihatkan Produk dalam Tindakan Dalam blog, anda boleh menunjukkan bagaimana produk anda digunakan dalam kehidupan sebenar. Ini boleh merangkumi testimoni pelanggan, studi kasus, atau panduan langkah demi langkah menggunakan produk anda.
Mendorong Pembelian Secara Tidak Langsung Sebuah blog tidak harus jualan secara langsung. Sebaliknya, ia memberikan informasi yang berguna yang pada akhirnya dapat mengarahkan pembaca untuk melakukan pembelian. Ini adalah teknik pemasaran inbound yang lembut tetapi efektif.
Mengemas Kini Pelanggan Blog adalah tempat yang bagus untuk mengumumkan produk baru, promosi, atau acara khusus yang anda adakan di kedai Shopee anda. Ini membantu dalam menjaga pelanggan anda tetap terinformasi dan terlibat secara langsung
Mengoptimalkan Musim Jualan Anda boleh menyesuaikan kandungan blog anda dengan musim atau peristiwa tertentu untuk menarik pembeli yang mencari produk musiman atau hadiah untuk acara seperti Hari Raya atau Hari Natal.
Memperluas Pasaran Dengan menulis dalam berbagai topik yang berkaitan dengan niche produk anda, anda boleh menarik audiens yang lebih luas yang mungkin belum mengetahui tentang produk anda sebelumnya.
Menggunakan Analytics untuk Membentuk Strategi Dengan mengawasi metrik blog anda, anda boleh memahami apa yang dicari pembaca, dan gunakan maklumat itu untuk membentuk tawaran dan strategi pemasaran Shopee anda.
Agar strategi blogging ini efektif, pastikan blog anda terhubung dengan jelas ke kedai Shopee anda. Sertakan call-to-action (CTA) yang mengundang pembaca untuk memeriksa produk di Shopee, gunakan link yang mengarah langsung ke produk atau kedai anda, dan pastikan design blog sesuai dengan branding Shopee anda untuk kesinambungan pengalaman pelanggan.
Blog boleh menjadi alat yang kuat dalam strategi pemasaran keseluruhan anda, menghubungkan kandungan yang berharga dengan kedai Shopee anda, dan pada akhirnya, membantu dalam meningkatkan sales
Lihat Contoh Blog Yang Dilink ke Shopee
Penggunaan Facebook Ads untuk Meningkatkan Sales di Shopee
Facebook Ads adalah sebuah iklan berbayar yang boleh anda gunakan untuk membuat iklan yang lebih luas. Kenapa saya menggalakkan anda mengguna Facebook Ads di dalam kedai Shopee anda bolehintegrasi dengan Facebook dipanggil Facebook CPAS Shopee
Facebook Collaborative Performance Advertising Solution (CPAS) adalah perkakasan yang dirancang khas untuk mengintegrasikan platform periklanan Facebook dengan marketplace seperti Shopee. Ia membolehkan penjual di Shopee memanfaatkan data mereka sendiri bersama dengan data Shopee untuk membuat kempen iklan yang lebih ditarget dan efektif.
Mari kita lihat apa yang menjadikan CPAS begitu istimewa:
1. Penargetan yang Lebih Baik Dengan CPAS, anda bisa menargetkan iklan kepada pengguna yang telah menunjukkan minat dalam kategori produk yang sama di Shopee, menjadikan iklan anda lebih relevan dan meningkatkan potensi konversi.
2. Data Bersama yang Kuat Shopee menyediakan data tentang perilaku pembelian pelanggan, dan ketika dikombinasikan dengan data Facebook, ini memungkinkan penyesuaian iklan yang sangat tepat.
3. Retargeting yang Efisien Anda dapat menggunakan CPAS untuk menargetkan kembali pengguna yang telah melihat produk anda di Shopee tetapi mungkin belum membuat pembelian.
4. Optimasi Otomatis Kempen iklan dioptimalkan secara real-time untuk mencapai pelanggan yang paling mungkin membuat pembelian, berdasarkan data yang dikumpulkan.
5. Integrasi E-Dagang CPAS memudahkan untuk mengintegrasikan strategi e-dagang anda dengan kempen iklan Facebook, memastikan pengalaman pelanggan yang seamless dari iklan ke pembelian.
6. Pengukuran dan Analisis Kempen iklan anda datang dengan alat pengukuran dan analisis yang membantu anda memahami prestasi iklan dan ROI, memungkinkan penyesuaian strategi dengan lebih cekap.
7. Peningkatan ROAS Dengan semua kelebihan ini, CPAS bertujuan untuk meningkatkan Return on Ad Spend (ROAS) anda, menjadikan setiap sen yang anda belanjakan dalam iklan bekerja lebih keras untuk anda.
Untuk penjual Shopee yang ingin mengambil keuntungan penuh dari platform digital dan mengembangkan jualan mereka, CPAS menawarkan solusi yang sangat terintegrasi dan kuat.
Dengan menerapkan CPAS dalam strategi pemasaran digital anda, anda bukan hanya mencipta kesedaran jenama dan menarik trafik, tetapi juga mengkonversi minat tersebut menjadi penjualan yang sebenar.
Selain itu anda juga boleh menggunakan Facebook Ads tanpa CPAS jika anda baru mahu belajar. Keran a secara am, Facebook Ads:
1. Targeting yang Luar Biasa Dengan Facebook Ads, anda dapat menargetkan iklan anda kepada khalayak yang spesifik berdasarkan data demografi, minat, perilaku, dan banyak lagi. Ini bermakna iklan anda akan dilihat oleh orang yang kemungkinan besar akan berminat dengan produk yang anda jual.
2. Memacu Trafik Terus ke Shopee Dengan menggunakan link yang tepat dalam iklan anda, anda boleh memandu trafik langsung ke halaman produk Shopee anda, yang memudahkan pengguna untuk membuat pembelian.
3. Akses ke Instagram Dengan Facebook Ads, anda juga mendapatkan akses untuk menampilkan iklan anda di Instagram, yang memberi anda dua saluran yang kuat dengan satu kempen iklan.
Ini adalah contoh lain dari bagaimana teknologi digital dan data dapat digunakan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan dan pada saat yang sama, meningkatkan hasil bisnis anda di Shopee.
Kesimpulan Atasi Masalah Persaingan Harga Shopee 2024
Anda kini telah memahami bagaimana untuk mengatasi pemasalah harga yang sengit di Shopee pada tahun 2024 ni.
Ketiga-tiga funnel ini saling berkait dan saling membantu untuk anda mengatasi masalah harga di Shopee ( Produk Listing, Produk Winning dan Marketing).
Manakala Maintenance dan Advanced Sales ialah memperkembangkan bisnis online anda ke satu tahap yang lebih tinggi serta mengekalkan atau meningkat sales mengguna Funnel ini.
Tidak Semua Produk Di Shopee Terlibat Dalam Perang Harga
Namun saya ingin jelaskan di dalam ekosistem Shopee yang luas, ada beberapa produk yang tidak begitu terlibat dalam perang harga. Ini adalah produk yang menawarkan sesuatu yang unik dan berbeda, sehingga pembeli tidak hanya fokus pada harga semata.
Saya tidak mahu nanti anda mengatakan kami tidak tahu mengenai perkara ini. seperti yang saya katakan, fokus saya dalam artikel ini adalah dropship.
Mari kita lihat beberapa jenis produk ini.
Produk Premium: Produk yang memiliki brand kuat dan dikenal dengan kualiti tinggi cenderung kurang terpengaruh oleh perubahan harga, kerana pembeli percaya pada nilai yang mereka dapatkan.
Produk Niche atau Khusus: Produk yang menjual di pasaran niche dengan permintaan spesifik. Mereka yang mencari produk seperti ini biasanya tidak keberatan membayar lebih untuk mendapatkan apa yang mereka cari seperti alat muzik, komponen elektrik seperti grafik kad dan sebagainya
Produk Custom: Produk yang bisa disesuaikan atau dipersonalisasi untuk pelanggan mempunyai daya tarik khusus yang membuat mereka terlepas dari persaingan harga.
Produk Handmade: Barang yang dibuat tangan atau memiliki sentuhan artistik sering kali dianggap sebagai produk unik yang tidak dapat dengan mudah dibandingkan berdasarkan harga saja.
Barang Berkoleksi: Barang antik atau yang berkoleksi, seperti komik langka, barang vintage, atau barangan edisi khusus mempunyai nilai yang terpisah dari harga pasaran biasa.
Produk Inovatif: Produk yang menawarkan teknologi baru atau inovatif sering kali mendapatkan kelebihan kerana sedikit atau tidak ada pesaing langsung yang memiliki teknologi serupa.
Barang Kecantikan dan Kesihatan Premium: Produk kecantikan dan kesihatan premium yang menawarkan manfaat khusus atau bahan-bahan berkualiti tinggi juga cenderung dihargai lebih tinggi dan menghindari pertempuran harga.
Produk yang Menawarkan Pengalaman: Kadang, produk yang dijual bersamaan dengan pengalaman tertentu, seperti kursus online atau pakej pelancongan, memiliki nilai yang terpisah dari harga produk semata
DAPATKAN MASTERCLASS SHOPPERMANIAC KAMI
Anda mahu mempelajari lebih lanjut bagaimana menjana sales yang konsisten di Shopee menggunakan 5 Funnel utama kami dan pelajari membuat blog.
Anda akan dibantu oleh video terkini dan konsulatasi dari pihak kami. Jangan lepaskan peluang seumur hidup ini untuk dapatkan kesemua produk kami ni dengan satu harga.
Tidak perlu saya jelaskan apa kandungan masterclass kami ini kerana jika anda membaca artikel ini anda dapat melihat apa yang mampu kami berikan dan membantu anda mencapai pendapatan tambahan untuk anda dan keluarga anda.